Psiko

3.2K 77 0
                                    

Kahwin? Huh. Mama gila agaknya. Aku dahla muda lagi. kalau tunang, at least aku dapat batalkan pertunangan aku bila mr right aku muncul. Tapi KAHWIN?? Nonsense. Aku takkan kahwin. Titik. Noktah!

Fina pulang setelah menenangkan dirinya di tempat persembunyian yang dia bina bersama seorang kanak kanak. Bukan along, tapi seorang kanak-kanak yang dia tidak tahu sampai hari ini. Apabila ditanya pada along dan mamanya, tidak pula mereka tahu.

"Assalamualaikum" Fina memasuki rumahnya. Mamanya memanggil.

"Ni harapan mama dan daddy. Mama harap, Fina boleh fikir -masak. pilihan Fina adalah yang terbaik. Tapi mama harap sangat Fina tak kecewakan kami" Nada mama berubah. Mungkin terasa hati denganku yang meninggalkannya secara tiba-tiba tadi.

Aku tak sanggup mengecewakan daddy and mama aku. Tapi, kahwin?

"baik, Fina setuju. Fina akan kahwin dengan mamat tu, tapi, Fina tak pandai masak, Fina tak pandai mengemas. Fina tak pandai jadi seorang isteri. Jadi kalau dia batalkan perkahwinan kami, bukan salah Fina." aku tersenyum. Senyum dengan penuh makna. Idea nakal bermain di benak fikiranku.

Batalkan perkahwinan, ya! Kalau aku tak boleh batalkan perkahwinan ini, mamat tu mesti boleh !

"Jangan risau, mama yakin, ini yang terbaik untuk Fina. Fina boleh belajar masak dengan mama bila dah kahwin dengannya, Fina juga boleh belajar untuk menjadi isteri yang baik. Bukan semua orang sempurna sayang." Mama berlalu pergi. Aku tersenyum sendiri.

Siapa mamat malang tu?

⚫⚫⚫
"Tapi umi, kahwin? Umur dani baru 23. tak enjoy lagi zaman bujang Dani.. " Dia kemudiannya mendengus.

"Tapi ni untuk syarikat papa kamu. sudah lah disuruh ambil alih syarikat tak mahu. Minta tolong kahwin pun tak nak? Papa betul-betul kecewa dengan kamu"

"okey Dani kahwin. just for syarikat papa jangan expect Dani bercinta selepas nikah dengan perempuan tu."

Siapa perempuan tu?

⚫⚫⚫

"Fina pergi dulu ya mama." Fina menyalami tangan mamanya di meja makan.

"Tapi Finakan belum makan."

"Tak apa. Fina kan bawa bekal. Okay bye!" Fina memasuki perut kereta mewah itu.

Jauhnya kelas aku. Haih kenapalah mama tak cari sekolah yang kecil sikit. Ni tak, besar gedabak!

Sedang Fina mengomel sendiri, bahu kirinya disentuh. Fina berpaling ke kiri, mencari siapakah gerengan yang menyentuh bahunya.

Eh tak ada. Jangan jangan..

Fina menggelengkan kepalanya. Janganlah fikir yang bukan-bukan. Dia berpaling ke hadapan

"Bahhh!!"

Suamiku Encik Psiko Where stories live. Discover now