Cinta Berbalas!

38 3 0
                                    

Ammar dan Aiman berjalan masuk ke dalam perpustakaan. Seperti biasa...masuk perpustakaan bukannya untuk belajar berkumpulan atau membuat apa-apa perkara yang berkaitan,tapi masuk semata-mata nak sakat gadis-gadis di dalam perpuastakaan.Tak ada kerja lain!Mereka mula menyusuri ruang-ruang meja untuk mencari 'mangsa'!Dan cerita pun bermula...

Ammar:Nak sakat siapa,ek ?Macam tak ada 'mangsa' je.(muka bosan)

Aiman:Kan?Aduh..bosanlah macam ni!

Ammar:(mengeluh)...apa kata kita pergi belakang?Manalah tahu kot-kot  ada.

Aiman dan Ammar berjalan terus ke belakang sambil mencari 'mangsa-mangsa' mereka.Entah kenapa mereka mempunyai satu hobi yang pelik macam ni.Barangkali kerana mereka tiada yang punya.Kut lah.Hehehehe...

Ammar:Man...ohh Man!Kau jumpa tak?

Aiman:Alamak!

Ammar:Eh kau ni..kau dengar ke tak apa aku tanya tadi?

Aiman:Aku dengar cuma...kau Nampak tak apa yang aku nampak?

Ammar:Nampak apa?

Aiman:Tu. 'Mangsa' kita! (menghalakan jari telunjuk ke arah Qalisya dan Irina)

Ammar:Mak aiyh!Buah hati!Kau serius?

Aiman:Buah hati?Buah hati siapa?

Ammar:Buah hati kaulah ngok !

Aiman: Ooo..hahaha..lupa pulak!

Ammar: Senget! Kau serius nak jadikan dia orang 'mangsa' hari ni?

Aiman:Ha'ah.Boleh,kan?

Ammar:Boleh je.Aku cuma takut kau je yang malu...

Aiman:Tak adalah.Mana ada aku malu.Oke je..(dalam hati berdebar)

Ammar hanya mengangguk.Mereka mula bergerak menuju ke meja Irina dan Qalisya.Misi mengganggu bermula!

Ammar: Hai!Khusyuknya baca.(senyuman manis ditayang)

Irina:Boleh tak jangan kacau kami?

Ammar:Jangan marah...kesian dekat kami.Kami baru je sampai.Kan ,Man?(pandangan masih tertancap pada Irina)

Aiman:(berdiam diri)

Ammar:Aiman...betul tak?(masih tetap memandang Irina)

Aiman:(terpegun memandang Qalisya)

Ammar:(memandang ke arah Aiman setelah soalannya masih tak dijawab)...Aiman!Kau dengar tak apa aku tanya?

Aiman:Hah?(baru tersedar)Apa dia?

Ammar:Kau ni kenapa?Geletar semacam je.

Aiman:Tak...tak...tak ada apa-apa!(cemas)

Ammar duduk disebelah Irina.Dan Irina pun beralih tempat.

Qalisya: Ammar boleh tak jangan kacau kita orang?

Ammar:Boleh...tunggu jap !Aku nak ambik buku lepastu aku join baca dengan kau orang.

Ammar mengambil buku.Qalisya mencuit Irina dan Irina memandang.

Irina:Kenapa?

Qalisya:Aku seganlah.

Irina:(memandang ke arah Aiman)...ooo,aku faham.Tak apa.Dia tak tahu.

Ammar kembali.

Ammar:Jom baca!

*Cerita Merepek~*Where stories live. Discover now