Part 18

86 3 0
                                    

Pagi pagi kami keluar menuju ke central paris. Dari jauh sudah kelihatan Eiffel Tower yang gah.

"Sayang nak tahu pasal eiffel tower tak?"

"Apa dia?"

"Eiffel Tower ni merupakan sebuah menara besi yang dibangun di Champ de Mars di tepi sungai Seine di Paris. Menara ni telah menjadi ikon global Perancis dan salah satu struktur terkenal di dunia. Eiffel Tower ni sempena nama arkiteknya Alexandre Gustave
Eiffel. Menara Eiffel salah satu bangunan tertinggi di Paris dan di dunia dengan ketinggian 325m termasuk antenna setinggi 24 m. Kos pembinaanya pulak berjumlah 1.5juta Euro. Kerja kerja pembinaaan bermula pada Julai 1887 dan siap selepas 2 tahun. Melibatkan seramai 300 orang pekerja. Menara ini di dirikan dengan 18038 batang
besi bersilang dan 2500000 batang paku. Dan dibuka pada 31 March 1889."

Ternganga mulut su bila far menerangkan begitu detail tentang menara tersebut.

"Tutup mulut tu sikit sayang. Nanti gajah masuk susah"

Terus su menutup mulutnya. Terkejut, terharu, terkesima macam-macam lah.. hebat jugak dia ni kata hati su.

Kami memerhati pekarangan menara eiffel yang cantik. Kami nampak merpati dan percubaan menangkap merpati yang jinak
tapi kempunan untuk menyentuhnya.

"Sayang jom naik hop on hop off bus tour. Boleh jimatkan masa"

Su mengangguk

Setelah hampir 2 jam kami bersiar-siar di perkarangan Eiffel Tower kami mengambil keputusan mengguna perkhidmatan hop on hop off tour bus untuk lawatan seterusnya bagi menjimatkan masa.

First menuju ke MUSEE DE LOUVRE

Musse de Louvre kat sini tersimpannya potret Monalisa karya pelukis terkenal dunia dari Italy Leonardo de Vinci. Oleh kerana terlalu ramai pengunjung pada hari ini, kami tak sempat melawat dalam muzium.

Lepastu kami rehat dan makan makan dulu dalam kesejukan.

Kemudian menuju ke PONT DES ARTS BRIDGE

Love padlocks on Pond des Arts bridge

"Kalau sayang nak tau jutaan padlock diabadikan di sini."

Lock your love....

"Kita abadikan cinta kita kat sini nak?" Tanya far

"Tapi saya tak cintakan awak"

Far senyum hambar lalu..

"Kita abadikan juga.. sebab saya percaya one day u will love me forever"

"Saya harap macam tu"

Far memandang ke arah su tak sangka su akan kata begitu. Senyuman jelas terlihat diwajah far.

Pont des Arts bridge to Institut de France, jambatan pertama dibina di Paris (1804) merupakan jambatan khas untuk pejalan kaki.

Next ke NOTRE DAME CATHERAL

"Kalau sayang nak tahu dalam bahasa Peranchis Notre Dame membawa maksud "Ibu Kita". Merupakan gereja lama yang masih digunakan hingga kini. Gereja ni dan beberapa lagi bangunan berhampiran terletak atas pulau Ile de la Cite di tengah-tengah Sungai Seine. Yang dibina pada 1163 dan siap
pada 1345. Dekat sini lah raja perancis pertama ditabalkan. Senibinanya memang mengagumkan ditambah dengan pemandangan disini yang sangat cantik."

"Banyak awak tahu pasal paris kan? Mana baca?"

"Saya kaji semua ni sebab awak" far tersenyum manis

"Stop looking at me and smile like that"

"Hahaha.. saya tahu awak melting tengok saya"

"Perasan" satu cubit hinggap di lengan far

"Aduh sakitlah sayang"

"Padan muka"

I'm Yours, You're MineWhere stories live. Discover now