Bab 18

183 7 0
                                    

Slurrppp....

"Sedapnya mee udon ni." Selorohku. Habis licin satu mangkuk mee udon ni aku makan. Aku rekomenkan korang datang kafe ni. Orderlah mee udon kat sini sebab...sebab sedap sangat. Tak tipu punyalah!

Zairil berjalan-jalan di taman itu. Tetapi, bukan seorang diri. Dia sedang berdua-duaan dengan minah vokalis tadi! Wah...cepat betul kau mengorak langkah ya.

"What's your name?" Tanya Zairil. Amboi...ayat tu dulu kau pakai ya? Vokalis itu tersenyum. Rambutnya yang jatuh sedikit di hadapan dialihnya lembut.

"My name Lydia Jung." Balasnya lembut. Zairil tergamam.

Sah! Sah! Kaulah jodoh yang aku cari selama ni! Oh... Lydia Jung sudikah kau menjadi suri di hatiku buat selamanya? Aku pohon...
Ceewah!

"Hei?" Lydia Jung melambai-lambai tangannya pada wajah Zairil. Berangan ke mamat ni? Zairil tersedar dari lamunannya selepas Lydia melambai-lambai tangan.

"I'm sorry." Balas Zairil malu. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal itu. Wajahnya sudah memerah. Malu!

Lydia tertawa kecil melihat wajah Zairil yang sedang malu itu. Kacak juga lelaki Malaysia ni. Pandang lama-lama pun tak jemu. Desis Lydia.

Hatinya sudah berkenan dengan lelaki yang bernama Zairil Afif itu.

Sejak dari hari itu Zairil dan Lydia selalu berjumpa. Zairil juga selalu datang ke tempat Lydia busking. Mereka mula berkawan rapat sejak dari hari perkenalan mereka di taman itu.

Kini, tinggal satu lagi watak yang masih bujang dalam alkisah ini. Iaitu...Nurul Dyani!

"Aarrghh!!! Dah empat hari aku kat Korea ni. Tapi sorang pun aku tak jumpa lagi. Dimanakah kau wahai jodohku? Aku pinta kau muncul dihadapanku sebelum aku...balik ke Malaysia!" Teriakku di bawah bantal. Geram dan cemburu aku tengok si mamat keding tu dapat ngorat awek Korea. Dahlah cantik macam model suara pun sedap lagi tu.

Aku merenung lagi. Esok sudah masuk hari ke-5 aku kat sini. Tinggal lagi 3 hari je. Macam mana aku nak cari jodoh aku ni? Aku melihat ke luar tingkap. Kalau malam-malam macam ni baik aku pergi jalan-jalan. Cari makanan kat market. Alang-alang dapatlah jugak aku hilangkan stres ni. Perut pun terasa lapar.

Jaket tebal berwarna coklat disarung. Tak lupa juga sarung tangan nanti mati beku orang lain jugak yang susah. Hihi...

"Kau nak pergi mana?" Langkahku terhenti. Hish mamat ni. Kacau je suka hati akulah nak pergi mana. "Aku nak keluarlah. Kenapa? Nampak macam aku tengah main judi ke?" Balasku dingin. Siapa tak hangin? Tiba-tiba je bajet caring dengan aku.

"Kau sedar tak jam dah pukul berapa ni?" Zairil memandangku tajam. Setajam lidahnya! "Ala...perut aku lapar. Aku keluar nak pergi cari benda makan. Bukannya main judi pun." Aku mencebik muka. Dia ni nak marah aku pulak? Buat aku rasa seram je. Dahlah pandang orang macam bijik mata nak terkeluar. Takut pulak aku yang membayangnya.

"Kau tunggu jap." Eh? Nak buat apa tunggu kau? Perut aku ni tak tunggu sesiapa tau?!

Aku melihat Zairil masuk ke biliknya. Kemudian dia mencapai jaketnya dan walet. Aku terkejut. Takkan dia nak ikut aku? Sibuk betullah.

Aku memandangnya dengan wajah yang super pelik. "Kau tak payah nak pandang aku macam tu. Jom cepat. Aku teman kau."

What?! Dia nak teman aku? Apakah dunia sudah terbalik?

♡♡♡♡♡♡T_T

Kita Jodoh!Where stories live. Discover now