Bab 15

172 11 0
                                    

"Wah...cantiknya!" Omelku sendirian. Cantik betul mangga yang aku hias ni cuma... mangga ni khas untuk orang yang berkapel. Huhu... masalahnya sekarang ni aku single! Huwargh.... nak menangis rasanya. Takde ke mamat Korea yang single datang sini?

Mataku mula meliar mencari lelaki Korea yang kacak-kacak di sekitar Namsan Tower itu. Namun...hampanya.

"Cet! Tak kan tak ada sorang pun mamat Korea yang single kat sini? Semuanya dah ada girlfriend. Susahlah kalau macam ni..." aku memandang ke sekeliling. Hurm...tiba-tiba pulak I rasa bosan. Niat asal nak cari pakwe Korea penyudahnya aku phrust menonggeng menunggu kat sini. Jam sudah pukul 1 tengah hari. Patutke aku tunggu lagi? Haih... tunggu lama-lama pun kalau dah tak ada jodoh tak kemana pun cik Dyan oi...

Aku berjalan ke stesen kereta kabel. Disitu kelihatan ramai pelancong sedang menunggu giliran untuk menaiki kereta kabel. Entah kenapa aku seronok pula tengok pelancong-pelancong yang ramai kat situ. Entah-entah... firasat aku mengatakan bahawa ada jodoh aku dicelah-celah lautan manusia itu?! Oh man... ni yang aku nak 'panjangkan' tengkuk ni. (Eleh...macam boleh nampak je. Kau tu dahlah pendek!)

Aku terus memerhati sekumpulan pelancong itu dengan hati yang berdebar-debar. "Macam mana kalau betul ada jodoh aku kat situ? Macam mana kalau dia pun tengah cari aku? Macam mana kalau dia rasa aku jodoh dia? Macam mana kalau..." Sudah Dyan! Banyak betul prasangka kau ya. Macam itulah macam inilah.
Aku teruja memerhati sekumpulan pelancong itu sebab aku ternampak dua tiga orang yang kacak-kacak belaka mungkin...

"What?! Kenapa mamat tu boleh ada kat sini pulak? Dia ikut aku ke?!" Aku menggosok mata berkali-kali untuk memastikan apa yang aku nampak sekarang ni adalah realiti.

"Kau buat apa kat sini?" Aku mengangkat kening. "Berjalan-jalanlah. Kenapa? Aku tak boleh datang sini ke?" Balas Zairil sambil memeluk tubuhnya. Aku tersentak. Ya tak ya jugak. Tempat ni tak ada pun kata "ZAIRIL DILARANG BERADA DI SINI!" Aku memandangnya lagi. Kini, kening Zairil pula yang terangkat. Apa pasal?

"Weh." Panggilku. "Apa dia?" Sahutnya. "Sebenarnyakan, aku nak tahulah tujuan sebenar kau datang ke Korea ni. Yelah, aku tengok kau macam bukan nak bercuti je. Macam cari sesuatu?" Aku menduga. Tapi betul apa?! Dari mula aku tengok dia pagi tadi dia macam orang yang tak ada haluan. Terkapai-kapai bagai orang lemas. Hishhh...aku pulak yang rasa lemas.

Zairil terdiam.

"Aku rasa...bukan hal kau kot sampai kau nak tahu pasal aku. Kita buat hal sendiri-sendiri jelah." Balasnya selamba. Selamba?! Wah...hati aku pulak yang rasa berapi. Ada naga ke dalam badan aku ni? Panas semacam je.

Apa?! Bukan hal aku nak menyibuk hal dia? Wah...wah...wah... berlagak betul mamat kaya ni! Sabar Dyan. Sabar.

"Suka hati kaulah nak cerita ke tidak. Tapikan, kalau boleh aku taknaklah kita bertembung lagi. Ok?" Balasku pula. Pedas tak? Hehehe....

"Ok je."

What?! Ok je? Kenapa aku pulak yang rasa patah hati ni?

Zairil berjalan beberapa langkah ke hadapan. Dia melihat sekeliling Namsan Tower itu. Kemudian pandangannya kembali semula ke aku. Dah kenapa?

"Erm...sunyilah kat sini. Apa yang seronok sangat kat sini?" Kata Zairil dalam nada berlagak. Sunyi? Namsan Tower ni tempat wajib kalau kita datang Korea tahu tak? Hah... lantak dialah! Kenapa aku pulak yang nak menyibuk hal dia ni?

"Kenapa tak jawab? Kau dah pekak ek?" Katanya lagi. Matanya menjeling aku. What?! Dia cakap aku pekak? Apa masalah mamat ni? Hebat sangat ke dia ni?!

"Aku tak pekak lagilah. Suka hatilah tempat ni nak meriah ke sunyi? Bukan milik kau pun." Giliran aku pulak yang menjeling. Apa?! Ingat kau seorang je ke boleh jeling-jeling.

-
**aargh....tak ada idealah nak update utk ep kali ni. Nampak sangat hambarnya.
Huhu... apa2 pun sya dh try the best!

***jgn lupa vote ok?***

Kita Jodoh!Where stories live. Discover now