Mata tuanya jelas redup.
Senyumannya hampir mati.
Dalam diam aku perhati.
Manusia ini tak pernah luahkan rasa hati meski aku tahu kerap kali dia dicengkam rasa sakit.
Terpukau aku dengan jiwanya yang tetap teguh meski aku tahu dia sebenarnya mahu runtuh.
Utuh dia berdiri dengan semangat yang rasa aku hampir rapuh.
Wahai bunda.
Izinkan aku menggalas semua bebanan kau itu.
Khabarkan aku jika kau penat lelah aku mohon.
Jangan dipendam semuanya sendiri sedang aku pasti jiwa kau menjerit meminta kudrat dalam diam.
Wahai bunda.
Maafkan aku yang dulunya diajar berlari kininya makin jauh tinggalkan kau.
Maafkan aku yang dulunya diajar menjerit kininya muntahkan pada kau tanpa rasa hati.
Wahai bunda.
Ada kau ingat yang dulunya selalu saja aku menangis kau tetap ada disisi.
Ada kau ingat yang dulunya aku jatuh ada saja senyuman manis kau beri.
Ada kau ingat yang dulunya aku hanya budak kecil yang kininya sudah membesar dengan kasih tulus kau.
Ada kau ingat yang dulunya aku suka tengking sama kau sedang aku buta tuk lihat jauh disudut hati kau makin ranap.
Wahai bunda.
Apa sempat aku sujudkan ampun maaf kau kini.
Apa layak aku bagi pada kau kelak sungguh tak terbalas sampai mati.
Wahai bunda.
Cuma kau paling tinggi.
Istanamu pasti syurga nanti :)
YOU ARE READING
HADAM PUAS TELAN
PoetryAku manusia yang malas nak tulis panjang bagai tapi tu ja cara nak luahkan rasa dalam jiwa