Tahun ini bukan sembarangan tahun. Bukan tahun harimau,tahun kuda ataupun tahun ular tedung. Ini tahun penuh kejutan. Ya Rabbi,berapa banyak kejutan lagi perlu aku hadap ni? Kejutan selepas dapat tahu mak nak kahwin lagi. Dapat tiga adik beradik tiri. Pindah rumah. Pindah sekolah. Sekarang jumpa si syaiton Naufal pula?.
Meremang bulu roma aku. Serius meremang. Meremang tegaknya tahap bendera jalur gemilang. Sekolah baru aja bermula namun aku cukup dah tak boleh bertahan lagi. Sedaya upaya aku sorokkan wajah daripada terlihat oleh sepasang mata milik mamat penuh kedajjalan itu. Berdoa panjang aku dibuatnya agar dia lupa wajah aku ini. Muka aku,ya,Nisha Umairah.
Baiklah,sekarang waktu rehat. Aku masih kekok dengan semua orang disini,jadi aku hanya mampu bercerita dengan petahnya dengan Biru Bin Kelabu. Baiklah mamat Biru,akan aku ceritakan pasal mamat Naufal ini.
Kami satu sekolah sejak tahun satu. Dia selalu bawa botol air power ranger waktu tu dan juga selalu curi-curi makan makanan bekal waktu belajar. Pernah sekali aku tenung dia waktu dia gogok sosej mini. Nak tahu apa dia buat? Tiba-tiba dia pergi dekat aku dan sumbat sosej tu dalam mulut.
Ha,tentedeng,apa jadi lepas tu? Kuat-kuat dia panggil cikgu dan cakap aku makan dalam kelas. See,betapa setannya makhluk kasar bernama Naufal ini. Aku tak tahulah apa masalah dia sampai suka cari masalah dengan aku.
Balik sekolah aku selalu menangis mengadu dekat mak dan Mak Som. Mak sampai pergi sekolah,mak aku dan mak Naufal pernah bertikam lidah ala-ala Naruto dengan Sasuke di medan perang(ya ke?) tapi macam gitulah lagaknya,nasib tak keluarkan mana-mana jampi pelik macam dalam cerita Naruto tu.
Yang paling tak boleh tahan ramai pula perempuan bencikan aku sebab katanya cemburu aku diusik oleh Naufal. Diusik? Tolonglah, di abused tahu tak? Jiwa dan raga aku terseksa. Cuba cakap,budak mana baru tujuh tahun dah faham erti jiwa dan raga terseksa? Berterima kasih sangat-sangat pada Naufal syaitonnirojim itu aku kenal erti depression waktu sekolah rendah.
Disebabkan sepanjang sekolah rendah kehidupan aku tak tenteram dek manusia bernama Naufal,Naufal yang kacak dan sem di mata perempuan. Aku mula fobia dengan lelaki kacak. Diorang semua mesti bangsat dan tak guna. Lihat mentaliti aku ini,jangan salahkan aku,salahkan mamat tak guna tu.
"Hai,"tiba-tiba ada suara mencelah daripada suara-suara ligat daripada otak aku yang berkedut-kedut ini. Aku pun berpaling ke sebelah dengan mata dijegilkan. Omai,kehadiran siapakah yang menegur aku dibawah pokok ini?.
"Err..Hai,"aku mendongak dengan perlahan-lahan. Tak biasa aku terima sapaan daripada manusia. Apabila aku mendongak keatas,mata aku terlekat pada seorang lelaki berbaju putih dengan seluar hijau,berambut hitam beralun seperti ombak,dengan senyuman nipis yang kurang manis. Hmm,dia lebihkan manisan dalam minuman kurangkan manisan dalam senyuman mungkin.
"Err..Apa ek?,"soal aku dengan keliru serta berkedut seribu dahi yang ada dua tiga butir jerawat kecil.
"Tempat ni...Dah ada orang,"dalam nada berbisik dia beritahu. Kenapa dia berbisik-bisik bagai ni? Dia fikir telinga aku terlalu sensitif ke?.
"Ada orang?,"aku tengok kiri kanan bangku yang aku duduki ini. Tiada nama sesiapa atau beg dan barang sesiapa dijadikan sebagai tanda. Lelaki dihadapan aku ini menunjukkan riak cemas. Kenapa dia buat muka macam tu? Aku pulak yang turut risau ni?.
"Toyol,aku dah cakap,jaga tempat tu supaya tak ada orang,"entah dari mana pula datangnya suara. Seorang lelaki berbaju biru dengan tangan bercekak muncul dengan kening kanan terjongket ke atas. Damnit,si Naufal dah muncul dalam babak tenang khas untuk aku. Aish,tak boleh ke dia take a break sebelum masuk skrin dalam filem ciptaan aku ni? I'm not ready sih.
"Er..Err..S-Sori..Sayaa...B-Biasanya Naufal tak du-
"Aku tak nak dengar kau punya explanationlah toyol,"Naufal menolak pipi si Toyol(apa aku nak panggil dia?)dan berdiri dihadapan aku dengan mendada gah seolah-olah dialah presiden amerika untuk menggantikan Obama nanti.
"Ini tempat,aku punya.."
Oh bish,dia fikir dia gangster ke apa ada tempat bagai? Dia suruh aku bayar ke apa sebab menumpang punggung kat sini? Meluat pula aku tengok dua lubang hidung dia ni dengan jarak dekat.
"Oh maaflah,saya baru lagi kat sini,tak tahu pula setiap penjuru dekat sekolah ini mempunyai hak milik pelajar masing-masing. Fikir semuanya hak kerajaan,maaf,"aku bersuara ayu seayu-ayunya namun dalam waktu yang sama sarkastik.
Dia tenung muka aku,seolah-olah muka aku ini sebuah puzzle yang perlu diselesaikan. Seolah-olah dia memandang sesuatu yang rumit. Aku fikir pertemuan kali kedua dengan mamat tak guna ini bukan tak ada makna. Ianya sebab aku dikurniakan peluang untuk membalas dendam.
Lama kami merenung seolah-olah ada pertandingan merenung mata dengan tajam seraya itu beberapa pelajar lelaki muncul. Aku agak,mereka berada pada pihak lanun bermata dua depan aku ini.
"Kalau macam tu,saya pergi dulu,"baru aja berniat mahu membalas dendam,nak bertikam lidah macam guna pedang samurai gaya lidah tersebut. Bila bayang daripada satu(toyol tak termasuk,dia nampak macam hamba yang dibuli yang tersekat)bertukar menjadi lima,terus aku mahu berganjak pergi.
"Jangan senang-senang nak lari"
Aduh,aku menghentikan pergerakkan. Dia nak tempat ni,kan? Aku nak blah dah ni,ambil ajalah tempat khas dia ni,apa lagi dia nakkan?.
"Nisha Umairah,Faruq khabar baik aja sekarang,dia dekat kantin tengah makan"
Apakah? Adakah aku yang salah dengar? Dia ingat aku? Kenapa dia sebut nama Faruq? Wait,dia tahu aku punya crush pada Faruq? No wayyy!!
YOU ARE READING
Biru dan Kelabu
Teen FictionLangkah 5M yang bermula pada tahun 2013 1)Menyesuaikan diri dengan ayah baru,abang baru,kakak-kakak baru a.k.a keluarga tiri 2)Menyesuaikan diri di sekolah baru yang serba dirinya tak tahu 3)Mencari cinta atau sebenarnya calon isteri buat abang tiri...