Bab 5

40 1 0
                                    


Dania dari tadi asyik memandang ibu dan abahnya. Sekejap pandang ibu, sekejap pandang abah. Alih - alih dia memandang Along dan Acik di sebelah kiri dan kanannya. Acik hanya mengangkat bahu tanda dia tidak tahu apa - apa. Along diam tidak bersuara. Remote tv di tangannya dikuis - kuis. Matanya hanya difokuskan pada televisyen di ruang tamu itu.

Kini suara televisyen yang memenuhi suasana sunyi ini. Dania sudah letih dengan gelagat ibu bapa nya. Dia mengambil keputusan dengan berwhatsapp dengan rakan lama nya.

"Ehem." Encik Kamal berdehem. Dania yang tadinya khusyuk memandang phone kini mengangkat muka. Ibu dan abah memandang tepat ke arah dia.

"Nia, err tadikan.." belum sempat ibu hendak meneruskan bicaranya, abah sudah menepuk perlahan peha ibu. Ibu mengangguk.

"Nia. Kamu sudah besar. Umur kamu pun sudah 22 tahun. Tak terfikir untuk berkahwin?" Dania mengerutkan dahinya. Apa pulak abah ni. Aiman dan Darwish, Along nya segera berpaling ke arah abah mereka. Terkejut bila soal kahwin dibangkitkan.

Dania kembali memandang phone di tangannya. "Kahwin? Tak terfikir pun, bah. Nia tak ada calon nak di ajak kahwin. Mana ada siapa nak kat Dania." Dania melepaskan keluhan kecil.

Bukan nya tak ada calon. Tapi hatinya tidak ingin untuk bercinta. Cukup lah dengan permainan dunia. Cukup lah dengan cinta monyet. Dirinya sudah menderita dalam erti cinta monyet. Ah! Terimbas kembali kisah silam !

Puan Salina sudah tersenyum bermakna. Encik Kamal hanya mengangkat tangan supaya bersabar.

"Siapa kata tak ada orang hendak dekat kamu? Kamu mewarisi kecantikan ibu kamu tahu. Kamu cantik, baik, manis budaknya. " Puan Salina tersenyum simpul. Terasa di syurga pabila dipuji begitu.

Suasana senyap beberapa saat. Kemudian, Encik Kamal menarik nafas sedalam- dalamnya.

"Ada orang merisik kamu." Tup! Bagai denyutan nadi Dania hendak berhenti. Merisik? Tapi siapa?

"Siapa yang merisik Nia bah?" phone di tangannya di letak di atas peha nya. Kini ibu dan abahnya di pandang serius.

"Ala kamu ingat kan, ibu ada sorang kawan baik dari kecik. Haa dia la nak merisik kamu untuk anak lelaki dia tu. Siapa nama nya ye? Far.. Firman. Haa Firman." Puan Salina menyampuk. Dahinya berkerut seribu mengingati nama anak teruna kawan baiknya.

Dania memerah otak nya. Tak ingat pula dia tentang rakan karib ibunya.

"Tak ingat la bu. Yang mana eh?" Dania menggaru - garu kepalanya.

"Tak apa. Nanti dia nak datang sini bawa sekali anak dia. Nanti kamu kenal - kenal lah ya." Ibu senyum. Dania hanya membalas dengan senyuman palsu. Er kahwin? Tak terfikir lagi lah sampai tahap tu.

Dania hanya mengangguk kecil. Along dan Acik hanya memandang endah pada Dania. Mereka sama - sama memberikan tumpuan pada tv itu. Musim bola la katakan. Memang tak lepas pandang walaupun satu minit ! Lelaki, lelaki.




•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•





Di rumah Firman, macam biasa, mereka menjamah makan malam bersama - sama. Suasan sunyi seketika.

Sampailah Dato' Harshad bersuara.

"Fir, papa nak bicara pasal perkahwinan kamu. Mama sudah jumpa calon nya." Nasi yang dikunyah Firman sedikit tersembur ke dalam pinggan. Ya Allah, mengapa begitu cepat kau hadir wahai calon.

"Kenapa cepat sangat ma, pa?" Sungguh Firman berasa tidak puas hati. Dia masih tidak puas untuk hidup bebas. Dia mengelap mulutnya. Sudu dan garpu diletak di dalam pinggan. Dia melihat wajah mulus milik ibu bapa nya.

"Fir, ni semua untuk kebaikan Fir. Mama teringin nak cucu. Bila lagi kalau bukan Fir? Firash? Dia terlalu muda dalam bab perkahwinan ini. " Datin Marina memujuk anaknya. Sayu sahaja pandangan nya. Firman merasa bersalah.

Dia malas mahu bertekak. Kalau bantah sekali pun, dipaksa juga kan?

"Terserah pada mama dan papa." Firman menyambung kunyahannya. Tapi kali ini dia merasakan nasi ini susah untuk ditelan. Tekaknya berasa sakit. Sakit entah mengapa.

"Emm sabtu ni Fir free kan?" Mama menuang jus oren kepada Dato' Harshad.

Firman berhenti mengunyah. Dia berfikir sejenak, cuba memerah otak mengingati appoinment nya. Emm kalau sibuk pun dah tentu papa suruh cancel. Tak ada guna cakap sibuk.

"Emm free. Kenapa ma?"

"Teman mama dengan papa pergi Perak." Firman menggaru - garu kepalanya yang tidak gatal. Buat apa pula dah ni.

"Nak bua.." Belum habis Firman bercakap, Datin Marina sudah memotong.

"Jumpa calon kamu lah. Kamu jangan nak larikan diri. Nak bincang pasal tarikh tunang dan kahwin terus. " Firman terasa ingin menangis. Tiba - tiba dia teringat wajah Suhaila. Wanita yang dicintainya sampai sekarang. Satu butir air mata terjatuh ke atas meja. Firman yang tersedar dia sudah menangis, segera dia bangun dari tempat duduk.

"Aduh sakit perut la. Ma, pa. Fir naik atas dulu ye. Sakit perut ni. Memulas - mulas." Firman membuat muka seakan menahan sakit perutnya. Tangannya mengusap - ngusap, menepuk - nepuk perutnya. Selepas sahaja mama dan papa nya mengangguk, dia terus melangkah laju ke biliknya. Cepat - cepat dia menyeka air mata yang 'mahal' itu. Dia tidak mahu mama dan papanya tahu yang dia sedang menangis. Lagi bertubi - tubi soalan yang dikeluarkan oleh mereka.






Only You Mr FirmanWhere stories live. Discover now