première rencontre

4.1K 22 0
                                    

"Mak , isa ingat isa nak ke bandar" bella mulakan perbincangan setelah mereka lama berdiam.

"buat apa kamu nak ke bandar isa ?" Soal mak.

"Pendapatan di bandar lebih menguntungkan , mungkin isa boleh membantu mak dan abah. Tak perlulah mak menjual nasi lemak setiap pagi di kampung sebelah lagi" pujuk bella.

"Mintalah kebenaran abah kamu tu isa , kalau dia restu kamu ke sana . pergilah nak"

"Terima kasih mak"

******

"Sejuk di luar ni masuklah isa , lagipun banyak nyamuk di tangga tu" ajak abah.

"Baiklah abah"

Abah duduk di kerusi sambil membetul-betulkan kopiah di kepalanya. Mungkin baru lepas solat asar.

"Nak cakap tak nak , nak tak nak? Aduh takutlah pulak" tak keruan dalam hati ingin meminta kebenaran abahnya.

Ya , bella seorang yang bebas tak pernah dimarahi walau keluar hingga lewat malam. Tapi hanya dengan kebenaran mak abahnya sahaja.

"Abah" bella memulakan perbicaraan yang mungkin sebentar lagi akan menjadi drama abah dan anak.

"Emp" jawab abah ringkas.

"Isa nak bincang sesuatu dengan abah"

"Apa dia" . Alamak mood abah ni ada ke tak? Macam tak ada je . Ketakutan mula menghantui bella.

"Isa ingat isa nak ke bandar untuk mengubah nasib keluarga kita , dengar khabar di bandar pendapatan lebih menguntungkan. Memandangkan isa pun belajar setakat SPM je." Terang isa panjang lebar.

Abah diam tanpa sepatah kata.

Isa tak berani hendak meneruskan pujukannya. Mungkin abah diam kerana tengah menimbangkan permintaannya.

"Tak apalah abah isa ke bilik dulu"

"Isa" panggil abah.

"Ya Abah , isa tak paksa untuk abah membenarkan isa pergi , apa saja keputusan abah isa terima." Terang isa lagi.

"Isa betul ke nak ke bandar , abah bukan tidak benarkan . tinggal lagi duit abah untuk bulan ni sudah habis membeli barang dapur dan keperluan rumah , abah tak nak nanti kamu terdesak kamu buat perkara yang tak diredhai Allah S.W.T ." Kerisauan kebapaan mula terpancul di muka seorang abah kepada anak gadis yang satu-satunya anak daranya.

"Astagfirullah abah , isa tak akan buat benda yang akan menjatuh kan airmuka abah dan mak , apatah lagi menjual maruah isa" bella tahu abah hanya merisaukannya . Bella tidak salahkan abahnya kerana berandaian sebegitu . Maklumlah bapa mana yang tak risaukan anaknya lagi-lagi anak dara.

"Iya abah tahu isa tak akan berbuat sedemikian , tapi abah tak akan dapat membiayai keperluan duit isa ke bandar nanti"keluh abahnya.

"Abah jangan risau , isa ada simpanan duit yang isa simpan sejak isa tingkatan 3 lagi." pujuk isa.

"Baiklah kalau begitu , abah benarkan tapi cuma satu abah nak pesan , janganlah kamu terikut akan hasutan setan . Kalau boleh cegah perkara yang tak diingini berlaku .abah nak kamu tahu abah dan mak sentiasa mengasihani dan menyayangi kamu. Doa kami tak akan pernah putus untuk kamu. Beringatlah isa kamu masih mempunyai orang tua di kampung . Kalau kamu dah senang nanti datanglah melawat abah dan mak di kampung." Pesan abah panjang lebar.

******

"Isa ? Dah siap ke" jerit mak luar pintu bilik isa.

"Dah mak , isa nak keluarlah ni kejap ya mak"sahut isa di dalam bilik.

"Baiklah cepat sikit , abah kamu dah tunggu kamu di bawah tu" pinta mak.

BellaWhere stories live. Discover now