Berlanjutan hari, Shieda semakin tidak ceria. Sepatah soalan Azman, balasannya sepatah juga. Namun, Azman yang sibuk sehingga tidak kenal siang dan malam itu langsung tidak sedar perubahan isterinya.
Dia kecewa. Malah, dia lebih sakit hati apabila terbaca satu ungkapan oleh Pak Mario Teguh, "Bukti terbaik cinta adalah kesetiaan. Jika tidak setia, apapun penjelasannya, pasti tidak cinta."* * *
Bengkak mata Shieda memikirkan hal Azman yang sudah tidak cinta kepadanya lagi. Sehinggalah suatu hari....
"Shieda, nak tengok uniform baru untuk staf pejabat abang?"
Tidak menjawab, Shieda mengangguk sambil menyembunyikan mata yang membengkak.
Tersenyum-senyum, Azman menunjukkan sehelai kemeja. "Kawan abang di kedai kain yang bantu pilihkan warna ini. Mujur abang kenal dia, kalau tak mesti jenuh mahu ikut pilihan bos abang yang macam-macam."
Berkerut-kerut dahi Shieda. 'Kawan? Kedai kain?'
"Kawan abang?"
Tenang, Azman mengangguk. "Ya, dia isteri Muiz. Ingat dia lagi?"
Shieda terdiam. Perlahan-lahan, dia menguntum senyum. "Ingat, dia kawan baik abang sejak sekolah rendah."* * * * *
YOU ARE READING
Sayang Shieda
Short StoryCerita ini disiarkan di majalah Usrati Isu 5, pada Oktober 2014