"Benci sangat ke kau kat aku Nazim? Benci sangat ke?" Keluhan yang penuh kesakitan. Buat pertama kalinya aku menangis selepas perpisahan terjadi antara kami.
Pedihnya hati ini tidak tertanggung lagi. Dia yang sedang berdiri dihadapan aku ini masih terus berdiri tanpa memandang aku. Argh... Melihat aku sahaja dia tidak sudi.
"Tidak ada sedikit ruang ke untuk aku? Tidak mengapa kalau bukan dihati kau tapi berikan aku ruang di hati Umi..." aku mengesat air mata yang tidak berhenti jatuh dipipi.
'Aku tak minta apa pun dari kau Nazim. Cukup sekadar aku ingin berbakti kepada Umi. Aku tidak pernah salahkan kau atas perpisahan ini. Kerana aku tahu perpisahan ini akan terjadi.'
"Kau kena faham keadaan aku Sara. Kau kena fikirkan perasaan Liya... Kalau kau terus-terusan datang kesini, buat apa yang Umi mahukan, macamana Umi mahu menerima Liya? Kau akan terus menjadi menantu kesayangannya dan Liya akan terus dibenci Umi... Aku tak sanggup melihat Liya berterusan menangih perhatian daripada Umi. Aku minta tolong kau faham keadaan ini."
Aku tersentak mendengar kata-kata Nazim. 'Perasaan aku? Selama ini kau tak pernah peduli tentang perasaan aku Nazim.. Tidak pula kau kasihan kepada aku ketika aku cuba menangih perhatian engkau selama ini...'
"Baiklah... Kalau itu yang kau mahukan. Lepas ini aku takkan ganggu hidup kau lagi. Izinkan aku berjumpa dengan Umi sebentar..." Aku perlu sedar diri. Aku tidak layak untuk berada didalam hidupannya walaupun sekadar seorang kawan.
YOU ARE READING
Kau Yang Memilih Aku
RomanceKau insan yang memberi harapan Kau juga insan yang memusnahkannya Kau insan yang memberi bahagia Kau juga insan yang memberi derita Kau insan yang memilih aku Kau juga insan yang meninggalkan aku #coming soon