"Niel kau dah kenapa ni ? Macam orang tak betul aku tengok " Tanya abangnya Nick . Daniel yang dari tadi kehulur kehilir macam orang mati kucing berhenti secara tiba tiba dia memandang abangnya sekilas sahaja lalu duduk di katil milik Daniel . Dia hanya membelek phone seperti menunggu sesuatu .
"Haihh mana dia ni " keluh Daniel
"Siapa ?" tanya Nick
"Emmm kawan aku la" jawab Daniel dengan malas .
"Yeke kawan ? Ke girlfriend kau ? Cari kawan sampai kehulu kehilir . Tak pernah aku tengok kau cari kawan kau macam tu sekali. Hahaha" perli Nick .Daniel tidak berkata apa apa lalu dia mengambil bantal kepala miliknya dan dibaling ke arah Nick . "Woiiii " jerit Nick yang terkejut . Daniel hanya membuat muka tidak bersalah lalu keluar dari biliknya itu ."Mummy masak apa hari ini" Tanya Daniel. Seraya dia melihat mummynya yang berada di dapur sedang menyiapkan makanan.
"Mummy masak ayam masak merah kegemaran Niel ni" Puan Erin menjawab. Daniel hanya tersenyum kepada mummynya itu dan berlalu dari situ. Dia hanya duduk di meja makan dan menunggu makanan itu siap lalu dia membuka whatsappnya kembali.
" Emmm mana lah awak pergi ni "bisik hati Daniel."Kakak cepat lah nak tangkap gambar ni " petah si budak kecil ini . Afiff ialah adik bongsu kepada Aizel dan terlalu rapat dengannya.
"Yeee kakak nak pakai kasut ni. Tunggu kejap ye " Jawab Aizel dengan teruja.
"Entah kakak ni lambat betul pakai kasut kan Afiff ?" Daddynya mencelah.
Aizel hanya tergelak kecil dan berlalu ke arah Afiff yang sedang menunggunya dia depan taman permainan.Hari ini pakcik Aizel membuat kenduri kesyukuran atas cucunya yang baru sahaja lahir . Jadi semua keluarga belah Puan Siti telah berkumpul untuk melangsungkan kenduri tersebut.
Banyak juga mereka mengambil gambar sebagai kenang kenangan . bukan sahaja Aizel dan adiknya tetapi seluruh keluarganya juga mengambil gambar .
"Okayyy tamat sudah sesi bergambar , dah rasa diri ini paparazi sangattt " ujar Kak Nina kakak sedara kepada Aizel .
Mereka hanya ketawa sesama sendiri.
Setelah selesai sesi bergambar mereka masuk semula ke rumah untuk menikmati makan tengah hari yang dimasak oleh makciknya. Sedang sibuk Aizel dan keluarganya menikmati makanan tengah hari mereka. Aizel yang sibuk bersembang dengan saudara maranya , manakala mamanya Puan Siti pula sibuk bersembang dengan kakak dan abangnya ialah makcik dan pakcik pada Aizel mengenai isu semasa ."Kakak handphone bunyi" Jerit Afiff yang berada berdekatan dengan beg tangan kakaknya itu. Cepat cepat Aizel belari ke arah begnya dan mengeluarkan handphonenya itu. Di slidenya tanda menjawab panggillan tersebut tanpa membaca nama yang tetera di skrin.
"Hello ? Sape ni ?"
"Saya lah Daniel" bulat mata Aizel lalu dia melihat nama yang tetera di skrin tersebut.
Dia kembali mendengar
"Sssorry awak saya tak perasan tadi" Aizel yang terkejut tadi sampai percakapan hampir gagap .
"Hahaha tak apa lah awak , kat mana tu ?" tanya Daniel yang kedengaran suara yang riuh .
"Saya dekat rumah pakcik saya, emm awak kita whatsapp lah saya tak berapa dengar suara awak" Aizel yang sememangnya tidak berapa dengar suara Daniel disebabkan suara yang riuh rendah lalu dimatikan handphonenya itu dan dia menarik nafas lega. Maklumlah baru pertama kali bercakap dengan Daniel melalui call."Woii call siapa tu ' Aizel hanya memandang saudaranya itu dan kembali memandang handphonenya lalu memusingkan bebola matanya. Dia malas hendak melayan saudaranya itu yang semua benda dia harus tahu
"Dia ingat dia siapa nak tahu aku call dengan siapa pun" bebel Aizel sendiri. Macam biasa dia tidak mahu membesarkan perkara tersebut kerana tidak ada perkara penting untuk dikongsikan.Beeep handphonenya berbunyi tanda mesej masuk
Awakk ?
Yee saya
Busy ye ? Sorry ganggu awak tadi,
saya ingat awak pergi mana lah.Haha sorry kay. Itu sahaja yang dapat Aizel membalas.
Alright no problem awak. Emmm awak dah makan ?
Dah tadi, awak ?.
Saya belum makan lagi.
Kenapa awak tak makan lagi?.
Sebab saya nak awak suap kan saya baru saya makan. Hehehe
Bulat mata Aizel membaca "Hishh mamat ni saje je kan nak bagi aku tersengih depan orang ramai ni" keluh Aizel. Aizel hanya melayan Daniel di whatsapp tanpa sedar apa yang berlaku dia rumah pakciknya itu.
Awak pergi ambil pinggan.
Untuk apa ambil pinggan ?
Saya nak ambil nasi nak suap awak lah.
Kali ini Aizel mula tersengih sendiri nasib dia masih ingat yang dia di depan saudara maranya yang ramai itu . takut takut ada yang sedar akan perangainya itu dia juga yang malu. Cepat cepat dia serius kan mukanya.
-----------------------------------------------
"Aduhh laparnya" bisik Aizel bersendirian yang berada di ruang tamu rumahnya sambil menonton tv. Keluarganya yang sudah tidur dan dia masih lagi berjaga kerana cuti penggal kedua masih panjang dan dia tidak perlu tidur awal. Dia memanjangkan kakinya ke dapur dan melihat apa yang dia boleh mengenyangkan perutnya itu.
"Maggi tomyam , maggi asam laksa emmm ni maggi kari, maggi tomyam lagi. Ya Allah banyaknya maggi aku tak boleh nak makan semua ni nanti tak ingat apa aku belajar . " bebel Aizel. Lalu membuka peti sejuknya "haa nasib ada nugget dengan hotdog boleh lah ni"
Dia hanya menggoreng nugget dan hotdog berapa ketul sahaja. Siap sahaja terus kembali ke ruang tamu untuk menjamah
'Boleh gemuk aku makan malam malam macam ni' bisik hatinya.Dia menonton tv sambil makan dan tangan kirinya sibuk membalas whatsapp Daniel .
"Mamat ni dah pukul 3 pagi tak reti tidur ke? " keluh Aizel tetapi dalam hatinya terlalu gembira.Hampir subuh dia disitu, matanya yang sudah separuh buka itu sudah tak larat nak angkat. Dia berjalan dengan malas ke bilik dan dibawa handphonenya sekali. Sampai sahaja dalam bilik dia merebahkan badannya ke katil lalu membuka whatsapp
Awak saya nak tidur goodnight , have a nice dream awak. Hanya itu sahaja yang mampu Aizel ucapkan.
Daniel juga membalasnya tetapi tidak dibaca oleh Aizel kerana dia sudah tidak larat mengangkat matanya itu, Lalu dia terlena di buai mimpi.
YOU ARE READING
Hati Ini Hanya Untuk Awak
RomanceKalau rindu ini boleh dikira. Rasanya sudah seluas laut , setinggi gunung . Mengharap benda yang tak pasti yang selama ini belum pernah terjadi dari seorang yang tidak pernah kenal erti berhenti- Aizel Hati jangan di kata lagi , seperti pisau membe...