KORIDOR KELAS BUSAN HIGH SCHOOL
"Jihyo, apa dah jadi dekat kau ni?!" tanya Lay terkejut apabila dia melihat kesan air lopak pada baju sekolah Jihyo.
"Kau jangan tanya aku. Kau sendiri boleh agak siapa yang buat." jawab Jihyo dingin. Mengingat kembali siapa yang mengotorkan bajunya, hatinya bertambah sakit.
"Okay! Nampaknya ada orang tu bad mood lagi. Takpe, jom aku temankan kau bersihkan kesan kotoran ni." ajak Lay lembut.
(Err.. jangan fikir lain pulak! Maksud Lay dekat sini, Lay cuma temankan Jihyo sampai dekat luar tandas perempuan je. Takkan Lay nak masuk tandas perempuan pulak kan? Hehehe...)Dalam perjalanan ke tandas, mereka bertembung dengan Kris, Xiumin, Chen dan Tao. Mereka berempat hanya ketawa mengejek apabila melihat kesan kotoran pada baju sekolah Jihyo. Jihyo yang mendengar mereka ketawa, bertambah sakit hati. Tanpa berfikir panjang, Jihyo menendang kaki belakang Kris menyebabkan Kris jatuh tersembam. (Pandai-pandai koranglah imagine sendiri >_<)
Ramai orang yang memerhatikan kejadian itu hanya ketawa besar dan tidak terkecuali Xiumin, Chen dan Tao turut ketawa besar. Lay yang melihat kejadian itu hanya terkejut besar. Kris yang bengang kerana Jihyo menendang kakinya, bertambah bengang apabila Xiumin, Chen dan Tao turut mentertawakannya.
"Padan muka kau! Itu balasan untuk orang yang dah 2 minggu cari pasal dengan aku. Sedap?" ejek Jihyo dengan rasa puas hati. Kris segera bangun dan memandang wajah cantik Jihyo dengan renungan tajam.
"Hey! Apa masalah kau hah?!" tengking Kris dengan geram.
"Kau tu yang bermasalah! Dah 2 minggu kau cari pasal dengan aku sampaikan aku sendiri tak tau apa salah aku. Kau ingat muka kau handsome, kau boleh buat sesuka hati kau hah?! Aku berani yakin yang takkan ada yeoja yang sanggup couple dengan naughty guy macam kau ni! Never!" luah Jihyo dengan yakin. Lantas dia menarik tangan Lay dan melangkah pergi meninggalkan mereka berempat. Kris yang mendengar kata-kata Jihyo sebentar tadi, terasa tercabar.
"Fine! Aku akan pikat kau sampai kau jatuh cinta dengan aku dan masa tu lah kau akan tahu naughty guy yang kau cakapkan ni adalah perfect guy yang sebenar!" nekad Kris dengan yakin membuatkan Xiumin, Chen dan Tao terkejut besar.
"Kau biar betul?!" ucap Xiumin terkejut.
"Hyung serius ke?" tanya Chen dan Tao, serentak.
"Muka aku ni tak cukup serius ke hah?!" tengking Kris kuat membuatkan Xiumin dan Chen tersentak. Tao hanya menundukkan kepalanya kerana takut akan amarah Kris yang sudah memuncak itu.
Kelihatan seseorang sedang memerhatikan kejadian itu. Dia hanya tersenyum lebar mendengar pertengkaran hebat antara Kris dan Jihyo. Sudah lama dia menyimpan angan-angan untuk memiliki Jihyo. Baginya, Jihyo adalah mangsa dia yang seterusnya...
- To Be Continued -
YOU ARE READING
[ C ] [ MALAY SHORT STORY ] Naughty Guy VS Perfect Guy
ContoJika diberi pilihan, apakah ciri-ciri lelaki idaman anda? Naughty Guy or Perfect Guy? Adakah kisah ini pernah berlaku dalam hidup anda? Kalau nak tau, bacalah fanfic ni.. ^_^ CAST: - Kris EXO - Song Jihyo - Luhan EXO - Xiumin EXO - Lay EXO - Chen E...