;01

2.2K 116 1
                                    

(Font Italic menunjukkan cerita yang sudah lalu)

Malam kejadian, Yuri dan Ara sedang membasuh pakaian bersama di bilik basuh blok tingkat atas asrama perempuan. Hanya mereka berdua yang bertungkus lumus membasuh pakaian kerana mereka amat sibuk semenjak minggu lepas kerana mempunyai latihan bola jaring yang bakal dipertandingkan pada minggu hadapan. Bagi pelajar lain yang lapang, mereka semua berkumpul dan bersembang di bawah sementara menunggu untuk masuk ke bilik belajar.

Ara yang selesai membasuh kesemua pakaiannya segera membilas lalu meletakkan kesemua pakaian lembab tersebut ke dalam baldi. Dia memandang Yuri yang masih ligat membasuh baju.

"Yuri, aku nak sidai baju ni dekat bawah kejap. Dekat dalam toilet ni aku takut tak kering. "

Yuri memandang sekilas lalu mengangguk. "Okay. Kau pergi lah sidai dulu. Nanti datang balik, tau!"

"Kau nak pergi dengan aku sekali ke apa? Nak ke kau sorang-sorang dalam tandas ni?" tanya Ara bertanya untuk mendapatkan kepastian. Manalah tahu mungkin Yuri ni lemah jantung ataupun phsycho nak kena ditinggalkan keseorangan dalam ni.

Yuri mengangguk dan tersenyum. "Jangan banyak complaint. Dah pergi sidai cepat."

"Betul ni?" Tanya Ara sekali lagi untuk mendapatkan kepastian.

"Ye Ara. Pergi lah cepat." Yuri menjawab tanpa memalingkan mukanya ke belakang kerana terlalu fokus untuk membasuh pakainnya. Takut-takut tak sempat habis selepas waktu belajar nanti. Malam ini harus tidur awal. Esok pagi lepas subuh perlu siapkan segala kerja rumah yang masih tergantung.

Mendengar jawapan Yuri, terus Ara membawa turun baldinya yang sarat dengan pakaian lembap ke tingkat bawah.

Kini ,tinggal Yuri seorang di dalam tandas. Seminit berlalu dan Yuri masih tekun membasuh pakaiannya. Kini hanya bunyi sentalan dan gosokan berus yang menemani sepanjang Yuri berada di dalam bilik basuh tersebut. Sekali sekala tangannya membetulkan ikatan rambutnya yang semakin terurai. Walaupun diikat kemas beberapa kali, masih tetap longgar.

20 minit berlalu tetapi Ara masih tidak selesai menyidai pakaiannya. Tiada tanda-tanda dia akan muncul. Batang hidung juga tidak nampak. Mana dia menghilang ? Sidai baju ataupun buat baju ?

Pap! Pap! Pap!

Sesaat, Yuri berhenti membasuh pakaiannya. Dia memandang ke luar bilik basuh. Dia terdengar tapak kaki seseorang sedang berjalan di luar. Tetapi, koridor tersebut hanya kosong. Sepi. Mungkin dia hanya berkhayal. ya, ianya satu khayalan.

Dia menyambung kembali membasuh pakaiannya dan berharap Ara dapat menyelesaikan tugasan menyidainya dengan segera. Rasa seram sejuk mula menimpa. Bulu roma menegak secara tiba-tiba dan entah kenapa hati berdebar-debar mencari kepastian akan perubahan mendadak atas badannya. Takdir meminta, mata Yuri teringin memandang di luar bilik basuh di mana hanya ada laluan koridor. Sekilas, bayang bayang seorang budak melintas di hadapan matanya.

Yuri terpana. Mata memerhati dan otak ligat mentafsir adakah benar apa yang dilihat? Adakah ianya gurauan minda? Budak mana pula yang sesat hingga ke atas tingkat asrama puteri? Anak cikgu ? Ataupun.....toyol? Yuri menggeleng dan ketawa kecil kerana sikapnya yang selalu membuat kesimpulan melulu.

Dia berhenti ketawa. Tak patut dia berseronok masa dia keseorangan. Seorang diri di dalam bilik basuh yang semakin usang. Lampu hadapan yang makin malap bila-bila sahaja boleh terpadam. Dengan hanya satu bilik basuh yang bernyala di blok ini, menambahkan suasana sedikit tidak enak di sekeliling Yuri.

Segera menyambung kembali tugasnya tetapi berhenti apabila satu angin yang entah datang dari mana menerpa ke arah mukanya. Menampar dan memecahkan lamunannya ketika ini. Angin yang mungkin hanya muncul apabila anda berseorangan dan ada yang akan datang meneman.

HisteriaWhere stories live. Discover now