Dentuman superbike menyedarkan aku dari lamunan.Tiba-tiba sebuah superbike berhenti betul-betul di hadapan aku.Penunggang tersebut seperti menyuruh aku menaiki motor bersamanya.Aku membuat muka sekupang.'Apa hal mamat ni?'.Seketika kemudian mamat itu pun turun dari motornya dan datang menghampiri aku."Cepatla tadi kalut sangat!"."NICK!!Jadi yang dulu aku terlanggar tu kau laa??".Dia memberikan helmet kepada aku.Belum sempat aku menaiki motornya dia memegang tangan aku."Kau ni dah kenapa pegang aku,Nick?".Dia menarikku dekat dengannya."Lain kali jangan perasan and salah faham atau pun kau memang nak mati awal pakai helmet macam ni".Dia membetulkan keadaan helmet aku.'Bodohnya aku ni buat malu jaa'.Aku dan Nick beredar dari kawasan sekolah menuju ke rumah aku.'Please,jangan bawa laju-laju' bisik hatiku.Nick sengaja membrekkan motornya.'Sekarang aku dah terpeluk dia,arrgghh'.Beberapa minit berlalu dan kami tiba di hadapan rumah sewa aku."Kau tunggu luar dulu aku nk kemas sikit". Dia membuat muka selamba."Aku suruh kau tunggu luar kan?Haduih!". "Tak semak pon okey ja".Aku beredar ke dapur sambil dia masih meninjau kawasan rumahku."Jangan berani masuk bilik hujung tu.Aku tumbuk kau".Tetiba aku terdengar bunyi pintu bilik dibuka.
YOU ARE READING
She Is My Hero
RomanceAniq Cahya Dewi atau lebih dikenali sebagai Aniq nama secantik orangnya yang berkacukan Korea-Melayu tetapi seorang gangster yang ditakuti di sekolah walaupun dia seorang perempuan.Dia telah jatuh cinta dengan kawan lelakinya iaitu Syafiq Ayash wala...