Mak bapak orang susah.
Hutang keliling pingang.
Pak cik, Mak cik, Atuk, Nenek.
Seorang pun tak peduli.Yang penting?
DUIT.
Hmphh..
Kalau aku jumpa siapa yang cipta "duit", aku dah bunuh.
Duit, bapak segala kejahatan.
Duit. Mampu mengubah tok imam jadi korup.
Apa lah salah aku lahir macam ni.
Kenapa dari kecil sampai sekarang aku hanya kenal erti susah.
Inilah sumpahan lahir dalam golongan Middle Class.
Hidup penuh pura-pura.
Konon nak hidup mewah, tapi tak mampu. Bulan-bulan pinjam duit bayar bill kad kredit.Badan abang sado, tapi otak kosong.
Pompuan pulak? Aduii..
Kelu lidah nak gambarkan.
Budak 14-15 tahun dah pandai menonggek tepi tangga.
Dah laki bangang ajak benda tak senonoh, pompuan ni pon sama sekali ikut.
Akal tak tau tinggal mana.
Budak yang patut gi sekolah blaja, sibuk pakai B612 amik selfie. Posing muka itik.
Cikgu yang patut sibuk pastikan anak murid cemerlang, tak putus update status Facebook pasal "teaching".
Cikgu yang elok kalau tegur anak murid, kene ugut saman dgn mak bapak.
Ntah apa nak jadi.
Zaman aku dulu, budak-budak sibuk main takraw, bola, badminton.
Dek hujan, panas, tak pernah kenal erti penat.
Melayu, cina, india tak kenal erti beza.
Yang aku tahu, org tua kita panggil Pak cik, Mak cik, Bang, Dik, Macha, Apek..
Nasi lemak sebungkus 50sen, lengkap timun, kacang, bilis..
Sekarang? Semua sibuk dengan iPhone, iPad, Tab bagai. Budak darjah 6 dgn rilek login Wechat, request "xde video ke? Sangap ni!
Ada sekali depan mata aku, seorang budak ni, tak sampai paras pinggang aku pon.
Dengan penuh confident, depan sume orang kat kedai runcit cakap kat seorang budak pompuan "wei, tetek ko kecik".
Sentap aku.
Budak yang tak patut kenal beza laki dan pompuan, dah pandai kenal tetek.
Salah siapa? Mak bapak? Teknologi?
Ahli politik korup.
Rakyat tetap buta.
"Berani kerana benar, takut kerana salah" tidak relevan zaman ni.
Sekarang hanyalah "Berani kerana kaya, takut kerana miskin".
Sukarelawan buka khemah bagi makanan untuk orang yang merempat kene tahan majlis perbandaran dan polis. Nasi kandar buka table sampai block parking tak ape pulak.
Zaman sekarang sentimen kaum membuak.
Hak ketuanan ditinggi-tinggi kan. Tapi kemudahan yang diberi, disalahgunakan. Bagi loan PTPTN, MARA dan bagai, happy je amik.
Masuk uni, lupa diri. Kelas ponteng, masuk pun x blaja. Assignment copy paste. Lecturer tak reti cakap English terkial-kial mengajar.
Student tanya soalan, dia tak endah. Takut terlebih bijak dari dia.
Dulu sukan Malaysia tak kurang hebat. Sekarang? Hahahaha tengok je la ranking bola sepak negara.. Memalukan!
Ini bukan mengadu.
Luahan hati seorang Rakyat Malaysia
...bersambung
![](https://img.wattpad.com/cover/68384280-288-ka219e8.jpg)
YOU ARE READING
Bukan Malaysia yang Aku Kenal
RandomRentetan seorang rakyat Malaysia yang tidak dapat melihat mana masa hadapan Malaysia, negara tercintaku.