Part 22

92 2 0
                                    

Mereka sampai diperkarangan rumah banglo yang terletak di Setia Alam.

"Sayang, jom masuk."

"Ni ke? Emm besarnya?"

"Besarlah untuk family besar kita akan datang. Haha.. mama pun dah request kan" senyum far

Far ni kalau tak senyum boleh kot. Mencairkan. Muka handsome, badan sado, cukup package. Untung isteri dia.. eahh.. aku lah tu yang untung.

"Sayang tahu lah abang handsome janganlah tengok abang macam tu sekali"

"Jangan perasan lah!" Su cuba menutup malu.

Su.. su kenapalah kau pergi berangan sampai tengok dia macam tu sekali. Hish... Su melihat dalam rumah ada tiga tingkat. Dekat luar ada taman di hiasi bunga bunga mawar.Tingkat bawah ada dua bilik. Satu bilik tetamu. Satu bilik solat. Tingkat dua ada 4 bilik. Semua bilik tidur dan ada ruang kecik tempat melepak ada tv dan sofa disitu. Tingkat atas ada 3 bilik. Bilik bacaan, Bilik komputer dan satu bilik berkunci. Banyaknya bilik rumah ni.

"Bilik kita yang mana satu?"

"Bilik paling hujung tu sayang. Master bedroom"

Far dan su menuju ke bilik. Su melihat sekeliling bilik. Besar. Katil queen. Bathroom. Balkoni. Almari pakaian warna putih. Bilik yang lawa susunannya. Dan su terlihat di atas meja solek patung kesayangannya. Mr Bunny. Su pergi mendapatkannya. Su peluk erat.
Far hanya memandang. Dia simpan lagi patung tu bisik hati far.

"Sayang dah la tu peluk patung tu. Pergi mandi. Busuk patung tu nanti."

"Biarlah.. saya rindu mr bunny ni."

"Pergi mandi dulu, kejap lagi kita solat jemaah sama sama."

"Okay la. Jangan kidnap mr bunny saya" su menjeling far

"Haha.. tak adanya saya nak kidnap dia."

***********

Su terdengar bunyi periuk kuali senduk berlaga di dapur. Su turun ke dapur nak melihat. Dia nampak kelibat far sedang memasak dan.... auch..

"Far, are u okay?" Su bergegas ke arah far.

"Im fine. Kena kuali panas ni je"

"Hish awak ni lain kali hati hati la. Tengok tangan"

"Tak perlu lah... sikit je ni." Far melarikan tangannya.

Su menarik tangan far. Ya Allah merahnya.

"Ni awak cakap sikit? Merah macam ni. Nak tunggu mengelembung ke?" su mengambil first aid dan mengubati tangan far.

"Awak ni buat kerja tu hati hati la. Kalau nak masak ke apa. Suruh saya je. Ni tengok apa dah jadi. Awak ni kan. Hish" su membebel panjang

Far hanya diam memandang su.

"Risau juga sayang dekat abang kan?"

"Mestilah risau pape jadi kat awak saya risau tahu tak."

Far tersenyum

"Yang awak senyum ni kenapa? Suka kena kuali panas?"

Far mengeleng

"Tangan yang kena kuali. Yang mulut bisu tu kenapa? Ni awak nak makan apa? Biar saya je yang masak."

"Abang nak masak tomyam istimewa untuk sayang. Tak tahu pulak jadi macam ni. Selalu masak okay je."

Su terharu. Dia nak masak untuk aku rupanya.

"Dah awak rehat ye. Saya masak untuk awak malam ni."

"Nak tolong."

"Tak payah. Duduk diam diam kat situ."

"Kedekut." Far mencebik

"Ingat comel lah tu." Su memandang far sekilas dan kembali memasak untuk makan malam.

**********
Di meja makan

"Kenapa awak tak makan ni?"

"Hmm sayang. Tangan sakit. Suapkan." Far buat suara mengada mengada

"Nak bermanjalah tu."

"Tak salahkan bermanja dengan isteri sendiri?"

"Memang tak salah tapi gedik. Hahaha"

Su menyuapkan juga makanan untuk far. Suap menyuap, berborak. Makin mesra pasangan berdua ni. Selepas makan su membawa semua pinggan mangkuk ke dapur untuk dicuci. Tiba tiba su terasa ada sesuatu dipinggangnya.

"Sayang" bisik far di telinga su

Terasa hangat nafas far di leher su. Pelukan dipinggang makin kemas.

"Err.. awak.. awak nak apa?"

"Nak sayang"

Muka su merona kemerahan

"Abang guraulah sayang. Sayang tak ready lagi kan. Abang cuma nak ucapkan terima kasih."

"Terima kasih?"

"Ye terima kasih untuk semuanya dan untuk masakan tadi."

"Sama-sama. Tapi boleh awak lepaskan tangan awak. Saya nak basuh pinggan."

"Taknak"

"Suka hati awak lah" su meneruskan kerjanya.

I'm Yours, You're MineWhere stories live. Discover now