Sebab mak aku dah kahwin dengan pakcik Zakaria yang kini officialnya aku panggil abah. Aku tahu kekok dan janggal,aku sangat arif dan menguasai bidang kekok dan janggal sehingga tahap PHd. Dia pun nampak gembira,senang hati tengok diri dia diterima oleh anak tiri dia ni,yang bernama Nisha Umairah,ya akulah.
Tapi masalahnya sekarang,adakah aku diterima oleh tiga lagi manusia dalam rumah banglo ini? Ya,aku pindah. Aku tinggal dengan keluarga tiri aku. Dimana membawa maksud,aku dah terpisah dengan Mak Som. Tiada lagi orang nak simbah air dekat aku,aku sebenarnya gembira. Jahatnya aku,orang lain biasanya sedih. Aku abnormal sikit.
"Hai adik,"si kakak tiri aku,Ilya Suhana membuka bicara,yang senyap sunyi lebih kurang 30 minit sejak tadi. Abang Zain dengan akak Adira senyap aja macam bisu,aku syak abang Zain ni bisu,takkan kak Adira ni sama. Bisu ini sebuah penyakit keturunan ke? Macam mana kalau aku dapat anak saudara bisu nanti,kejap..Kenapa aku kisah pasal anak saudara sekarang?.
"Hi..,"aku pun membalas hai dengan kurang mesra,aku ni bukan jenis kategori mesra alam sehingga boleh gali air bawah tanah. Aku tak tahu apa kaitan tapi botol Spritzer terbayang dalam otak setiap kali orang bercakap pasal manusia mesra alam. Bayangkan ajalah aku ni botol air minuman berkarbonat sebab aku ni suka makan makanan tak berkhasiat.
Abang Zain,kak Ilya dan juga kak Adira. Diorang bertiga tatap muka aku ni macam aku ni pesalah yang disoal siasat. Takkan sebab ayah diorang detektif dan penyiasat diorang pun mewarisi bakat menyoal orang macam dalam filem-filem aksi polis yang aku tengok malam-malam?.
Jika bertanya pasal dekat mana abah dan mak,diorang sedang sibuk bekerja. Padahal diorang baru aja kahwin,dah sibuk. Lepastu tinggalkan aku dengan tiga manusia yang anggap macam aku ni perompak kat sini. Kejam betul.
"Umur enam belas kan? Jauhnya beza dengan kitaorang,"kak Ilya menunjukkan rupa yang manis tahap gula Melaka. Sebaik aja kak Ilya cakap macam tu,kak Adira terus berganjak pergi dari ruang tamu ke tingkat atas. Abang Zain sekadar jerling aja tak layan. Abang Zain masih tak bergerak bangun dari sofa,sebab dia takut aku kecil hati kut.
Aku rasa kak Adira ni jeles dengan keremajaan yang aku ada,setiap kali cakap pasal umur,mesti dia buat muka. Aku tahulah aku muda,tapi aku lagi jeles dengan muka dia yang bapak lawa tu. Kenapa nak jeleskan kemudaan aku? Manusia tak beruntung,cis aku pun membebel jeleskan muka dia tadi.
Itulah cerita kali pertama aku berbual 'mesra' dengan abang dan kakak-kakak tiri aku. Waktu tu masih belum kenal,jadi sekarang aku nak cerita satu persatu tentang diorang bila dah lebih kurang beberapa minggu duduk serumah.
Abang Zain. Nama dia Zain Ahmad. Aku selalu tak puas hati bila nama seseorang yang common seperti Muhammad takpun Ahmad berada di belakang. Aku banyak kali terfikir,kenapa tak Ahmad Zain? Bunyinya pelik ke? Macam atap zink ke?. Keraguan aku akan kebolehan dia bercakap masih menggunung tinggi dalam diri. Dia memang senyap tak bercakap. Aku sah dia bisu,tapi abah tak beritahu pun salah seorang anak dia OKU.
Cakap pasal kerja,aku memang tak tahu dia kerja apa. Aku rasa,dia ni penganggur kot. Dia tak keluar rumah,terperap dalam bilik. Dia ni hacker yang diupah ke? Dia buat apa dalam bilik aku tak tahu,entah-entah dia youtuber,tapi aku tak dengar mana-mana suara. Dia buat tutorial kot.
Disebabkan dia tak keluar rumah mungkin,muka dia putih melepak mengalahkan aku. Tercalar juga maruah aku sebagai perempuan sebab masyarakat Melayu commonnya nakkan gadis berkulit putih mulus. Aku ni tak adalah putih melepak sampai macam salju.
Aku rasa rugi aja dia ada muka gila hensem macam tu,macam..Tiada sesiapa orang di luar sana sedar akan ketampanannya. Kalau aku jadi pengarah filem ke,tauke produk ke mesti aku ambil dia jadi pelakon takpun model. Mesti dia ramai peminat,mesti banyak duit masuk dari peminat.
Itu ajalah aku tahu pasal abang Zain tu,sebab dia jarang keluar bilik. Bercakap pun tak,macam mana aku nak cerita tentang dia? Memang susah.
Okay,aku cerita pasal kak Ilya pula. Dia sebenarnya interior design. Sumpah aku tak percaya weh,sebab apa? Bilik dia macam baru lepas kena rompak. Kalau kena siasat dengan polis apa barang hilang mesti tak sedar. Polis mesti tertipu ingat perompak yang gelendahkan dia punya barang. Tapi sebenarnya tak,bilik dia memang hancur macam tu.
Mati-mati aku ingat dia model ke apa. Mesti ramai pakcik-pakcik abang-abang ambil dia bekerja. Aku yakin mesti sekurang-kurangnya tiga kali kak Ilya kena serang dengan bini-bini takpun tunang-tunang lelaki yang dia kerja bersama.
Tapi,aku rasa mungkin tak. Kak Ilya ada kekasih gelap,bukan kulit dia gelap okay. Abah tak kasi anak dara dia bercinta sebelum kahwin. Jadi kak Ilya bercinta senyap-senyap. Mana aku tahu? Semuanya sebab kak Ilya beritahu,dia beri amaran terlebih dulu dengan beritahu aku supaya nanti tak pasal-pasal aku mention 'eh siapa lelaki yang datang rumah waktu abah takde tu?'. Jadi dia senyapkan mulut aku dengan komik Xane yang bertambun. Silap besar,aku tak suka baca komik,nak-nak aksi punya. Tapi sebab aku baik,aku diamkan aja. Tapi aku rasa macam salah aja,aiya.
Selain dia sebenarnya bekerja sebagai pereka dalaman serta mempunyai kekasih gelap,dia sebenarnya seorang yang kuat membebel dan menengking dan juga mengarah. Ha,abang Zain pun dia berani angkat tangan tampar menampar dan hempuk kepala abang. Kesian aku tengok abang Zain ni,belum kahwin dah kena penangan queen control. Lepas kahwin nanti macam mana?.
Aku rasa,aku target dia selepas abang Zain. Aku dah nampak ura-ura dia nak buli aku. Kak Adira dia tak buli,sebab diorang bergabung macam Power Ranger yang aku tengok setiap hari sabtu. Alamak,pecah rahsia aku tengok Power Ranger,semuanya sebab aku ada anak jiran yang lebih muda dari aku suka tengok Power Ranger,aku ada dia aja sebagai childhood bestie.
Aku rancang nak bergabung dengan Abang Zain untuk kuatkan empayar,tapi lelaki tu tak nak,dia nampak macam malas. Dia rela dicaci dan dihina sebegitu,memalukan kaum lelaki aja. Lagipun kerja dia melepak dalam bilik,so kuranglah dia dibantai kak Ilya. So,akulah yang akan jadi mangsa sepenuh masa.
Bergerak pada kisah kak Adira. Dia bukan bisu,malah dia pandai nyanyi. Suara dia sedap gila habis,dia selalu menyanyi waktu mandi,bilik mandi sebelah bilik aku. Lebih kurang tiga kali sehari aku layan konsert tanpa tiket ni. Tapi,aku naik muak jugak kalau tiap-tiap hari dengar dia nyanyi,lagu sama pulak tu. Aku rasa dia tak berapa bagus bab hafal lirik lagu ni. Ada bahagian lagu dia nyanyi tu dia main hentam aja kadang.
Dia punya kejam lain sikit daripada kak Ilya,dia sarkastik tahap syaiton. Selain ada mata yang suka menjeling,mulut dia memang sarkastik nak mampus campur laser nak mati. Aku lebih takut dekat dia berbanding kak Ilya. Kak Ilya tu kepoh tak pepasal sepanjang masa,dahlah suara gila nyaring. Dia lebih kepada annoying. Kak Adira ni jenis senyap,tapi dia punya aura buat bulu roma aku menari macam Michael Jackson lagaknya.
Aku rasa dia solo. Dia jarang main telefon,telefon pun dia lupa dia letak dekat mana kadang-kadang. Dia ni jenis misteri sikit selain sarkastik. Aku rasa,aku kena kenal dia lebih kalau nak cerita panjang pasal dia dekat Biru ni. Dua tiga minggu,tak cukup beb.
YOU ARE READING
Biru dan Kelabu
Teen FictionLangkah 5M yang bermula pada tahun 2013 1)Menyesuaikan diri dengan ayah baru,abang baru,kakak-kakak baru a.k.a keluarga tiri 2)Menyesuaikan diri di sekolah baru yang serba dirinya tak tahu 3)Mencari cinta atau sebenarnya calon isteri buat abang tiri...