zulaikha

8 1 0
                                    

"Abang Ayie, Mila nampak kak Ika semalam. Tapi dia nampak lain la". Mila,sepupu aku satu sekolah.

"Kenapa? Apa yang lain hidung dia ada tiga ke?" Aku cuba buat tak endah bukan sebab aku tak nak care pasal Ika, tapi ...ntah.

"Ye, abang pun nampak dia semalam dekat mall. Tapi tak sempat nak panggil".

"Habis tu macam mana sekarang ni? Takkan nak biar je kak Ika macam tu. Dah dekat 3 minggu dia tak datang sekolah."

Aku pandang wajah Mila. Adik, aku bukan sesiapa nak ubah nak tarik balik Si Ika tu.
Memang dia kawan aku dari kecil dari waktu aku tiga tahun. Tapi sekarang, aku macam dah tak kenal dia.
Sejak dia buat tak kenal aku waktu kenduri rumah Fayyad hari tu, aku feel hopeless ok.
Slowly tak bercakap dengan aku langsung. Selisih masa kat kantin sekolah lepas habis prep pun macam tak kenal.
Yang aku tahu Ika tiba-tiba tarik diri dari team basket dan menghilang tak datang sekolah.
Aku nak tanya apa masalah dia masa jumpa kat seven e minggu lepas pun tak berani.
Mana tahu mood dia tengah macam gorilla ke apa waktu tu. Pandang aku macam king kong atas bangunan.
Patut ke aku tegur?
Dan semua orang just cakap aku tak tolong dia ke? Sebab kami rapat? Habis tu aku the only friend ke ni.
Ntah la.
Along cakap, manusia susah nak faham especially girls ni.
Daripada aku pening, hirup sirap ais lagi bagus.
Hmm.

Malam lepas isyak, pak Kahar buat majlis makan malam. Sempena anak bongsu dia nak sambung belajar. Kut.
Aku tak berapa makan, kenyang sebab Umi masak laksa hari ni. Aku lahap nak dekat separuh periuk.
Dan adik, buat muka ,^ohh kesiannya^. Macam tak makan seminggu.
Tapi dah abah ajak takkan aku nak jawab no kut. Ye la bak kata adik, time cuti la masa aku kena tunjuk muka kat jiran-jiran nanti orang tak tahu aku ni anak Haji Fuad bersama kekasihnya Hajah Qaseh.

Dan time tu la aku nampak someone familiar kut. Si Amsyar dekat motor. Baru aku nak panggil aku rasa ada sesuatu menghempap bahu aku dan keras macam besi. Ok, tangan durjana si penge "pike". Dan orang yang sama patahkan hidung aku beberapa bulan lepas.

"Yie, jom ikut aku esok". Ammar angkat kening kat aku.

"Mana?".

"Jom la, ikut je ada projek sikit."

"Kau jangan Ammar, aku tak buat dah perangai tu. Along aku dah warning awal."

"Aduhh mak! Aku bukan nak ajak kau pergi buat kerja durjana hak tuih tu dah. Kiteorg pun dah lama bersara tau." Ammar buat muka suci.

"Hmm, tengokla nanti aku pm."

Aku ada trust issue kalau mamat ni kata ada projek. Tahun lepas aku kena belasah teruk dengan abah. Tu pun nasib along tak balik time tu. Kalau tak aku bukan aku dah sekarang. Maybe dead?. Mana tak, Ammar tu percaya sangat dekat mamat mane ntah yang nak bagi kitorang part time. Kerja angkut sawit. .Last dapat tahu rupanya ladang yang aku pergi tu ntah sape punye . Aku dengan Ammar rajin balik kampung. Mudah dapat part time masa cuti panjang.
Patut aku pelik mamat penagih tu tiba-tiba jadi bos.
Masuk lokap aku malam tu.
Abah pulak kena drive dari rumah ke kampung yang telan lahap masa dalam 5 jam gitu. Atuk report kat abah. Hmm.
Lunyai aku hari tu.

RabunWhere stories live. Discover now