Saat seorang manusia
Melafaz kata cinta
Akan ada hati berbunga
Akan ada yang berduka
Yang bernyanyi dalam diam
Menganyam harapan
Tergantung dari kejauhan
Akhirnya putus
Terbang tak pulang
Si Dia dipetik orang
Yang jatuh ke pangkuan
Hanya sesalan
Aku selafaz lewat.Terima kasih kerana membaca puisi ringkas saya. Jika ada komen, sangat saya alu-alukan. ❤️❤️
YOU ARE READING
Kotak Fikir
PoesiePuisi Kata-kata Metafora atau tidak, janji menjentik minda, membasah hati yang kering seni.