Form 3 Tahun 2013 #1

78 0 0
                                    

"Ya Allah,, tak sangka kelas kita tahun ni adalah di kelas dan blok yang sama masa form 1 dulu!" Kataku kepada Ayu Safika, sahabat ku sejak masuk sekolah menengah lagi.

Ayu, si gadis yang nampak innocent, namun sebenarnya baik. Hahaha suka derma gula-gula dekat budak dalam kelas.. Walhal budak dalam kelas asyik buli dia hanya kerana ada sedikit kekurangan pada dirinya.
Pada pandangan aku, dia ni degil, pemarah dan kurang sabar.. Tapi dia punya keyakinan dan kekuatan yang buat aku kagum.

"Weyh! Kita berjiranlah! Kelas aku sebelah kelas korang je. Nanti datang-datang lah melawat." Sampuk Nazifa Nurasyiqah, yang diam sejak tadi hanya mendengar celoteh aku dan Ayu.

Budak ni, kitorang panggil Naz je. Dia ni happy-go-lucky. Tapi dalam happy dia,, banyak masalah dia pendam. Aku ni dah macam guru motivasi je tempat dengar dan minta nasihat. Naz ni addicted lagu omputeh. Ayu pula addicted lagu kpop.. Aku?? Hahaha. Pun tak tau.

"Sibuk je nyampuk cakap orang tua." Kata Ayu pada Naz.

"Ehh! Aku tak tua. Kau sorang je." Bidas aku.

"Hahaha Ayu mengaku tua, dah jadi nenek!" Kata Naz sambil ketawa terbahak-bahak tak berlapik lagi sopan nya.

Sedang melayan karenah dua nenek muda ini, terpandang satu kelibat seseorang.
"Ehh, siapa dia ni?" Monolog hati aku.

Si dia pun berlalu pergi melimpasi kami bertiga. Hanya melihat dengan pandangan ekor mata sahaja mengiringi langkah pemergiannya.

"Oi! Ko tengok sapa tu?!" Sergah Ayu di iringi tamparan di lengan ku.

"Ish! Terkejut aku! Tak tengok sapa-sapa pun." Jawab ku.

"Eleh jangan nak tipu kitorang, kitorang nampak ko tengok budak laki bercermin mata tu, ko minat dia ke?" Usik Naz.

"Tu crush dia lah tu." Tambah Ayu lagi.

"Ehh korang ni! Mana ada minat or crush dengan dia. Kenal pun tak." Balas aku.

"Kenal lepas nikah lah, baru sweet bercinta." Gelak Naz selepas mengungkapkan kata tersebut.

"Ish tak ada maknanya sweet-sweet ni. Ya Allah tak minat. Geli okey." Bidas aku kembali.

"Dah tu asal ko asyik pandang-pandang dia je?" Tanya Ayu.

"Dia budak yang tunggu van sama tempat dengan aku. Aku cuma terfikir siapa dia ni sebenarnya." Jawab aku.

"Minat lah tu." Kata Ayu kembali.

Aku berdiam dan teruskan perjalanan ke kantin, nak beli kuih untuk isi perut pagi-pagi sebelum kelas start.

"Nissa suka dia! Nissa suka dia! Hahaha~" usik Ayu dan Naz.

"Argghh! Malas aku nak layan korang. Lebih baik aku diam je. Nanti makin di layan makin menjadi-jadi pula diorang usik aku." Rungut aku di dalam lubuk hati.

***

Kringggg!!!
Lonceng berbunyi menanda waktu rehat sudah tiba.
Budak-budak ada yang berlari anak dan ada juga berlari pecut kerana mengejar kantin,
Tak nak berebut beli makanan nanti,
Lumrah pelajar sekolah.

Aku menemani Ayu untuk ke tandas. Tengah berjalan melimpasi kelas-kelas, aku ternampak kelibat si dia di kelas pertama di blok kelas aku tersebut.

"Ehh tu bukan dia ke?" Tanya ku pada diri sendiri dalam fikiran.

"Wah! Tak sangka orang yang ko suka tu kat kelas paling pandai." Kata Ayu kepada aku.

"Sebelum ni tak ada pun nampak dia kat kelas ni." Luah aku.

"Wah! Tak sangka kawan aku ni stalker dia! Hahaha." Usik Ayu.

"Ehh,, mana ada! Betul lah tak pernah pun nampak dia sebelum ni." Bidas aku.

"Budak baru pindah kot.." Ayu menjawab kekeliruan aku.

"Hurm. Mungkin juga." Kata ku kembali.

Terdengar suara rakan sekelas dia memanggil namanya.
"Muhammad Husaini Amir!"
Sambil memperkenalkan dia kepada rakan sekelas yang lain.

"Ya Allah, cantik nama dia.. Amir rupanya.." monolog hati aku.

Aku teruskan perjalanan sambil menunduk sedikit menemani Ayu ke tandas.
Dia kata dia dah tak tahan, berat sangat!
Hahaha, tergelak kecil aku melihat dia tergesa-gesa.

*bersambung~

Diari Seorang MujahidahWhere stories live. Discover now