"Baek!! Bangun cepat....dah pukul berapa ni!!" Jerit puan jihyo kepada anaknya yang dari tadi tertidur lena. Baekhyun terkejut dan terus bangun dari tilamnya dan mencapai tuala mandi, dia melihat jam yang tergantung di dinding biliknya.
"Bapak arr!!! Dah pukol 7:15!!!" Ujar baekhyun yang terkejut, dia cepat-cepat bersiap dan terus mengambil bag sekolahnya dan turun ke tingkat bawah rumahnya. "Eah!! Baek!!...sarapan lah dulu."kata ibunya.
"X pe lah ibu baek sarapan kat skolah jek lah!, baek..dah lambat ni!" Balas baekhyun lalu menyarung kasut sekolahnya dan terus berlari pergi ke sekolah. "Adoiyai!!! Camner lah aq boleh lambat ni!!! Ish!! Ibu ni pun satu, kejut lah awal awal!" rungut baekhyun.
Dia terus berlari sehingga sampai ke sekolahnya, setelah hampir sampai ke sekolah, baekhyun melihat dua orang pengawas sedang tercegat dihadapan pagar sekolahnya, dia melihat jam ditangannya yang menunjukkan waktu 7:31. "Alamak!! Aq dah lambat seminit!!". Kata baekhyun yg cemas.
"Ok..ok, x per lambat seminit jek." ujar baekhyun yang cuba menenangkan dirinya. Dengan perlahan baekhyun melangkah masuk ke sekolah dengan berhati hati supaya pengawas tidak menyedari kehadirannya yg lambat. "Fiuh... nasib baik pengawas tu x amik nama aq, kalau x mampus aq" kata baekhyun yang terselamat dari pengawas yang berada dipagar sekolahnya.
Selang beberapa langkah kemudian, baekhyun melihat lay berada dihadapannya sedang berpegang tangan dengan seorang perempuan yang tidak dikenalpastinya sedang berjalan dihadapannya. "Itu lay kan??...wait! Sape pempuan tu??" Soal baekhyun dalam hati.
Baekhyun terus berjalan menuju ke kelasnya 4sm sambil mencuba mengekori lay dan perempuan tersebut dari belakang . Setelah mengekori, dia mendapati perempuan yang bersama lay tersebut masuk ke kelas yg sama dengannya.
"Wait....perempuan tu sama kelas lay ngan aq ke?" Soal baekhyun. Dia dengan pantas masuk ke dalam kelas kerana ingin tahu siapa perempuan yang bersama lay tersebut.
Baekhyun terus membulatkan matanya selepas melihat rupa paras perempuan tersebut. "Hyeri!!! So, perempuan tadi hyeri!" Ujar baekhyun dalam hati sambil mengambil nafas yg panjang kerana terkejut dengan lay yg rapat dengan hyeri.
Setelah mengetahui perempuan tersebut, dia terus mencapai kerusinya dan duduk. Baekhyun memandang belakang untuk melihat mereka berdua dengan lebih teliti lagi dia melihat lay sedang bermesra dengan hyeri seperti pasangan bercinta.
Selang beberapa saat, pandangannya diperasan oleh lay, lay membalas pandangan baekhyun dengan jelingan yang tajam. Baekhyun berasa kecewa kerana hubungannya dengan lay sebagai kawan karib terputus disebabkan kejadian semalam.
Dia masih lagi ingin mengetahui, mengapa bekas rakan karibnya itu berubah dan bagaimana hyeri boleh jadi rapat dengan lay? Sedangkan lay akan jadi tunggul apabila berjumpa dengan hyeri.
Pelbagai soalan yang muncul dalam kepalanya yang masih lagi belum terjawab. Beberapa minit kemudian. Cikgu yoona pun masuk ke kelas 4sm dan memulakan penlajaran.

KAMU SEDANG MEMBACA
PUKAU (Bahagian 1)
FanficSAMBUNGAN DARIPADA PERTEMUAN KPOP VERSION ADA DUA BAHAGIAN (YANG NI PART 1 TAU) SETIAP WATAK TELAH DIUBAH MENGIKUT JALAN CERITA PLEASE VOTE AND FOLLOW ME AFTER READ MY STORY..HIHI YOUR HELP IS MEANINGFUL FOR ME