BAB 15

1.3K 61 6
                                    

HADES P.O.V

"Kau rehatlah dulu," ucapku usai kami tiba di ruang singgahsanaku.

"Okay," Amanda menjawab. Mukanya memang nampak mengantuk. Penat mandi di laut tidak hilang lagi agaknya.

Aku memerhati sahaja dia berjalan longlai ke bilik tidurnya manakala aku menapak naik anak tangga yang menuju ke kerusi singgahsanaku.

Sambil berjalan, t-shirt merah dengan sedikit corak garisan hitam dan seluar kelabu, diganti dengan jubah berwarna hitam dan mantel yang diperbuat dari roh-roh keji, tersangkut kemas di bahuku.

Roh keji. Manusia yang entah macam mana boleh terambil perangai aku. Kejam. Tidak berhati perut. Hidup di bumi hanyalah untuk membuat huru-hara dan akhirnya, tersangkut di Tartarus selamanya. Tengkorak mereka pula menjadi hiasan ngeri untuk tangga singgahsana aku. Heh! Kesian...

Punggungku dilabuhkan di atas kerusi takhta tersebut, kaki pula disilang. "Thanatos!" Seruku. Beberapa saat kemudian, Thanatos muncul sambil melutut sebelah kaki sebagai tanda hormat kepada aku, Raja Dunia Kegelapan.

"Ya, Hades!"

"Apa yang berlaku semasa ketiadaan aku?"

"Ada roh yang berjaya melarikan diri, tuanku." Dia masih menunduk.

Aku terkejut. Sangat terkejut. Belum pernah ada roh yang berjaya melarikan diri. Lantas aku bangkit dari tempat dudukku. Mataku mencerlung memandang tepat ke arah Thanatos.

Kedua tanganku spontan mengeluarkan api biru serentak dengan bertukarnya warna anak mataku. Kalau sudah menyala api biru itu menandakan baran aku sudah sampai ke kemuncaknya.

"Do you even do your job?! How come a soul managed to escape from here?!" Bergema ruang ini dengan suara tengkingku.

Gila apa? Tak pernah dalam sejarah kekuasaan aku, roh berjaya lari keluar. Tak guna punya Thanatos!

Dia berdiri, "Forgive me, my lord. But, I wasn't there when it happened." Kepalanya ditundukkan, mungkin enggan menatap mata aku.

"Bullshit!" Aku menengking. "It's clear to me that you didn't take your job seriously."

Kemudian, aku memetik jari, memanggil hambaku yang ditugaskan di Tartarus. Muncul dua ekor makhluk yang badannya adalah badan badak sumbu dan berkepala serigala. Masing-masing memegang kapak besar dan sangat berat.

"Campak dia ke dalam penjara khas!"

Thanatos laju mendongak. Wajah ketakutan terpamer jelas. Dua ekor makhluk itu mara ke hadapan untuk mengheretnya ke penjara khas itu.

Penjara yang hanya digunakan untuk menahan dan menyeksa mana-mana dewa atau dewi yang membuat kesalahan besar. Apa yang menjadikannya khas adalah besi-besi penjara yang menyerap kuasa dan tenaga banduan tersebut.

"No! Hades! You can't do this to me!" Thanatos menjerit sambil berjalan menjauhi makhluk-makhluk itu. "I am innocent!"

Aku kembali duduk sambil tangan kanan diletakkan di pipi, memangku kepalaku. Senyuman sinis terlukis di bibir pucatku. Jarang dapat tengok perkara seperti ini berlaku.

Rayuan. Suara tangisan. Jeritan penyeksaan. Semua itu suatu kepuasan untuk aku. Thanatos meraung-raung apabila diheret oleh makhluk itu.

"BERHENTI!"

Kepala aku laju berpaling ke arah suara lantang yang tiba-tiba muncul, mengganggu waktu hiburanku. Aku mengangkat tangan ke arah dua ekor makhluk itu supaya berhenti.

Rupanya suara itu milik Amanda. Dia berdiri di pintu masuk dengan wajah marah. Aku diam sahaja sambil memerhati dia berjalan ke arah ku.

"What the hell are you doing, Hades?!" Jelas suaranya bergetar. Mungkin menahan marah. Duh! Obviously, she is mad!

"I'm currently looking at you, sweetheart," aku tersengih. Mampuslah kau, Hades. Siap la nanti dia mengamuk.

"This is not the time for a silly joke!"

"I know. It's just that, I can't resist your temptation."

Sengihan aku melebar apabila pipi Amanda jelas kemerah-merahan. Malu apabila aku berkata seperti itu. Matanya juga mengelak dari bertembung denganku.

Ahh perempuan...Sedikit pujian dan mereka akan jatuh. Tapi, dia cepat-cepat mengabaikannya dan kembali merenungku.

"Let. Him. Go!" Dia bersuara perlahan tapi tegas.

Aku mula rasa tercabar. Siapa dia nak mengawal kuasa pemerintahan aku? "Kalau tak?" Aku menyoal. Suara romantis tadi bertukar.

Melihatkan anak mataku, gadis itu mula tersentap. Tatkala itu, baru dia sedar yang dia telah menghidupkan kembali api kemarahanku.

"Aku...aaku.."

"You what?!" soalku separuh tengking. "Who are you, to interfere my work? I am the king here! This is my kingdom! And you. You are just slightly better than a prisoner. So I suggest you, to shut the damn mouth before I do it myself!"

Dia terkesima. Aku pula puas. Puas kerana berjaya menyedarkan dia tentang kedudukannya. Thanatos dan makhluk itu hanya diam memerhati. Tidak berani masuk campur.

"He's my friend." Bisik Amanda setelah beberapa saat berlalu.

"So?"

"I hope if you could just...I don't know, release him?" Suaranya bergetar lagi. Namun bukan kerana marah, tapi menahan sebak.

"Ergh.." aku kembali duduk sambil menghela nafas berat. Tiba-tiba rasa bersalah pula sebab menengking dia. Tapi dia yang masuk campur urusan kau! Ego aku pula bersuara.

"Fine!" Aku mengalah setelah mataku terperasan bahu Amanda yang terhenjut menahan sedu tangis.

"Aku akan kurangkan hukuman dia. Thanatos!" Lelaki itu memandangku. "Kau diberi masa seminggu untuk cari dan tangkap kembali roh tu. Genap seminggu, kau akan ke penjara khas itu!"

Serentak dengan itu, aku menhalau pergi kedua ekor makhluk itu. Thanatos kembali bebas. Amanda pula tersenyum gembira mendengar hukuman baru itu. Dia terus berlari ke arah Thanatos dan memeluknya.

"Dahla! Menyampah aku tengok." Mereka meleraikan pelukan apabila mendengar ayat aku. "Seminggu, Thanatos. Seminggu!"

Dia mengangguk berkali-kali. "Baik, tuanku. Terima kasih!"

"By the way, apa nama roh tu?"

"Maaf, Hades. Aku tak tahu tapi aku akan cari jawapannya."

Aku mengangguk perlahan, "Kau boleh pergi!"

"Baik!" Thanatos mengundurkan diri sebelum berpusing dan berjalan keluar. Sempat dia berbalas senyuman dengan Amanda sebelum menghilang. Aku hanya melirikkan mata tanda menyampah.

Apa yang aku tak tahu, keputusan aku mengurangkan hukuman Thanatos rupanya hanya akan memburukkan lagi keadaan.

Hubungan aku dan Amanda yang semakin baik, mungkin kembali rapuh akibat dari perbuatan aku ini...

*****************************
:: WRITER'S NOTE ::

Gais aku dah lulus jpj wohooo! Btw, tu video ada orang buat lagu pasal hades. Macam sedap la jugak.

So kalau suka sila la VOTE and do COMMENT , yeah!

Thanks muah muah :*

PENGANTIN LARI  [slow Update]Where stories live. Discover now