; 4

1.1K 62 11
                                    

"Knock knock!"


"Knock knock!"


Mata aku terbuka secara mengejut. Terjaga akibat terdengar beberapa ketukan di pintu bilik . Aku memandang ke arah pintu dalam samar-samar cahaya. Adakah...

"Knock knock!"

Tanpa membuang masa, terus aku berlari anak menuju ke muka pintu dan membuka kunci tanpa teragak-agak walaupun hanya aku seorang yang baru berjaga pada tengah malam. Terfikir juga aku selepas itu, bagaimana kalau bukan manusia yang mengetuk? Bagaimana kalau tiada sesiapa di muka pintu? Pintu terbuka, dan terpapar muka Wendy dan Yeon ,antara ahli sebilik Hanna. Jantung aku berdebar. Aku melihat muka mereka yang cuak dan ketakutan. Adakah tekaan aku benar? Yang kejadian tadi bakal berlaku semula?

"Hyunmi unnie, Mei unnie kena kacau!"

Bingo. Benar jangkaan aku. Kini, giliran Mei pula. Tanpa berkata apa-apa aku terus membuka lampu bilikku dan perasan bahawa ahli-ahli kamarku sudah terjaga dari tidur. Aku mengajak mereka semua ke sana dan terus kami berlari anak ke bilik besar sebentar tadi tanpa memakai kasut. Ianya kecemasan, kami tidak boleh melengahkan masa dengan mencari selipar dalam mamai. Memang tiada masa.

Mengerling ke belakang ,tahulah aku bahawa semua lampu bilik tingkatan 5 sudah menyala dan maknanya hanya tingkatan 5 yang terjaga. Setibanya kami di bilik blok lama tersebut, aku terus menutup telinga. Mengapa? Mengapa aku tutup telinga? Kerana Mei sedang menjerit dengan nada yang....tinggi..dan terseksa. Aku menjengah ke dalam bilik mencari kelibat Mei.

Ya, dia terbaring di tengah-tengah ruang bilik dan sedang menjerit dengan..penat dan rasa terseksa. Badannya kaku. Ibarat badannya sedang dihempap ?Kami yang kekeliruan bagaimana kejadian ini boleh berlaku meminta Wendy menceritakan segalanya kepada kami. Kata Wendy dan Yeon kepada kami bahawa ;

"Masa tu kami semua sedang tidur. Tiba-tiba Mei unnie menjerit. Kuat . Sampai beberapa kali. Dia kata...."

Kami yang sudah tidak keruan mendengar cerita mereka menggesa agar bercerita dengan lebih lanjut. wendy mengangguk lemah. Pastinya, dia terlalu takut untuk bercerita kerana dia yang pertama terjaga apabila mendengar Mei menjerit.

"Mei unnie kata, ada 'sesuatu' duduk atas loker. Lepastu...benda tu sekarang tengah hempap dia.."

Ya Tuhan!!! Aku menjerit di dalam hati. Tergamam! Tolong, aku terdiam! Aku ..aku tak keruan! Loker?! Sesungguhnya, apabila kami mendengar cerita tersebut, kami terus memandang antara satu sama lain. Ini memang kes berat. Kes yang kami tak dapat tangani sendiri. Kami perlukan bantuan. Bantuan? Bagaimana ? Tiada ustaz atau ustazah di asrama kami ketika ini kerana mereka duduk jauh dari sini. Lagipun, sekarang tepat pukul 2.15 pagi dan kami tak akan buat kerja gila dengan menelefon mereka saat saat akhir begini.

Aku melihat Mei yang sedang bergelut keseorangan. Ya ,badannya kaku. Hanya kepalanya yang bergerak ketika ini. Jadi benar apa yang dikata mereka. Dia sedang dihempap. Dihempap sesuatu yang kami tak dapat lihat. aku menggeleng kerana ibarat bermimpi. Ketika anda semua sedang lena diulit mimpi, kami sedang keliru dengan situasi ini. Situasi yang kami sendiri tidak pasti. Aku menjengah kepala ke luar bilik dan menghampiri Minah yang sedang berada di luar.

"Tak masuk ke?"

"Aku tak boleh masuk. Keadaan aku tak boleh sembahyang."

Kepada pelajar asrama, tolonglah alert benda ini. Anda tahu anda tak patut hampiri budak yang dirasuk apabila keadaan anda tidak mengizinkan.

"Cikgu pelatih mana? Tu aku tengok lampu bilik menyala"

"Kami dah panggil. Sekarang ni tunggu Ai panggil warden. Haih, aku tak tahu lah weh. "

HisteriaWhere stories live. Discover now