Duhai Safiyyah

26 3 0
                                    

"Kau layak ke dengan Adam? Kau tengok diri kau. Tudung pendek, baju ketat. Hah! Sebelum kau teruskan niat kau, baik kau cermin diri kau weh. Satu je aku nak cakap, kau tak layak dengan Adam!" Tengking Khuzairi kepada Safiyyah
"Manusia boleh berubah Khuzairi. Jangan kau terlalu bongkak dengan diri kau sendiri. Aku tahu aku tidak layak. Aku tahu kekurangan aku. Aku tak pernah nak cuba untuk meluahkannya. Tetapi siapa yang buat onar kepada diri ku? Siapa yang mulakan hebahkan cerita tu? Siapa Khuzairi?" Balas Safiyyah dengan perlahan. Matanya menahan kolam air matanya dari melepaskan empangan air matanya. Dia tidak sanggup. Tidak sanggup merelakan diri dihina sebegitu rupa.

Safiyyah berpaling lantas mengorak langkahnya. Pedihnya hati tidak mampu ditahan. Ya Allah, hina benar aku rasakan diriku ini. Tangannya menggigil. Itulah Safiyyah. Tidak mampu menengking mahu pun mengherdik orang yg merobek hatinya. Safiyyah menahan amarahnya.

"Safiyyah, hmm aku nak tegur sikit ni. Baju kurung kau. Hmm ketat lah Safiyyah." Aisyah berkata perlahan sambil memaut erat bahu Safiyyah. Aisyah sayang teramat akan sahabatnya. Dia cuba sedaya upaya menahan sedih sikap sahabatnya yg memandang remeh tentang aurat.
"Aisyah, terima kasih untk teguran kau entah kali ke berapa. Aku masih aku. Aku tak sukalah pakai baju besar-besar ni. Rasa tak menarik," balas Safiyyah

Duhai Safiyyah sayang, dirimu sudah dicipta sungguh indah oleh Pencipta kita. Tetapi Aisyah tidak mampu. Jawapan yang sama tetap diberikan oleh Safiyyah apabila ditegur.
"Aisyah, jom makan. Lapar sangat dah ni. Aduhai panasnya. Aisyah pinjam tudung. Best ah tudung labuh kau ni. Boleh jadi payung heeheh"
"Safiyyah! Kau kan hahahha nah nah ambik" balas Aisyah sambil ikutkan kerenah Safiyyah yg keanak anakkan. Duhai Safiyyah, aku terlalu menyayangi dirimu wahai sahabat. Doaku untk mu tidak akan pernah hilang dari ingatanku.

Ya Allah Ya Rahman,
Hati Safiyyah Engkau yg pegang. Kau berilah hidayahmu kepada sahabat dunia akhirat ku ini ya Allah.

Wildan (Cerpen)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin