BAB 4

98 5 2
                                    

Aizel hanya mendiamkan diri bila berada di dalam kereta . Dia hanya menyumbatkan ear phone ke telinganya untuk menghilangkan rasa bosan . mereka sekeluarga keluar berjalan ke rumah tok dan tokwan yang berada di Selangor . Sambil sambil mendengar lagu dia membuka account Wechatnya . habis semua discrollnya. Tangannya terhenti di status adik saudaranya yang mengupdate 'add lah abang angkat Echa ni ' Aizel jarang add orang dekat Wechat tapi tidak tahu kenapa dia hendak juga add budak lelaki itu . Niatnya hanya hendak berkawan atau pun sahaja hendak penuhkan friend list dia yang sememangnya dah penuh.

'Beep' handphonenya berbunyi . dia melihat diskrin phonenya budak itu sudah terimanya sebagai kawan . Hati memang rasa nak tegur tapi dia mengabaikan sahaja .
'Beep beep beep ' dia melihat phonenya 'thanks awak sebab add saya'
'Okay no prob ' balas Aizel .
Aizel membuka wallnya "ohh nama dia Daniel "bisik hati Aizel. Sambil itu tangannya cepat sahaja ke gambarnya " wahhh hensemnya serious hensem tapi putihnya dia . emm " Hatinya berbisik lagi . mereka mula kenalkan diri dan hanya berborak biasa . lama jugak mereka berborak tapi niat Aizel hanya mahu berkawan dan tidak lebih dari itu .

Sampai sahaja di rumah tokwannya dia masih lagi berborak dengan Daniel, makin rancak mereka berbual. Disebabkan mereka berdua sebaya mereka banyak berbual berkaitan SPM.

'Awak stop conversation dulu ye saya nak tolong mama saya sekejap'
'Okay awak jangan lupa chat saya balik tau' jawab Daniel. Aizel hanya membaca sahaja dan dia sambung menolong mamanya di dapur untuk menyiapkan makan malam. Banyak juga yang perlu dimasak tapi atas bantuan tok(nenek) dan mama kerja itu jadi lebih cepat . setelah selesai memasak mereka sekeluarga makan bersama sama .
Habis makan Aizel meluangkan masa bersama keluarganya menonton tv hampir terlupa apa yang dipesan oleh Daniel. Cepat2 Aizel mengambil handphonenya yang berada di dalam beg tangannya itu , dia melihat ada dua mesej yang tidak di baca lagi .

Awak ??
Busy ye ?

Aizel membaca sebentar , dia tidak tahu hendak membalas apa .

'Sorry tadi saya tolong mama saya sekejap'
'Awak tolong apa ? '
'Saya tolong mama saya masak untuk dinner '
'Seriously ? Rajinnya boleh buat calon isteri mcm ini'
Bulat mata Aizel membaca apa yang Daniel hantar . Pipinya mula kemerahan nasib bukan depan depan kalau tidak nak sorok muka ni kat mana pula .
"Isshh mamat ni lah baru je kenal calon isteri lah apa lah" mengomel Aizel sendiri dengan perlahan .
"Ehhhh cakap apa tu sorang sorang ?" baru Aizel perasan yang dirinya sedang diperhati oleh toknya.
"Errrr .. Hehe takda pape tok " jawab Aizel

'Awak ?'
Aizel hampir terlupa nak balas lagi
'Ye saya'
'Tengah buat apa tu ?'
'Tengok tv je . awak ? '
'Saya tengah stalk awak punya wall ni'
'buat apa stalk wall saya ? Cari apa je?'
' Saya cari awak lah . entah mana awak hilang tadi '
Hampir nak terjatuh diri dia yang sedang terbaring di atas sofa dirumah tokwannya itu .'Dah lah hensem mulut tu dari kecil agaknya makan madu je kot ataupun makan gula banyak ' bisik hati Aizel.

Hati Ini Hanya Untuk Awak Where stories live. Discover now