Bab 2- jam purba aneh

77 5 8
                                    

Kilat berdentum kuat memancarkan cahaya mautnya yang terang itu. Bunyi ganas amukan langit itu tidak menakutknnya. Nick Darwish hanya berdiri tenang membelakangi tingkap kaca bilik bacaan itu. Raut wajahnya kosong. Tiada ekspresi yang boleh digambarkan namun mata hazelnya kelihatan bercahaya seperti sedang menggambarkan keterujaannya ketika itu. Malam itu kelam dan sejuk. Lilin yang menemaninya meliuk lentok seolah olah hendak terpadam. Dia meletakkan kaca matanya di atas meja kayu mewah yang menjadi meja belajarnya. Kelihatan ditangannya ada sebiji jam tua yang aneh. Terdapat lima anak jarum yang menunjukkan waktu. Sebentuk kaca yang diyakini berlian berada di titik tengah jam itu. Jam emas mungkin kerana ianya tidak berkarat walaupun dimamah waktu. Ya.. jam ini jam yang lama. Mungkin barangan purba. Namun, teknologinya agak canggih dari segi waktu penciptaannya. Dari mana dia memperolehinya? Darwish senyum nipis. Senyuman sinis sebenarnya. Bukan mudah untuknya mendapatkan jam aneh itu walaupun bangsawan itu cukup kaya. Terlalu kaya dan mewah sebenarnya. Keluarganya sangat terkenal di London. Urusan perdagangan bersama Permaisuri Sophia adalah perkara biasa. Keluarganya bebas memasuki istana kerana telah diberi kepercayaan oleh Permaisuri Sophia. Bukan Earl of Transyvalnia jika dia tidak dapat memperolehi apa yang dimahukannya walaupun ianya sukar. Jejaka itu amat suka dengan sejarah Dunia. Terutama kejadian kejadian misteri di sepanjang sejarah dunia.

Earl itu tidak puas memerhatkn jam aneh itu. Dia berasa teruja. Jam itu berputar melawan arah satu sama lain nmun tidak pula bertembung walaupun pergerakannya amat perlahan. Sangat perlahan seolah jam itu hampir mati. jejaka itu memandang kesekeliling. Mencari sesuatu. Dia terjeda sketika. Kotak usang yg menempatkn jam antik itu telah tiada. Dia senyap! Sedang menahan diri dari bertempik akbat perasaan marah yang sedang menyerangnya ketika itu. Hanya satu nama yang terlintas difikirannya. Daniel
Nicholas ! Jejaka itu berjalan laju menolak kayu oak yg mnjadi pintu biliknya menuju ke bilik Daniel. Earl itu pantas menuruni tgga melintasi obor ditepi tepi dinding yang hampir malap dan meninggalkn lukisan lukisan besar yang terpampang di sepanjang lorong suram itu. Kelihatan pintu besar dihujung lorong. Darwish menolak lagi pintu itu melintasi dewan besar yang menjadi dewan tarian apbla ada majlis berlangsung. Bunyi derap kasutnya tidak dipedulikn walaupn ianya bingit berketak ketuk .

"Tuan, janganlah buat macam ni," butler yang diamanahkan untuk menjaga Nick Daniel hampir hendak miring otaknya.
Tuan mudanya yg berusia 16 tahun itu buat hal lagi.
Habis bilik besar itu disepahkannya. Bantal berserakan, baju dan almari serta perabot yang lain tunggang langgang. Hiasan di dinding habis dicabut. Lukisan lukisan mahal yg pernah dibida itu ad yg rosak. Butler itu hampir bersin angkara bulu bulu ayam yg berterbangan akibat bantal yg mngurungi bulu2 itu sudh dirobek oleh Daniel.
Danial menjerit marah.
" kalau kau bagi balik kotak bodoh tu, baru aku berhenti!" Alfred serba salah. Dia tidak mahu mmberikan kotak itu kerana remaja itu ingin menghancurknnya sehingga brkcai.lgpn ia adlh milik Earl Darwish. Daniel berang, dia cuba merampas kotak itu. Alfred tersntak. Dia lantas mengelak utk mnylamatkn kotak yg menjadi punca Nick Daniel mencetuskan huru hara di kamarnya.
Remaja berdarah diraja itu jatuh tersembam di lantai. Butler itu terkejut, hampir gugur jantungnya, namun dia lega kerana Tuannya tidak cedera krna karpet tebal berwarna merah terang bersulam emas yang menghiasi lantai melindunginya.
" Daniel? Kenapa buat perangai?" Alfred tidak lagi memanggilnya tuan walaupn dia tahu Daniel adlh anak Duke dan Dutches Nicholas of Transyvalnia. Daniel merengus kasar tanda protes. Lantas dia berdiri semula. Dia tahu, bila Alfred bertindak memanggil namanya tanpa menyebut pangkatnya, dia akan berhadapan dengan masalah lebih besar. Alfred pasti merancang hukuman untuknya. Jejaka itu mempunyai kuasa yang agak besar dalam rumah ini sebagai penjaganya, oleh sebab itu Alfred sahaja yang boleh memanggilnya dengan nama pertamanya. Mukanya sengaja dimasamkan. Raut wajah butler itu kembali lembut. "Daniel, bukan mudah Earl mendapatkan jam tu, ianya melibatkan urusan antarabangsa dan pihak istana," Daniel hanya berdiam diri. Walaupun begitu, tanda-tanda remaja itu akan mengalah tidak kelihatan. Dia mungkin akan cuba untuk merosakkan jam itu apabila ada peluang. Alfred memperkemaskan pegangan kotak usang itu. Kotak itu agak berat bagi saiznya yang kecil itu. Alfred mengeluh kecil, dia perlu cuba pendekatan yang berbeza terhadap Daniel. " Tuan, kenapa tuan nak hancurkan jam ni?" Soalnya lembut. Daniel menyepak perlahan pasu yang jatuh berdekatannya. Argh! Berdenyut denyut kakinya kesakitan. Dia mengetap bibir. Menahan perasaan marah dan sakit di kakinya. urgh! Bukan kuat pun aku sepak. Batu ke pasu ni?! Alfred geli hati. Namun raut wajahnya tidak berubah. Dia ingin Daniel mempercayainya supaya dia lebih terbuka menceritakan masalahnya. Kalau dia tersenyum walau sedikitpun tadi, Daniel pasti akan menganggapnya tidak serius.

Daniel memandang tajam ke arah Alfred. Butler kacak itu kelihatan serius ingin mengetahui permasalahannya. Dia merengus lagi. Nampaknya dia kalah lagi dengan Alfred. dia tidak dapat berahsia dengan Alfred. kebiasaanya memang Alfred yang menjadi tempat dia meluahkan perasaan terpendam di hatinya. Dia lantas menelentang di atas katilnya. Alfred memerhatikan perlakuan tuannya dengan tenang dan sabar. Daniel meletakkan lengannya di muka sebelum menggumam sesuatu.

Twisted FateWhere stories live. Discover now