#2

83 0 0
                                    

"Arrggghhh!! Bulan depan dah PMR.. Aku tak sedia lagi.." Monolog hati aku..

Aku melemparkan pandangan ke luar kelas,, al maklumlah suka duduk tepi tingkap,, nak tengok suasana luar kelas sambil menghayati udara luar yang segar,, lembut menampar wajah..

Papp!!!

"Asal ko tampar aku?!" Marah aku pada Ayu,, yang sentiasa duduk di sebelah aku.

"Termenung jauh nampak,, ingat ngan Amir ke??" Tanya Ayu sambil tersengih-sengih macam kerang busuk..

"Aishh!! Tak ada maknanya! Aku lagi menghayati suasana tenang di luar kelas,, berbanding dalam kelas ni,, dah macam ribut je aku nengok.. bukan menenangkan hati,, tapi menyakitkan hati!" Balas aku pada soalan Ayu tadi sambil marah-marah..

Melirikkan mata dan berpaling melihat keadaan kelas,, bingit betul bunyi,, agaknya berdarah telinga duk hadap dengan semua ni..

Yang lelaki,,
Bergendang guna meja,, tung tang tung tang je bunyi,, dah macam konsert rock kat belakang kelas tu..
Ada yang ambik batang penyapu,,
Di jadikan gitar,, dan ada juga sebagai berlawan pedang kononnya. Dah macam budak darjah 3 je aku tengok.

Perempuan pula,,
Mulut lincah macam ikut kelajuan cahaya,, pot pet pot pet macam bunyi trompet.. lepas tu gelak macam puntianak.. Na'uzubillah min zalik!! Hai perempuan,, sesungguhnya perempuan dan gosip tak dapat di pisahkan..

Aku menggelengkan kepala..
Macam tak percaya yang aku boleh berada kat kelas macam hutan ni,, aku rasa hutan lebih tenang,, agaknya kelas aku ni lebih teruk daripada hutan..

"Ehh Ayu! Lepas ni BM kan?? Bagitau diorang suruh kutip sampah sebelum kena denda.." ingatku kepada Ayu.

Cikgu Mary Vivian,, lebih di kenali cikgu ketam,, mengajar subjek Bahasa Melayu di kelas 3 Seroja ini..
Mata cikgu ni tajam bebenar! Sampah sekecil debu kat lantai pun dia boleh nampak! Nak tau apa yang dia buat kalau nampak sampah kat lantai kelas?? Dia pergi hitung setiap sampah yang ada tu,, kemudian terjadilah perkara paling tragis dalam hidup.. kena cubit guna hujung kuku dia tu,, kat tepi ketiak bahagian atas dada kiri,, ikut berapa sampah yang dia hitung tu,, satu kelas akan kena,, tak ada sesiapapun yang terlepas.. lelaki lebih tragis kot,, betul-betul atas p*t*ng dada tu.. Aku yang tengok pun terasa aura sakit tu.. korang bayangkan je bertapa parahnya menahan.. Hahaha..

Aku tengok semua kecoh nak bersih kelas setelah di beri tahu yang Cikgu Mary dalam perjalanan ke kelas..
Kemudian semua duduk senyap,, baca novel komsas..

Bunyi tumit kasut menghentak lantai bergantian,, langkah yang teratur untuk memasuki kelas aku..

Aku berdiri,, kemudian semua berdiri.. mengucapkan "Selamat Pagi" bersama..

Sudah menjadi rutin aku dan Ayu untuk melihat 'fesyen' cikgu Mary,, terutama sekali kasut yang dia guna..

"Alahh... Cikgu tak guna kasut tumit silver dia tu.." luah Ayu kecewa..

"Tapi baju cikgu cantik!" Balas aku untuk menarik semangat nya yang kian jatuh.

"Hahaha a'ah lah.. Tak perasan pula.." jawab Ayu..

Aku hanya mampu tersenyum. Argghh malas nak cakap lagi.. nanti cikgu marah pula sebab bercakap dalam kelas..

*****

"Nissa,, cikgu Mary tu pandai berfesyen kan,, boleh jadi model sekolah.." kata Ayu memulakan cerita..

"A'ah kan.. kalau di adakan pertandingan cikgu fesyen tercantik,, mesti Cikgu Mary yang menang.. lepas tu dia akan jadi model,, dan sekolah kita pasti akan jadi popular.." balas aku.

"Lepas tu mesti ramai budak2 sekolah lodge akan datang sekolah kita sebab nak tengok cikgu Mary.. boleh lah aku cuci mata tengok lelaki hensem-hensem,, manalah tau berkenan.. Hahaha.." luah Ayu..

"Oit! Kesitu pula.. apa yang penting,, aku nak jadi fotografi pertama cikgu nanti.. hehehe.." angan aku..

"Ehhh aku yang akan jadi fotografi dia nanti!" Rebut ayu terhadap angan aku..

"Alaa.. kita sama-sama jadi fotografi cikgu Mary nanti.." balas aku sambil senyum..

Air di genggaman tangan yang sebentar tadi Ayu tolong belikan dari kantin,, aku pandang lama.. fikiran melayang lagi.. entah apa yang di fikirkan pun tak tau..

Ku hirup air yang ku genggam tadi sambil memerhatikan keadaan sekeliling di sekolah..
Riuh rendah dengan suara pelajar-pelajar yang sedang menjamu selera,, mengisi masa rehat yang masih bersisa..
Tersenyum sendirian..

"Ehh Nissa! Tu bukan Amir ke?? Dia pandang kau senyum tadi!" Sergah Ayu..

Tersedak aku mendengar nya..
Melilau mata mencari kelibat yang di sebut..
Aargghh malas lah..
Baik siap pi kelas..
Masa dah nak tamat..

Terdetik dalam fikiran satu soalan menerjah,, "kalau betul dia tengok aku tersenyum tadi,, kenapa?"..
Ya Allah ya tuhanku,, aku termalu sendiri..

*bersambung~

P/S
Cik Diari jarang nak sambung cerita ni,, sibuk dengan kelas komputer,, lukis komik,, dan urusan nak sambung belajar.. harap di maafkan jika terlewat.. :)

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 27, 2016 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Diari Seorang MujahidahWhere stories live. Discover now