kem motivasi

11 0 0
                                    

"Ayie, kau join tak? Tanya Ammar time rehat.

"Join apa? Skodeng aspuri ngan budak blok Qayyum?" Aku menghirup sirap ais yang masih berbaki. Entah kenapa aku suka betul dengan sirap ais. Walaupun guna kaki pun dah boleh buat air sirap,aku tetap pilih sirap sedangkan berjuta jenis air dijual di kantin. Sebenarnye ada tiga jenis je. Proses resapan semasa sirap merah bercampur dengan air putih sungguh mengkagumkan ku. (Peminat sirap sila vote)

"Woi bangang! Kau ingat aku murahan sangat ke haa nak pergi skodeng budak perempuan tu. Tak hingin la aku. Ishh geli." Ammar menggeleng kan kepala sambil buat muka sedih mintak penyepak. Dia dah serik nak pergi skodeng lepas terskodeng si Naimah haritu. Baru tahu sekali nampak otot campur lemak budak obesiti tu. Menangis malam tu menyesal pergi tengok sampai tak boleh tidur. Si Razman pulak asyik menganjing.

"Habis tu dah kau tanya aku nak pergi mana?" Aku memanggil seorang budak junior untuk menghantar gelas ku yang sudah kosong ke bekas pinggan mangkuk kotor di tepi kantin. At least aku tak macam badigol lain yang main tinggal je gelas pinggan merata-rata sampai mak cik kantin yang kena kutip. Bayangkan tu mak korang. Tak ke sadis tu?.

"Program motivasi tu lah. Motivater tahun lepas datang." Ammar membetulkan tali leher yang agak senget. Kapten bola tampar sekolah, kena smart dan bergaya katanya. Lantak kau lah. Hmm.

"Aku tak nak datang kalau ikutkan. Tapi mana ada pilihan wei. Wajib kan budak spm datang benda alah tu. Tahun lepas boleh la aku lari pergi lepak tepi padang. Tahun ni tak boleh lah. Umi aku kata jangan ingkar. Adoyai." Aku buat muka bosan kat depa. Entah kenapa aku rasa benda-benda motivasi macam tu tak pernah masuk dengan aku. Sekolah bayar beribu-ribu untuk buat program motivasi semata-mata nak tengok murid-murid yang konon acah-acah menangis meraung-raung menyesal sebab tak belajar betul-betul. Paling touching sekali program macam ni selalu cakap pasal mak ayah macam lah ramai sangat anak derhaka kat dalam satu sekolah tu.
It's all fake laa bagi aku. Kau menangis siap ada sorang dua cameraman rakam segala bagai scene haritu sambil berlatarkan background muzik sedih-sedih. Tu time part menangis lah. Time part semangat cehh lagu we re champion laa,lagu Faizal tahir tu laa di on kan. Pastu segala isi dewan pun akan terlompat-lompat macam nak pergi berperang lagaknya. Dah habis program tu ramai jugak lah yang keluar dewan dengan semangat yang berkobar-kobar ingin menempuh hari esok untuk menjadi pelajar cemerlang. Ada yang aku jumpa kat public phone hostel telefon mak ayah minta ampun bagai. Baguslah tu. Aku tak kata jahat kejam zalim pun pergi mintak ampun tu. Tapi beberapa hari je. Then mostly akan bertukar kulit kepada yang asal. Mana yang asal kuat tidur dalam kelas akan kembali menghasilkan air liur basi di atas meja.
Yang paling aku tak tahan cikgu-cikgu pulak guna alasan yang dalam dewan dulu kata nak berubah lah, menangis apa bagai untuk perli budak-budak malas dan kuat tidur. See? Aku dah kata. All is fake. Semua atas dasar rancangan manusia. Bayar duit beribu untuk sehari program yang tak diketahui keberkesanan atau mungkin berkesan hanya dalam beberapa hari. Baik kau pergi ambik wuduk jumpa dengan Allah. Free lagi. Tu kalau Allah bagi tu ...rasa and feel tu berkekalan tau. Cee jadi ustaz pulak. Tapi itu lah yang aku pikir. Perasaan kau, kepala kau yang pikir itu kau punya pasal lah. Kann..

"Wei Fathi, tadi Kasma pesan kat aku yang dia nak jumpa kau." Aku baru teringat nak bagi tahu si Fathi.

"Lah, ape pasal tak bagi tahu aku awal-awal." Sambil mendebik kepala aku sebelum berlari awan nano mencari pujaan hati yang still disimpan dalam hatinya since form 3. Kalau aku, dah lama aku cakap dekat awek tu. Yang dia pergi lembik penakut sangat dah kenapa. Konon takut kena reject katanya. Biarlah kau kena reject. Move on je lah. Cinta manusia bukan berkekalan. Haha gitu. Tapi aku tak layan lah benda monyet ni.

Newton's first law state that an object will remain stationary or moving in constant velocity unless an external force acting on the onject.... bla.. bla...

Aku pandang je teacher fizik kat depan yang tengah bercakap dengan laptop tentang konsep dari pak cik Newton yang maybe datuk  dia.

Nota fizik aku haritu aku penuh kan dengan ben-10.

Time balik sekolah aku baru perasan Fathi nampak lembik macam mati bini.

"Oii, kau dah kenapa?" Aku siku lengan dia.

"Ishh. Tak de apelah." Malas menjawab.

"Ini mesti pasal Kasma tadi kan?" Alif tiba-tiba yang entah datang dari mana menyampuk.

"Hmm. Kau tahu tak. Dia nak jumpa aku bukan sebab apa pun. Just nak pass dekat aku laporan mesyuarat kelab minggu lepas. Aku bukan main ingat dia nak luahkan perasaan kat aku." Fathi mengeluh.

"Lampi betul lah kau ni. Kau lah yang make a move dulu." Aku letak tangan atas bahunya.

"Tapi, kau pernah dengar ayat ladies first tu?" Dia soal aku pulak.

"Huh?" Aku garu kepala.

"Aku ikut konsep tu lah." Jawab Fathi sebelum aku sempat bagi penyepak dekat dia sebijik. Melepaslah kau kalau macam tu.

RabunWhere stories live. Discover now