Dihimpunkan Puji Cerca

30 1 0
                                    

Tujuan apakah kita hidup?  Tujuan apakah kita bekerja?  Tujuan apakah kita dijadikan?  Tujuan apakah kita diciptakan oleh Sang Penguasa Jagad Raya? 

Kelaziman seorang manusia.  Kecil bermain tanpa kenal bahaya.  Remaja menilik perubahan padanya.  Dewasa kerja untuk menyara.  Atau hidup untuk kerja? Hidup untuk apa sebenarnya?  Sedarkah akan manusia tugas yang sebenar benarnya ia dinadikan dan dijadikan?  Barangkali hanyut dalam awangan,  dan khayalan lebih selesa dari kesedaran mata hati.  Selesa tanpa kemudi,  Selesa tanpa kenal pengemudi jasad nyawa juga kerja roh! Sampai bila dalam kepuraan.
DALAM SYURGA DUNIA CIPTAAN CIPTAAN DIRI SENDIRI...

Ahahah! 
Macam mana jikalau macam itu?  Akan dihukum neraka api julang menjulang?  Dosa meninggi gunung? 

Sampai bila mahu di dalam lingkaran penafian segala kebenaran. Nafi semua makhluk tidak sehebatnya!  Macam mana begitu begini jadinya.  Pandang dan hukum pada cara perbandingan salah betul.  Manusia pula mahu jadi Pencipta.  Hidup sendiri,  berdiri sendiri,  bernyawa sendiri.

Bersandarkan pada realitas logik akal kononnya.  Denyut,  angin, hujan,  Nafas berapa kali keluar dan masuk sehari semalam pun tidak diketahui.  Hanya ada anggaran semata.  Barangkali agama anggaran dan agama angan2 jadi pegangan hidup...

Sedang Sang Pencipta meliputi seluruh Alam.  Alam pula tidak putus memberi pujian pada Yang Maha Esa kerana limpahan rahmat kasih dan sayangNya meliputi awal akhir zahir dan bathin. 
Apa disebutkan Si Nuri?  Si gagak?  Sang Angin?  Sang Hujan?  Bunyian Kipas enjin motorbot pistol mainan laki bini berkemban menjerit mengilai jasad bersatu dan segala macam yang terisi dalam bumi. Semua pujian dan tidak putus beringat kepadaNya.
Jika kita sedar..

Dan manusia masih dalam agama berhalanya yang diwujudkan, di dalam diri.  Tidak dikemudi tidak diingati...

Barangkali awang bin khayal selesa dalam dunianya, sendiri.  Barangkali lebih menyukai selesa menjadi Tuhan lebih dari seorang Hamba. Barangkali ikutlah ajaran nenek moyang.  Tak perlu bertanya tak perlu mengkaji tak perlu persoal.  Ikut saja.  Jaminan ganjaran syurga pahala bidadari kayangan katanya

Ah! Barangkali awang khayal sangka Maha Kuasa ahli perniagaan ahli korporat kapitalis keparat...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 30, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sembah Tak BerdiriWhere stories live. Discover now