Menulis bukan sebab musabab menjadi penulis menjadi ahli penulis menjadi ahli sasterawan tidak sama sekali. Tujuan niat utama untuk Sedar, Menyedarkan, Kesedaran dari khayalan yang mengutamakan Bintang kajian di langit sedang Diri sendiri disisih dibuang tidak mahu mengetahui. Diri kemudi kehidupan. Bukan Tuhan Kebendaan atau Hukuman jadi contoh ukuran.
Kisah "Hanyut" hikayat seorang manusia bernama Samsara. Berniaga berlatar masa akhir abad 14 di kepulauan utara di asia. Berniaga aneka bunga kering untuk dijadikan minuman tenaga para petani kampung. Samsara hanya bercakap bila perlu dan hanya mementingkan kesejahteraan dan kesedaran dalaman lebih dari segala aspek kekaburan hijab duniawi alam syahadah ini. Menjual bunga teh untuk sesuap nasi. bukan untuk jadi pak haji. Latar keadaan suasana kampung dimana samsara tidaklah terlalu mundur. Pesat naik simen bancuh bangunan asap arang dan segala hiburan malam dan siang lagak pekan koboi. Perasan beriman pun ada. Samsara meniaga di salah satu lorong di pekan tersebut. Pekan Timbul Tenggelam. Jadi Samsara sering diejek dan dicerca atas sebab keadaannya yang mundur dan kotor dikalangan yang ramai lagak merak riak menjilat kemaluan sendiri.
"Eh samsara, ini zaman masih jual bunga teh? Di kedai terdapat bermacham ubat tenaga! Bunga-bungaan kering mana ada khasiat!" Duit hasil jualan pun dapat sedikit, Sampai bila pun tak jadi senang! Kena lebih berusaha baru boleh pergi haji"
herdik si Mutalib Dahi Legam. Salah seorang Merak tua perasan alim serban propeller.
Samsara hanya diam dan melemparkan senyuman dan berkata "Alam menyatu satu anasirpun takkan buatku sendu. Jiwa yang sejahtera bukan harta dunia! Bunga yang mati belum tentu tak berguna. Sedang yang bangkai turut menjadi baja..
Tuan alim Mutalib sudah senang dan sejahtera? Ahahahahahah!!!Hanyut bukan bererti leka lalai dalam senda gurau mainan dunia. Hanyut di dalam keberadaan Sang Pencipta lain asyik dan masyuknya. Hanya pada Sang Pencipta berserah segala domba. Lebur segalanya di sisiNYA" Terang Samsara pada Mutalib sambil menyusun dan memotong lebihan ranting dan dahan pada bungaan herba ubatan tenaga.
"Ah selalu aje kau berdalih. Ajak ke masjid mana kan hendak! Beribadah memperoleh keberkatan dan Jaminan Ganjaran! Telah dijanjikan syurga dan segala macam kesenangan" terang Mutalib.
