Bab 1- Nicholas's family

83 4 5
                                    

Keheningan pagi yang tenang dan damai dalam rumah agam mewah milik pasangan Nicholas/Nick terganggu angkara kemarahan anak kedua mereka . Nicholas Daniel yang berang dengan mama dan papanya mengamuk di meja makan. Si pencetus masalah itu membaling pinggan dan lauk di hadapannya menyebabkan pembantu- pembantu rumah itu tersentak dan panik. Mereka tahu jika tuan muda mereka mengamuk, sudah tentu mereka akan terlibat dalam masalah.
" mana mama dan papa saya?!" Jerit Daniel kepada pembantu-pembantu rumah yang cemas itu.
Dia berasa agak marah kerana keduanya tidak menyertainya di meja makan. Bukankah mereka telah berjanji untuk bersarapan bersamanya. Dia merengus lagi. Mama dan papanya selalu begitu, kehilangan mereka pagi itu pastinya tentang urusan perniagaan yang tidak akan pernah habis itu.
" Niel!" Satu suara garau menyeru namanya dengan nada yang tegas. Dia tersentak seketika. Kelihatan abangnya menuruni tangga menuju ke bilik makan tempat dia berada sekarang ini. Darwish hanya berdiam diri walaupun riak wajahnya terpancar perasaan marah. Bebola matanya liar memerhati keadaan meja makan itu. Kutleri mahal yang ditempah khas dari Itali pecah berderai bersama makanan yang disediakan untuk sarapan. Niel hanya mengetapkan bibirnya. Dia tidak mahu bertikam lidah dengan abangnya yang tegas itu. Bukannya menang pun. Akhir-akhirnya dia yang akan dihentam teruk. Dia lantas pergi meninggalkan meja makan mewah itu. Tidak peduli dengan renungan tajam Darwish yang sememangnya tidak berpuas hati dengan kelakuannya. Darwish hanya mampu bersabar dengan kelakuan kurang beradab adiknya. Darwish merenung seorang pembantu rumah yang tidak jauh darinya dia lantas melontarkan soalan.
"Parents saya ke mana?"
"Duke dan Dutchess bergegas ke kota London lewat malam tadi, Tuan Darwish," jawab pembantu rumah itu dengan lancar. Darwish hanya mengangguk faham.
"Kemaskan ruang ni dan buat sarapan baru. Hantar ke bilik bacaan saya dan bilik Hannah," arahnya pada pembantu rumah di situ dengan nada suara yang mendatar seperti biasa.
" baik tuan," jawab mereka serentak.
Dia lantas menapak pergi dari bilik makan itu menuju ke bilik bacaannya yang tergendala tadi kerana terganggu dengan kekecohan di tingkat bawah. Darwish amat suka membaca. Sifat ingin tahu yang kuat dalam dirinya, menyebabkan dia menyukai sejarah serta tamadun dunia. Jejaka kacak itu menyimpan cita- cita untuk mengelilingi dunia suatu hari nanti. Pada usia semuda 18 tahun, dia sudah menguasai tujuh bahasa asing dengan fasih. Dunianya hanya berkisar tentang buku dan penyelidikan sejarah. Tidak seperti adik lelakinya, Darwish amat berdisiplin dan mendengar kata kedua ibu bapanya. Ini menyebabkan pasangan Nicholas menaruh segala kepercayaan dan harapan kepada dia. Keadaan ini menyebabkan timbulnya salah faham Niel terhadap abangnya. Budak nakal itu sentiasa mencetuskan huru-hara untuk menarik perhatian ibu bapanya. Walaupun begitu, Niel tidaklah membenci Darwish. Dia sedar bahawa ikatan kekeluargaan itu sangat penting.
Darwish khusyuk meneruskan pembacaannya mengenai sejarah Itali. Dia tertarik dengan satu mitos yg sering ditemui dlm sejarah dunia- pontianak! "apa kaitan benda tahyul ni dengan sejarah manusia? Macam tak seteru je ni" perasaan ingin tahunya memuncak.
Darwish baru sahaja ingin membaca mukasurat tersebut apabila bunyi ketukan pintu singgah ke telinganya. Dia mengeluh perlahan. Tangannya pantas menyusun buku2 yg berselerakan di atas mejanya." siapa?" tanyanya apabila bunyi ketukan itu kedengaran sekali lagi.

"Elizabeth, Tuan!" jawab suara itu. Kerja-kerja mengemas buku yang berserakan tergendala. Darwish cuba mengingati empunya nama tersebut. Dahinya berkerut seketika. Dia tidak ingat sesiapa yang bernama elizabeth dan menyimpulkan bahawa empunya suara itu pastinya salah seorang maid di rumah itu. Mana mungkin dia dapat mengingati semua maid dan butler yang seramai dua ratus orang itu. Akhir-akhir ini bilangan mereka bertambah pula. Darwish berhenti memikirkan soal Elizabeth. Bukannya dia kenal pun. "masuk!" arahnya dengan suara mendatar. Kedengaran tombol pintu dipulas. Satu sosok tubuh kecil yang mengenakan pakaian hitam putih orang gaji kelihatan. Gadis yang bertocang dua itu kelihatan gugup memandangnya. " ada urusan apa?" soal Darwish.
Gadis itu kelihatan menggelabah. Gadis itu berasa tidak selesa kerana berada berdekatan dengan pewaris sulung keluarga nick itu.Dia cuak apabila memikirkan bahawa dia sedang bersemuka dengan tuannya. Dia dapat merasakan aura kekayaan jejaka itu. betapa rendahnya martabat dia apabila dibandingkan dengan bangsawan itu. melihat cara keterampilan jejaka itu sudah cukup membuktikan perbezaan darjat mereka. Elizabeth merasakan dirinya tiada nilai di mata jejaka itu.
Darwish berasa hairan. Budak ni tak dengar ke soalan aku? Dia lantas mendekati gadis yang kelihatan mengelamun itu. "ada urusan apa awak kat sini?" soalnya lagi tapi dengan nada yang lebih lembut. Gadis itu kelihatan seusia adiknya Hannah. Dia sengaja melembutkan suaranya seolah dia sedang berbicara dengan adiknya.
Gadis itu tersentak apabila mendengar suara lembut jejaka itu. Bukan sahaja suara lembut jejaka itu yang mengganggunya, tapi betapa dekatnya kedudukan tuan Darwish di hadapannya. Sebenarnya tidaklah dekat kedudukan darwish. Namun, bagi orang gaji yang tiada apa2 seperti dia, kedudukan itu dikira cukup dekat. Jejaka itu merenungnya dengan pandangan kosong- tanpa ekspresi. Elzabeth dapat merasakan hatinya berdetak lebih kencang daripada kebiasaannya seolah2 hendak gugur dari kedudukan asal apabila matamya bertentangan dengan pemilik mata hazel yang redup itu. Tangannya serasa basah kerana peluh dingin yg keluar akibat perasaan gelabahnya.
" err..tu..tuan lincon hendak bertemu tuan" jawabnya gagap. Jejaka itu mengatup kelopak matanya seketika-mencari sedikit ketenangan tatkala nama itu disebut. Dia berjalan membelakangi gadis itu ke meja kerjanya. " benarkan dia masuk" arah darwish. Suaranya yang mendatar dan tegas itu kembali lagi
"ba..baik tuan" jawab elizabeth lalu bergegas mendapatkan tetamu tuan darwish. Hatinya tertanya2 apabila melihat reaksi tuan mudanya itu. Tadi nampak macam okey lepastu tak okey pulak. Dia tak suka kat aku ke? Hatinya galau. Dia risau akan dibuang kerja.
"apa khabar tuan Darwish?" sapa seorang lelaki separa abad yang agak gempal dan bermisai putih . Darwish hanya mendiamkan diri. Saban hari dia melihat encik lincon bertandang ke vila ini untuk bertemunya. Sapaan encik lincoln itu telah lali ditelinganya. Lelaki yang berusia lewat 50-an itu kelihatan membimbit beberapa buah fail tebal.
" tak perlulah buang masa encik lincoln, teruskan sahaja pembelajaran hari ini" jawabnya dingin. Dia sudahpun bersedia di meja kerjanya yang baru dikemaskan itu. Lincoln hanya ketawa kecil. " bagus, sifat tidak membuang masa ini amat bagus bagi seorang pewaris syarikat besar di england ini." senyuman yang sentiasa terpateri dibibirnya menjengkelkan Darwish. Wajahnya kelat. Dia berasa terbeban dengan tanggungjawab menguruskan perniagaan keluarganya.sebagai seorang earl, dia tiada hak serta keinginan sendiri. Sejak berusia enam tahun lagi dia sudah duduk di meja ini untuk belajar mengenai urusan syarikat keluarganya. Tidak terkira ramainya guru2 yg mengajarnya. Apa yg membanggakn, semuda usianya 18 thn, dia sdh menguasai tujuh bahasa asing sehinggalah cara mengurusan syarikat. Dia agak cemburu melihat adiknya darwish yg nmpknya tidak terbbn dgn tanggngjwb besar itu.bakal Menguruskn syarikat perlombongan bijih timah dn emas.
Daniel merayau-rayau di skeliling taman. Dia brasa amt bosan. Hendak brmain, kawan pula tiada. Harapkan maid dengan butler, macam bercakap dengan kayu. Tak ada respon pun. Alasan yg diberi " maafkn kmi tuan, kmi x boleh bergaul rapat dgn tuan, kmi cma org gaji yg mmg tdk akn sama taraf dgn tuan. Maafkn kmi" jawab maid dn butler seolah diri mereka tidak bernilai. Bagi mereka, berkawan dengannya adalah satu kesalahan besar. Hish! Aku bknnya suruh buat apapn, ajak main sama2 je. Dia bosan, dia benar-benar bosan. Kalau nak bermain dengan hannah, hannah pasti akn mengajak dia untuk bermain masak2. Hish, tak kan lah aku nak main masak2. Bukannya tak suka menemani Hannah. Tapi, hal yg dia tidak dapat terima ialah, Hannah memaksa dia pakai gaun." tak mungkin aku akan pakai gaun ropol-ropol berwarna merah jambu tu." gumamnya sendirian. Abangnya pula, tak pernah ada masa untuk bermain dengannya. Asyik terperuk dlm bilik dengan buku je. "Main dengan aku kan lagi best dari berkawan dengan buku tu" gumam daniel berseorangan. Dia tahu, walau apa yang dibuatnya, dia tidak akan diganggu. Maka, satu-satunya cara untuk dia mendapatkan perhatian adlh dgn mencetuskan huru hara. Nmn, dia tiada keinginan untuk berbuat begitu hari ini. Kelelahan, daniel berhenti melangkah. " kalau aku berjalan sekiling taman ni, seminggu pun belum tentu habis. Luas sangat taman ni" Dia mengesat peluh di dahinya sambil berbaring di atas rumput hijau yang dikelilingi bunga tulip yang harum. bayu lembut yang mendamaikan di taman itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang lara. Pokok besar yang menaunginya menghalang cahaya terik mentari menyentuh kulitnya yang putih itu. Suasana yang teduh itu membuatkannya agak mengantuk. Dia baru shj hendak lena apbila terdengar namanya dipanggil. Seorang butler tergesa2 mndptknnya, Kelihatan keringat mmbasahi bajunya. " tuan Daniel!" laung butler itu. Daniel geram. " Hish penyebuk ni! Aku kn dah ckp jgn ikut aku". Dia senyap, dia tidak mahu mempdulikn butler itu. Dibiarkn sahaja pemuda yg berusia lewat 20-an itu mendekatinya.
" nk ap?" tanyanya acuh tak acuh. Kelopak matanya masih terpejam rapat. Butler itu diam - mengambil nafas sebenarnya. Penat dia mencari tuannya itu.
" Duke dan Dutchess dah pulang..." Daniel yg sedang berbaring serta merta bangkit . " mama dan papa saya dah balik?" soalnya kehairanan bercampur teruja. " betul tuan," jawab butler itu lagi. daniel mendiamkn diri seketika. otaknya ligat mentafsir berita yg baru didengarinya.biar betul? 2 hari lepas pergi london, hri ni dah balik? bukan ke mama dan papa balik lpas 3-4 hari?. makin lama difikir, makin misteri jadinya. Daniel memicingkn anak matanya. memandang butler yg dglar pnyebuk itu. " siap kau Alfred kalau tipu aku," Daniel menggertak. How dare you lied to me! Alfred sedikit menggelabah. " Hish, takkanlah tuan, tak mungkin saya berani nk menipu tuan.. tuan kan faham saya macam mana.. lagipun tuan..." " hah! Sudah! sudah! Berhenti membebel, I trust you then," Daniel malas memanjangkan cerita selain mengelakkan si Alfred tu membebel lebih lama. Bernanah telinga dia ni nanti.
Alfred sudah lama menjadi butler di rumah ini. Sejak lahir lagi dia telah ditakdirkan menjadi butler, mengikut jejak keluarganya. keluarga Alfred telah lama menjadi butler di rumah agam sejak kewujudan Nicholas lagi. Alfred adalah anak Ambrose scott yang merupakan ketua pengurus rumah. Apabila tiba saatnya Ambrose tidak dapat meneruskan lagi tugasnya, Alfred akan memegang jawatan ayahnya itu. Kedudukan keluarganya sebagai butler yang berkhidmat sejak sekian lama menjadikn Alfred sebagai butler yang lebih dihormati dan disegani.

Twisted FateWhere stories live. Discover now