HIJRAH

8 0 0
                                    

Hijrah..

Semua orang diberi peluang untuk berubah.
Perubahan seseorang itu juga ada yang tidak sama.

Kisah hijrah dia pun berbeza.
Macam mana dia berhijrah?
Macam mana dia boleh bertukar 360°?
Bagaimana dia boleh tukar A - Z?
Semua dia yang akan rasai,
Mudah?
Sukar?
Semua hanya dia yang tahu.

Apa yang perlu kita ucap "Alhamdulillah".
Dia dah ambil setiap peluang yang dah Allah berikan.

Kita?
Masih lagi, seperti dulu.
Masih lagi mencari jalan yang terbaik.
Masih lagi, meniti setiap titi.
Masih lagi, merangkak untuk bergerak.
Masih lagi, berhuyung - hayang untuk berjalan.

InsyaAllah, hari demi hari kita akan menemui juga jalan yang benar dan mungkin kita sudah gagah untuk berjalan.

Sinar harapan?
Sinar cahaya?
Sinaran yang membantu kita.

Harapan untuk diri kita berubah amat kuat.
Tapi, tanpa cahaya harapan kita juga hancur.
Kaburnya cahaya, lunturnya segala harapan.

Maka, akan tenggelamlah segala perubahan.

Semangat!
Kita perlukan semangat.
Semangat yang akan membantu kita.
Kerana dalam penghijrahan memang jatuh itu mudah dan bangkit itu susah.

Jatuh 1000 kali sekali pun, jika semangat hijrah kita itu kuat.
InsyaAllah, kita akan menemui jalan yang terbaik. Aamiin.

Hijrah bukan mematahkan semangat, malah ia mengajar kita erti kehidupan yang sebenar.










#UntukDiri #UntukSahabat #UntukTeman #UntukKawan
#MaafSalahDanSilap

By : @Mizzpemalu

#NotaHati

#NotaHatiWhere stories live. Discover now