Bab 6

40 1 0
                                    



Hari bertukar hari. Pejam celik, kalendar sudah menunjukkan bahawa hari ini adalah hari sabtu. Hari yang paling digeruni oleh Dania.

"Ibu, pukul berapa aunty Marina nak datang?" Dia sempat mengerling jam di dinding. Baru pukul 9.30 pagi.

"Mungkin dalam pukul 3 sampai la kot. Ye la, bukan dekat dari Kuala Lumpur nak ke sini. Kenapa? Tak sabar nak jumpa bakal suami ke?" merona merah wajah Dania. Bakal suami? Amboi aku belum cakap lagi setuju. Pihak lelaki apatah lagi.

Malu di usik begitu, Dania cepat - cepat melangkah masuk ke dalam biliknya. Puan Salina hanya menggeleng perlahan.



•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•



Selepas sahaja menunaikan solat Zohor, mereka sekeluarga bertolak untuk ke Perak.

"Tak ada yang tertinggal kan?" Pertanyaan Datin Marina dijawab dengan gelengan.

"Dah jom. Nanti lambat sampai pula." Masing - masing mengambil tempat duduk. Datin Marina hanya berseorangan di tempat duduk belakang.

Firman membaca kalimah Bismillah sebelum memulakan perjalanan. Gear tangan bertukar ke drive. Pedal minyak ditekan. Kereta audi r8 meluncur laju di atas jalan raya.


Dania keluar dari bilik. Dia ingin menolong ibunya menyediakan makanan untuk 'tetamu' yang bakal datang. Dania mencucuk pinggang ibunya yang sibuk mengangkat ikan cencaru goreng dari kuali.

"Ya Allah kamu ni Nia. Kamu sanggup tengok mak masuk hospital? Kena tahan wad? Sanggup? " Dania hanya menayang gigi putihnya. Dia menggaru - garu kepalanya. Kata ibunya ada benar.

"Tak nak tak nak. Emm tapi kan. Kalau pergi hospital, Nia kurang sikit sedihnya. Dapat tengok doktor hensem." Puan Salina mencubit lengan Nia. Dania ketawa mengekek - ngekek. Best juga mengusik ibunda kesayangannya ini.


Hidangan makanan sudah siap. Sambal belacan juga ibu telah siapkan terlebih dahulu. Penat juga memasak ni kan. Mana tak penat nya. Lauk berderet macam kereta api.

Sambal belacan, sayur kangkung, sayur sawi dibuat sup, sayur bayam, cendawan digoreng tepung, ikan cencaru goreng, ulam - ulaman serta pajeri nenas.

Hanya tinggal air untuk dibancuh.

Dania hanya membaluti kepalanya dengan tuala berwarna merah jambu miliknya. Hanya menutupi rambut dan lehernya sahaja. Segera dia turun ke bawah untuk menenangkan fikiran.

Di bawah pokok yang rendang, Dania duduk di atas papan pondok. Sebelah pondok itu, terdapat buaian yang hanya boleh menempatkan dua orang.

Dania menggantungkan kakinya ke tanah. Seliparnya sudah mencium tanah.

Sesekali ibu jarinya menguis - nguis tanah. Tangannya mencapai daun rambutan dan di koyak - koyaknya. Dia menyanyi kecil. Sehinggakan dia tidak sedar jam melebihi pukul 3.30 petang.


Tepat pukul 3.35 petang, deruman kereta menyentakkan Dania. Dania segera berpaling ke arah kereta itu. Hatinya tiba - tiba berdetak. Dia terus memakai seliparnya dan berlari masuk ke dalam rumah. Dia tidak mempedulikan keadaannya yang memakai baju kurung. Nasib baik tuala nya tidak terlerai dari kepala nya.

"Ibu ! Abah !" Dania menjerit serupa tarzan. Malu la. Dah la pakai gini rupa.

Firman menutup pintu kereta audi r8 miliknya. Setelah mama dan papanya keluar dari perut kereta, dia terus mengunci kereta.

Only You Mr FirmanWhere stories live. Discover now