Setelah baekhyun pulang ke rumahnya... dia terus mengambil telefon bimbitnya dan memesej lay "wei..aq mintak maaf tau tadi..aq tau aq salah sebab aq menyampuk hal kau..sorry ea?" Ujar baekhyun yg ingin meminta maaf pada rakan karibnya itu tentang hal tadi melalui mesej.
Lalu baekhyun meletakkan telefon bimbitnya diatas meja bukunya dengan harapan lay akan membalas mesejnya, tetapi dia berasa hampa kerana lay tidak membalas mesejnya, hampir dua jam setengah mesejnya x dibalas, segala fikiran negatif terlintas di dalam minda baekhyun. "Mane lah Lay ni!!!" Kata baekhyun yg kerisauan lalu membulatkan mata setelah melihat peti mesejnya yang kosong tanpa sebarang mesej.
"Ish!! Reply lah mesej aq lay!!" Kata Baekhyun, lalu dia terus menarik nafas yang panjang dengan niat supaya dirinya dapat ditenangkan dan dapat berfikiran positif, tetapi disebabkan dia terlampau risau tentang lay, fikiran negatif tidak dapat dihilangkan dari mindanya.
Tanpa melengahkan masa, dia terus terus mengambil telefon bimbitnya dan menghubungi sunny, "wei!! Boleh tolong aq x?" Pinta baekhyun yg cemas. "Tolong ape?" Balas sunny. "Aq risau sangat sekarang ni." Kata baekhyun.
"Risau ape kau ni..?" Soal sunny yg kebingungan. "Lay!!!.....dia x balas mesej aq! dah banyak kali aq mesej ngan call dia tapi dia tak jawab pun!." Kata baekhyun. "Lah...pasal lay x balas mesej je kot...tu pon nk havoc.."balas sunny sambil ketawa sinis.
"Yelah...camner aq x risau, dia x pernah macam ni kau tau x, sebab biasanya lay akan balas apa yg aq mesej kat dia ... and lagi satu aq takut dia wat masalah, sebab kita masuk campur hal dia tadi! " ujar baekhyun.
"Buat masalah? Maksud kau?" soal sunny. "Ish!! Kau ni slowlah..aq takot dia merajuk pastu dia lari rumah! kau tau jek lah perangai lay tu macam mane kan?" ujar baekhyun yang resah. Sunny yg terkejut dengan kata-kata baekhyun tersebut, terus menyentap panggilannya.
"Hello!!! Hello!! Ish.. sunny ni!! boleh pulak kau sentap, orang tengah susah ni!" Marah baekhyun. Tanpa melengahkan masa, baekhyun terus berlari ke rumah lay bagi memastikan lay berada di rumah. "Hello!.. lay!!! Lay!!" Jerit baekhyun dengan kuat.
Tiba- tiba puan jiwon iaitu ibu kepada lay membuka pintu." Ha.. baekhyun nape jerit jerit depan rumah makcik ni..ade masalah ke?"soal puan jiwon dengan sopan. "Makcik... lay ade kat rumah x?" Soal baekhyun.

KAMU SEDANG MEMBACA
PUKAU (Bahagian 1)
FanfictionSAMBUNGAN DARIPADA PERTEMUAN KPOP VERSION ADA DUA BAHAGIAN (YANG NI PART 1 TAU) SETIAP WATAK TELAH DIUBAH MENGIKUT JALAN CERITA PLEASE VOTE AND FOLLOW ME AFTER READ MY STORY..HIHI YOUR HELP IS MEANINGFUL FOR ME