- Author-nim POV -
Tiba dihadapan 'dorm BTS', Daehyun melompat turun dari van diikuti dengan Taehyung dan Jhope.
"Dae, janganlah main lompat je. Jatuh nanti and then luka. Siapa nak kat Dae kalau dah berparut?" Yuna menggelengkan kepala melihat gelagat anaknya serta dua orang jejaka tersebut.
"Araso omma. Kajja uncle!" Daehyun menarik tangan Taehyung dan Jungkook serentak. Jhope mengikut mereka dari belakang.
"Kyah! Nak ikut jugak!" Jimin berlari masuk.
"Yuna, nanti tinggal sini ya. Balik ambil baju dengan manager kitorang." Suga menepuk bahu Yuna sebelum meninggalkan Yuna bersama Rap Monster dan Jin.
"Jom, pegi ambik baju. Kitorang teman. Daehyun dah okay rasanya dengan yang lain tu. Dorang suka budak-budak." Jin menarik Yuna menaiki van.
"Hyung, aku tak ikut eh?" Rap Monster, ataupun nama sebenarnya, Namjoon mengerlipkan matanya banyak kali.
'Macam Dae pulak', detik hati Yuna.
"Okay."
〰〰〰〰〰〰〰
Yuna terbaring keletihan. Penat mengemas rumah yang bagai kapal pecah. Kemudian kena mengemas bilik members BTS dan mencuci baju mereka. Harap dia tak diganggu lagi. Penat!! Sudah lama dia menjadi 'maid' di dorm BTS namun entah kenapa hari ini dia berasa jauh lebih penat berbanding hari-hari sebelumnya.
Daehyun mendapat biliknya sendiri. Ada bagusnya juga dia menerima tawaran Jungkook.
"Hahahahaahahaha." Bunyi gelak ketawa dari luar bilik. Seronok betul Daehyun. Kali pertama Yuna melihat Daehyun gembira sampai begitu sekali.
Mungkin kerana selama ini dia keseorangan. Sunyi. Tiada kawan kecuali Yuna. Yuna melangkah ke luar bilik. Daehyun sedang seronok menggeletek Taehyung bersama Jungkook. Yang lain hanya melihat.
"Eh, omma. Jomlah join sekali!" Daehyun menarik tangan Yuna.
"Aigoo, apa nie sayang. Omma bukan budak-budak lagi. Omma nak pegi masaklah." Yuna tersenyum lembut.
"Jin dah tolong masakkan." Jungkook menundingkan jarinya kearah Jin yang sedang memasak di dapur.
"O-" Belum sempat jawapan 'Ok' keluar daripada mulut Yuna, Jungkook dan Daehyun segera menggeletek Yuna.
Taehyung sudah ke tandas untuk membuang air kecil. Mungkin akibat digeletek oleh dua orang makhluk yang tidak berapa segar.
"Daehyunn!! Jungkook!! Geli lahh!!" Yuna mencari cara meloloskan diri daripada dua orang manusia itu.
Dia berpura-pura pengsan.
"Uncle! Omma tak gerak." Daehyun menunjukkan muka panik.
"Yuna! Hyung, Yuna pengsan!" Jungkook menepuk-nepuk pipi Yuna.
"Jungkook dengan Dae nie gurau kuat sangat. Jangan jadi selfish." Namjoon mengeluh perlahan.
"Omma! Bangunlah." Mata Daehyun sudah berair. Tunggu masa sahaja untuk airmatanya jatuh.
"Cakkk!" Yuna mencelikkan matanya dan tergelak melihat muka panik semua orang.
"Ish apa lah Yuna nie." Ucap Daehyun dan semua members BTS serentak.
"Dahlah, asyik main-main je korang ni. Makanan dah siap. Jom makan."
Serentak semua berlari kearah meja makan.
"Jin hyung masak apa?" Soal Jimin.
"Kau nampak hyung masak apa? Jimin goreng?" Sindir Jin sambil tangannya menyenduk nasi ke dalam pinggan dan dihulurkan kepada Yuna.
![](https://img.wattpad.com/cover/69819957-288-k295249.jpg)
YOU ARE READING
© bangtan appa ➽ jjk [short ff]
Fanfiction❝Hah sudah.❞ ❝Apa hah sudah? Palli, ambik air sejuk! Melecur kulit aku nanti!❞ ※※※ Mengisahkan tentang kehidupan Yuna dan anaknya, Daehyun selepas pertemuan yang tidak disengajakan dengan kumpulan idola terkenal, BTS. Kehidupan mereka berubah 100% a...