Dia?!

2.9K 76 4
                                    

"Along.. kenapa along balik malaysia? Ingatkan dah lupakan Fina." Fina duduk di sofa ruang tamu. Tangannya ligat menyumbat keropok yang digoreng mamanya.

"Adik Alongkan nak kahwin, mestilah along kena balik" along mengenyitkan matanya. Fina menjeling mamanya di dapur.

"belum tahu pun lagi tarikh Fina menikah." Fina tersenyum.

pihak sana pun belum lagi confirm nak terima Fina sebagai menantu Fina tersengih. Bermacam-macam idea jahat keluar di benak fikirannya.

"Tu lah mama, excited sangat nak terima menantu. Mana tahu pihak sana batalkan perkahwinan ini sebab tak sanggup nak terima budak tomboy ni sebagai menantu dia ora..." along kemudiannya terus jatuh terduduk.

"Aduh, Fina.. sakit sakit!" Suara along menahan sakit. Dipegangnya aset berharganya

"Padan muka along. Kata orang tomboy lagi kan. Amik kau! Mati pucuk." Fina gelak dan terus lari memasuki biliknya.

"Siapalah gerengan manusia yang 'bernasib baik' tu'' Fina lantas ketawa mengkekek apabila menggambarkan bakal suaminya yang berperut boroi, bermata sepet, bibirnya tebal, tiada kening.

"Tapi, kalau suami aku Kacak macam Thomas dalam Maze Runner tu, heaven gila beb! " Fina mengetuk kepalanya sendiri. Kalau rupa kacak tapi perasaan cinta tak ada. Tak lama kahwin cerailah .

"Fina! Fina! Mari sini sekejap!" nama Fina dilaungkan dari dapur.

"Sekejap mama!" Fina berlari terkedek-kedek ke dapur.

"Nah, ambil pisau ni. Potong sayur dalam mangkuk tu. Potong elok-elok, sayur tu asingkan. Jangan main redah saja letak tu." "Yela mama, Fina pro. Don't worry mom. I'm the best" Fina menepuk-nepuk dadanya. Heh apa yang mahu banggakan pun entahlah. Dahla pegang pisau pun awkward lagi.

"Okey mama! I'm ready!" Fina menggeliat . Bunyi urat sendinya kedengaran! Tibalah masanya dia menunjukkan bakatnya yang terpendam selama ini.

Seminit..
Dua minit..
Tiga minit..

"Fina dah habis potong?"
"Err. Dah. Tapi macam pelik je" Fina mengambil mangkuk sayur yang sudah dipotongnya itu dan berikannya kepada Puan Sofea.

"Ya Tuhan anak bertuah ni! Ni Fina nak bagi kambing makan ke manusia. Potong besar gedabak" Puan sofea mengetuk kepala Fina.

"Adoii, mama. Janganlah ketuk-ketuk. Sakitla" Fina tersengih. Sedar akan kesalahan sendiri. Manakan mamanya tidak marah. Lobak merah potong besar-besar. Itu tidak kira lagi kobis dan beberapa sayur yang lain. Lagi pelik. Tauge! Potong halus-halus. Fina memandang sepi hasil seninya

Fina gelak. Gelak dan terus gelak.

Macam mana kau nak kahwin ni Fina? Potong sayur pun failed. No worry, bagusla. Tak jadi kahwin lah nampaknya huhuhu.

"Along! Help, call tanjung rambutan. kata dengan dorang. Ready. Ada pesakit baru nak masuk"

"Mama seriously? Tak sayang Fina ke erm. Tulah mama, Fina tak layak lagi nak kahwin. Batal eh? Please mama" Fina menunjuk riak wajah sedih. Konon dapat melembutkan hati mama untuk membatalkan aturan kahwinnya.

"Hek eleh budak ni. Don't worry. Bakal suami awak tu pro masak. Dia tak heranlah awak tu pandai masak ke tak. Lagipun.. Fina boleh belajar dari mama. Bukan kahwin sekarang pun. Paling-paling sebulan dua lagi"
Suara along berteriak dari ruang tamu kedengaran.

Suamiku Encik Psiko Where stories live. Discover now