SEBULAN KEMUDIAN...
Kris sakit hati. Selama ini dia cuba untuk menggoda Jihyo agar terpikat dengannya namun semua itu tidak berjaya! Apa? Dia tak cukup handsome and tinggi ke hah?! Dan apa yang membuatkan Kris bertambah sakit hati, ke mana sahaja Jihyo berada, pasti Luhan akan ada di samping Jihyo. Ah! Semaklah mamat jambu! -_-
"Chingu! Better kau stop. Takde gunanya kau sibuk kejar Jihyo sedangkan dia tak pernah nak pandang kau, even sebelah mata pun tak nak. Stop jelah and carilah awek lain. Berlambak dalam sekolah ni. Pilih je sesiapa. Lagipun Jihyo dengan Luhan tu dah couple, better kau stop jelah ya?" nasihat Xiumin. Heh! Ingat Kris termakan nasihat kau ke Xiumin?
"Kau senyap boleh tak? Aku takkan stop selagi Jihyo belum jadi milik aku. Aku tak peduli, apa pun terjadi... aku takkan kalah dengan mamat jambu tu!" nekad Kris. Mengenangkan Luhan yang digelar 'mamat jambu' itu, bertambah sakit hati Kris dibuatnya. (Lol! Apa punya jenis ayat ni? -_-)
"Hyung memang betul-betul sukakan Jihyo, kan?" teka Tao, takut-takut kerana bimbang akan dijerkah kuat seperti Xiumin. Kris tidak menjawab soalan Tao malah berlalu pergi meninggalkan mereka bertiga.
"Betullah tu." jawab Chen, seolah-olah bagi pihak Kris.
Sedang Kris berjalan (atau lebih tepat, meronda kawasan sekolah), dari jauh dia ternampak kelibat Jihyo sedang berjalan keluar daripada perpustakaan. Dengan pantas, Kris menyusun langkah mengejar Jihyo. Jihyo terkejut apabila Kris tiba-tiba datang kepadanya.
"Aku ada benda nak cakap." ucap Kris serius. Dia sempat merenung tajam ke arah Jihyo namun Jihyo tidak mempedulikan renungan tajam Kris.
"Aku tak nak bercakap dengan naughty guy macam kau ni. Boleh ke tepi sikit tak?" pinta Jihyo dengan lagak sombong. Kris tidak mengendahkan permintaan Jihyo.
"Betul ke kau dah couple dengan Luhan?" soal Kris, masih di mood serius.
"Yup! Aku memang dah couple dengan Luhan. Kenapa? Jealous ke?" jawab Jihyo, mengejek. Kris makin berapi dengan sikap Jihyo yang semakin menjengkelkan itu.
"Kau tak kenal perangai sebenar dia even kau dah sebulan sekolah kat sini. Dia tu kaki perempuan. Playboy!! Kau faham tak?!" jerkah Kris kuat, menerangkan perkara sebenar.
"Liar! Kau cakap macamtu sebab kau jealous kan? Mengaku jelah! Kau ingat aku nak ke percaya cakap kau hah?! Actually... for your information, Luhan adalah perfect guy yang pernah aku jumpa. So, you loser... get lose!" hina Jihyo dengan sombong. Kris makin hilang sabar.
"Fine! Kau ikut aku sekarang!"
Dengan pantas, Kris mengheret Jihyo mengikutnya hingga ke kawasan belakang bangunan sekolah. Jihyo sedaya upaya cuba untuk melepaskan diri akan tetapi cubaannya tidak berjaya.
Sampai sahaja di belakang bangunan sekolah, hati Jihyo bagaikan direntap kuat apabila melihat adegan Luhan bercumbuan mesra dengan salah seorang pelajar perempuan di sekolah itu.
"Senakal-nakal aku, aku tak pernah lagi mainkan perasaan perempuan." ucap Kris perlahan di telinga Jihyo. Dengan pantas, Jihyo berlari meninggalkan Kris di belakang seiring dengan linangan air mata. Tanpa melengahkan masa, Kris pantas mengejar Jihyo sambil memanggil nama Jihyo.
"Kau nak apa lagi hah?! Puas hati kau?! Ni yang kau nak kan sebenarnya?! Tak faham betul aku, apa salah aku sampaikan kau langsung tak boleh tengok aku senang sikit. Mesti ada je benda yang buat aku sakit hati dengan kau. Kenapa hah?! KENAPA??!!" jerkah Jihyo kuat sambil menangis tersedu-sedu. Kris yang tidak tahan melihat Jihyo menangis, terus memeluk Jihyo membuatkan Jihyo tergamam.
"Aku tahu selama ni aku selalu kacau kau, tapi tu tak bermakna aku bencikan kau. Aku buat semua ni sekadar suka-suka je. Lagipun aku suka tengok kau marah sebab nampak lagi comel. Lagi-lagi bila kau membebel sorang-sorang." luah Kris perlahan.
"Sejak kau pindah sini, aku dah fallen in love dekat kau. Aku takut kau mungkin tak boleh terima budak naughty macam aku ni jadi boyfriend kau so that's why aku ambik keputusan untuk kacau hidup kau. Bagi aku dengan cara ni jelah aku dapat luangkan masa bersama dengan kau and boleh tengok muka kau yang comel tu masa tengah marah."
"Saranghae, Song Jihyo. Harap kau boleh terima naughty guy macam aku ni jadi boyfriend kau." ucap Kris lagi dengan perasaan ikhlas dari hati.
Jihyo lantas membalas pelukan Kris dengan erat sambil menangis kuat di dada Kris. Dia betul-betul rasa bersalah dan menyesal kerana dulu dia tidak mempercayai kata-kata Lay.
"Kris... maafkan aku please? Aku betul-betul rasa bersalah dekat kau. But anyway, you're not my naughty guy but now you're my perfect guy. Mianhe Kris... and nado saranghae." balas Jihyo yang masih lagi menangis. Kris hanya tersenyum gembira mendengar kata-kata Jihyo. Pelukan Kris terhadap Jihyo dieratkan lagi.
Lay yang memandang situasi itu dari jauh sudah tersenyum puas. Dia memang sudah lama perasan yang sebenarnya Kris turut menaruh perasaan terhadap Jihyo cuma mungkin Kris belum bersedia untuk menjadi girlfriendnya. Bagi Lay, melihat Jihyo tersenyum gembira itu sudah membuatkan Lay gembira kerana dia terlalu sayangkan sahabat karibnya itu. Finally... happy ending! ^_^
- TAMAT -
* Hai readers sekalian! Jutaan terima kasih kerana sudi baca fanfic yang tak seberapa best ni. Sepanjang readers baca fanfic ni, author mohon maaf daripada segi typo, ayat merepek or mengarut, maybe cerita kurang best or boring ke... mianhae! >_< Ouh ya, sorry jugak kalau readers menyampah author create story dengan bahasa baku. Hehehe sebab dulu author dah biasa sangat dengan bahasa novel >_< Author masih lagi mengharapkan vote and comment anda kerana vote and comment anda amatlah dihargai. In sha Allah, after this author will do the best for the next story. Anyway thanks again! *
YOU ARE READING
[ C ] [ MALAY SHORT STORY ] Naughty Guy VS Perfect Guy
KurzgeschichtenJika diberi pilihan, apakah ciri-ciri lelaki idaman anda? Naughty Guy or Perfect Guy? Adakah kisah ini pernah berlaku dalam hidup anda? Kalau nak tau, bacalah fanfic ni.. ^_^ CAST: - Kris EXO - Song Jihyo - Luhan EXO - Xiumin EXO - Lay EXO - Chen E...