Pagi itu cerah. Awan putih berarak perlahan nun di langit yang membiru. Suasana yang nyaman dan angin bertiup sepoi - sepoi bahasa membelai dedaunan yang menghijau di luar Garden Cafe.
Hari itu hari yang indah. Kelihatan Zulaikha berlari -lari anak setelah mencium tangan Puan Sarimah dan melompat keluar dari kereta ibunya yang diparkir di bahu jalan.
Zulaikha lewat tiba pagi itu. Kesejukan hujan setelah subuh pagi tadi membawa lenanya semakin jauh ke alam mimpi. Dia hanya terbangun setelah terasa bagaikan terkena renjatan elektrik apabila alarm clock di smartphone nya memekik pinta di snooze . Jam yang menunjukkan angka 8 pagi membutangkan mata anak gadis tersebut.
Maka kelam kabutlah dirinya bersiap. Setelah berhempas pulas mengejar waktu , akhirnya Zulaikha terpacak di hadapan pintu bangunan Cafe tempatnya berkerja sementara waktu sejak sebulan lepas .
Pukul 9:24 pagi. Keadaan dalam ruangan Cafe tersebut dipenuhi beberapa kumpulan pelanggan yang sedang menikmati sarapan pagi.
Ada yang menikmati roti bakar mahupun waffle. Malah ada yang sekadar menghirup latte yang masih panas berasap . Matanya melilau mencari kelibat yang ingin dielak . Setelah pasti ketiadaan orang yang dicari , Zulaikha melangkah dengan berhati - hati dan menyelinap masuk ke dalam Cafe dengan menarik perhatian para pelanggan seminima mungkin.Kali pertama dirinya lewat tiba ke tempat kerja adalah pada minggu yang lalu, masih segar di ingatan Zulaikha akan senyuman manis Puan Cecillia yang bercekak pinggang menanti kedatangannya kerana kekurangan pekerja pada hari tersebut .
Dalam kemanisan senyuman milik Boss tempatnya berkerja itu kelihatan urat yang menegang di dahi dan leher wanita berusia lewat 30 -an tersebut. Zulaikha sekadar diberi amaran pertama namun cukup menginsafkan apabila terpaksa duduk mendengar amarah Puan Cecillia selama lebih setengah jam yang dirasakan seperti setengah juta tahun lamanya .
Daniel yang sedang sibuk mengambil pesanan pelanggannya yang setia datang saban pagi terpandang langkah Zulaikha yang lagak seperti pencuri menyusup masuk . Senyuman terbit diwajah jejaka tersebut menampakkan barisan gigi yang putih menawan . Seraya habis mengambil pesanan pelanggan di meja lima , Daniel melangkah laju mendapatkan Zulaikha.Tatkala mengetahui Daniel menuju ke arahnya, Zulaikha membelokkan langkah dan berjalan pantas ke pintu keluar. Namun, beberapa langkah sebelum sempat menghirup udara luar , Daniel menerkam bahu mangsanya erat . Zulaikha mulai kecut perut. Jantungnya berdetak laju.
"Puan Cecillia takde hari ni ."Tatkala mendengar khabar berita tersebut, hati Zulaikha berbunga indah. Wajahnya ditoleh menghadap pada Daniel dan sebuah senyuman seindah bidadari dikuntumkan. Sinar kebahagian terpancar dari wajah gadis itu. Kini hatinya lega selega leganya . Mereka berdua gelak kecil dalam tawa yang agak janggal .
Setelah kehabisan tawa , mereka beriringan ke kaunter barista . Zulaikha ke belakang mengambil apron hitam bersih dari rak pekerja dan menyarung terus apron tersebut ke pinggangnya . Tag nama emas di pin kemas ke pakaian seragamnya.
Zulaikha mencapai buku nota kecil dan pen nya sebelum memulakan tugas pada pagi itu namun dipanggil semula Daniel yang melambai - lambai ke arahnya ."ye? Ada apa ?"
"Tolong ambilkan buku rekod dalam bilik Puan Cecillia. Ada stok barang baru datang sekejap lagi ."
Zulaikha sekadar mengangguk dan mengisyaratkan 'OK' dengan jarinya . Dia bergegas ke bilik Puan Cecillia dan menerjah masuk tanpa mengetuk terlebih dahulu kerana mengetahui Puan Cecillia tiada dibiliknya pagi itu.
Alangkah terperanjatnya gadis tersebut apabila terpandang Puan Cecillia yang sedang sibuk meneliti laporan keuntungan café di meja ofisnya . Wajah Zulaikha serta merta pucat lesi . Kemarahan Puan Cecillia seperti hendak meletus. Dahinya berkerut dan wajahnya tampak serius . Zulaikha hanya kaku berdiri . Puan Cecillia berdehem beberapa kali dan membetulkan cermin matanya .
"Sila ketuk pintu bilik saya sebelum awak masuk lain kali, Zulaikha."
Nada suara Puan Cecillia lembut tetapi tegas. Wanita itu tegas tetapi tidaklah segarang yang disangka. Renungan mata nya tajam.
Zulaikha berusaha meretakkan kekakuannya. Segarit senyuman terukir di bibirnya. Setelah meminta maaf akan keterlanjurannya tadi , Zulaikha meminta buku rekod yang dipesan Daniel dari Puan Cecillia.
"Buku yang awak pinta tu memang saya dah serahkan pada Daniel awal pagi tadi ." Jawab Puan Cecillia sambil meneruskan kerjanya .
Sah , Daniel telah mengenakan dirinya. Zulaikha mengetap bibirnya menahan geram. Fikirannya menerawang sebentar memikirkan 1001 cara terbaik untuk mengenakan kembali rakan kerjanya itu.
Dia cepat cepat meminta diri dan terus melangkah keluar dari bilik Puan Cecillia. Namun, belum sempat pintu tertutup rapat, Puan Cecillia memanggil dirinya semula." By the way , saya dengar awak masuk lambat hari ni. Apa cerita ?"
Suara halus milik Puan Cecillia seakan cemeti melibas jantungnya. Soalan tersebut dibiar tak berjawab untuk beberapa saat. Zulaikha kelihatan tenang namun jasadnya yang berada dibayangan mindanya sedang menjerit histeria. Seakan kilat sambung menyambung memanah jiwanya ketika ini . Zulaikha mengerdipkan matanya dan akhirnya mengangguk lemah ."well , take a seat,dear . Rasanya awak amat berminat untuk dengar piagam perkerja di Cafe ni, right?"
Zulaikha mengangguk terpaksa . Nafas ditarik sedalam mungkin dan bersedia untuk leteran Puan Cecillia yang akan berakhir tanpa diketahui bila. Bayangan dirinya diruang minda kini terdampar tidak sedarkan diri .
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *Tengahari itu, cuaca agak panas membahang. Jiwa Zulaikha turut membahang. Leteran Puan Cecillia beberapa jam yang lalu masih lagi sayup - sayup bergayutan dicuping telinganya.
Daniel yang sedang menikmati makan tengah hari duduk semeja dengan Zulaikha dan Fahmi. Daniel Lahap memakan chesse burger duluxe tanpa memperdulikan jelingan maut yang dihadiahi Zulaikha buat dirinya sedari tadi. Fahmi mengelap garfunya dengan tisu sebelum merodok spagetti bolongnese dipinggan putihnya.
"itadakimasu~" (saya makan dulu) kata Fahmi dengan manja.
"itadakimas nenek kau. Bismillah kau mana setan?" tegur Daniel.
Fahmi hanya mencebik lantas menadah tangan membaca doa makan. Daniel mengalih pandangan matanya ke arah Zulaikha.
Zulaikha masih dengan tenungan tajamnya umpama seekor helang. Daniel mengesat mulutnya dengan tisu."Zu , kau dengar ye. Aku tahu kau mesti tengah bengang dengan aku sekarang ni , tapi dalam masa sepuluh tahun akan datang gerenti kau berterima kasih kat aku ."
"aku nak berterima kasih part mana nya bingai?"
Fahmi tergelak seakan keldai diserang asthma. Daniel menyiku Fahmi seraya memberi renungan serius pada Zulaikha yang duduk dihadapannya .
"Time ni memang la kau tengok aku macam jahat tapi percayalah, aku sebagai seorang rakan yang baik nak kau berubah jadi lebih berdisplin. Sikap datang lambat bila bertugas ni kalau tak ditegur last last nanti jadi habit kau tau dak ."Zulaikha terdiam seribu bahasa. Ada benarnya kata - kata Daniel. Amarahnya beransur pergi dibawa angin. Keluhan berat dihembuskan. Daniel senyum membina semula mood Zulaikha. Akhirnya gadis itu turut tersenyum simpul.
Fahmi memandang kedua dua rakan sekerjanya berbalas senyuman lalu turut sama senyum menyeringai dan membulatkan mata serupa psychotic patient. Mereka bertiga akhirnya ketawa.
"aku nak ke belakang jap . Lapar la pulak." ucap Zulaikha seraya berlalu ceria ke dapur café .
Daniel hanya diam mengunyah makanannya. Fahmi memandang Zulaikha hingga hilang kelibatnya disebalik pintu dapur café.
"weh , pandai kau cover ye." puji Fahmi.
"well, ko tak nampak dia pandang aku macam aku dah bunuh 7 keturunan dia tadi ."
Fahmi menyedut minum dalam cawan plastik. Fikirannya menerawang. Kerja di café tersebut agak beruntung. Makan dan minuman disediakan secara percuma buat pekerja. Dirinya telah berkerja di sana selama 2 tahun lebih bersama Daniel. Manakala Zulaikha si gadis manis itu pula baru mula berkerja 1 bulan yang lalu sementara menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang dijadualkan keluar bulan Mac nanti .

YOU ARE READING
CYBORG
Science FictionKiranya nak cuba hantar kat Fixi. Tapi level confident and level procrastination aku sama tinggi. Maaf~