Mawar yg Berduri

22 3 0
                                    

Aisyah tersenyum kegembiraan. Dia tersenyum melihat dari jauh. Melihat sekujur tubuh dibaluti tudung yang labuh melepasi bahunya. Jubat hitam yg tersarung menyembunyikan tubuh badan tuannya sedang memberi tazkirah kepada adik adik usrahnya.

Tidak pernah aku sangka. Kau terlalu kuat wahai sahabat. Kau kuat. Inilah kekuasaan Allah swt. Inilah hidayah Allah swt. Allahuakbar

"Dahulu, akak tak lahir terus bertudung labuh syg. Akak seperti hawa yg lain. Akak bertatih mencari keredhaanNya. Akak belajar sikit2 untuk berubah." Safiyyah berkata lembut sambil tersenyum melihat adik adik usrahnya. Bahagia sunggu dirinya apabila diminta mengulas tajuk Penghijrahan. Terlalu banyak benda yg perlu diceritakan tentang dirinya.

"Kak Safiyyah, habis mcm mne akak berubah? Mcm mne akak keluar dari dunia couple couple ni ?" Tanya Khadijah adik usrahnya yg selalu paling bersemangat.

Safiyyah tersenyum.

"Adik adik akak yg disayangi, akak kuat kerana kekuatan yg disalurkan ke dlm diri akak dari Allah swt. Akak kuat kerana dorongan ibu bapa akak dan sudah semestinya sahabat akak." Kata Safiyyah sambil menjeling ke arah Aisyah di bawah pohon yg melihat ke arah nya.
"Akak tahu akak perlu berubah. Akak tak tahu bila ajal akak tiba. Tentang dunia couple pulak, allahuakbar. Akak.. Akak tak kuat sebenarnya. Akak tak couple tapi akak pendam perasaan. Akak butakan hati akak untuk menyukai seorang adam yg tidak pernah pandang akak. Malah memandang hina akak. Kerana ape? Kerana tudung akak yg singkat. "

Safiyyah mengimbas semula kenangan lalu ketika dia masih berada di zaman jahiliahnya. Diherdik, dimaki. Tetapi dia hanya diam. Air matanya menjurai kembali.

Khadijah bingkas bangkit lalu mengesat air mata kakak naqibahnya. Dia mengusap belakang badan kak Safiyyah kesayangannya.

"Akak tanya diri akak, jika akak terlalu menyukai si dia. Apa yg akak tinggalkan untuk suami akak ? Perasaan cinta ini Allah yg hadirkan. Ramai antara kita menggunakan alasan 'cinta itu fitrah' dan sebagainya lalu memperjudiskan ayat suci Al-Quran sewenang wenangnya untk mencapai hak nafsu sendiri. Ya benar cinta itu fitrah. Namun kita sebagai manusia perlu menjaga seelok eloknya cinta yg suci itu hanya untuk si dia yg benar benar layak untuk diri kita. Iaitu suami yg telah ditetapkan oleh Allah swt."

Safiyyah memandang ke arah adik2 usrahnya. Sayang. Terlalu sayang. Akak sentiasa doakan kalian tidak merasa apa yg akak rasa. Cukup hanya biar hanga akak merasai pahitnya terlalu mencintai manusia sehingg akhirnya memakan tuan badan sendiri.

"Kak Safiyyah ku sayang yg cantik lagi menawan, saya nk tnye sikit. Kak Safiyyah ni cantik orangnya. Bertudung labuh, lembut dan sopan orangnya." Syuhaida si gadis becok adik usrahnya sudah mulakan ayat ayt manisnya.
Tergelak ahli ahli usrah Mawar Berduri dengan keletah Syuhaida.

"Amboi kemain puji melangit akak ye. Adik Syuhaida ku syg mahu bertanyakan apa ?" Balas Safiyyah dengan lembutnya.

" Hehe okay okay begini. Akak ni kan ramai peminat. Hah tak payah nak tipu. Okay ramai junior lelaki akak yg ambik course pharmacist berebut minta tunjuk ajar dari akak. Tapi apakan daya. Seorang pun akak tak layan. Okay tu belum lagi jejaka idaman malaya di universiti, abe abe engineers dan seangkatannya yg minat kat akak. Hah tu bukan soalannya. Okay ni baru soalan. Bagaimana akak melawan atau akak menegakkan keteguhan iman akak dari tidak tercuit langsung dengan hasutan2 syaitan tersebut. I means akak tak layan dyorang hah" panjang lebar Syuhaida mengemukan soalannya.

"Aduh panjangnya muqadimah awak  Syuhaida syg! Hahah merepek je awak ni tau. Okay akak jawab eh soalan awak tu tapi adik2 yg lain toksah le percaya si Syuhaida ni heheh. Okay sayang sekalian. Akak pun manusia huhu means akak pun ada juga perasaan yg kadang2 tercuit juga tapi akak sentiasa ingt ayat Allah swt iaitu lelaki yg baik untk perempuan yg baik. Perempuan yg baik untk lelaki yg baik. Lelaki yg jahat pula untk perempuan yg jahat dan perempuan yg jahat pula untuk lelaki yg jahat. Hah jadi, untk mendapatkan si dia iaitu jodoh awk yg awk inginkan, awk kena persiapkan diri awk. Jika awk mahu yg terbaik, awk juga perlu menjadi yg terbaik. Setiap ciptaan Allah swt sempurna. Semua nikmat yg kita gunakan milik Allah swt. Jadi kita tak boleh angkuh dgn kenikmatan yg kita ada kerana ia bukan milik kita." Terang Safiyyah panjang lebar.

"Kak Safiyyah, okay ni last hehehe semua mesti dah lapar kan. Takpe2, hari ni Ain berlanja hehhe. Okay kak nk tnye, bila orang puji kita kan. Kita mesti mcm terdetik bangga sikit kan. So mcm mne kita nak hilangkan tu?" Tanya Ain dgn bersungguh.

"Okay sayang, the most important thing yg awk semua perlu didik hati ialah, tiada siapa yg sempurna. Nikmat ku ini milik Allah swt. Bila ada yg puji diri kita, sebutlah 'Hadza Min Fadhli Rabbi' yg bermaksud setiap ciptaan ku ini milik Allah swt. Hah kita balikkan pujian tersebut kepada Pencipta kita iaitu Allah swt. Ngerti semua?"

"Ngerti kak Safiyyah sygggg" balas adik adik usrah Mawar Berdurinya.

"Okay lah semua. Semua dh buat muka lapar hahah okay hari ni Ain berlanja yeah. Eh sebelum tu, kita tangguhkan majlis usrah kita dgn tasbih kifarah dan Al -Asr. Semoga perkongsian kita pada hari ini memberi syafaat kpd awk semua untk berhijrah dan yg paling penting diberkati Allah swt,"

Safiyyah bangun, bersalaman dan bercium dgn adik adik usrahnya. Berjalan bersama lalu memimpin sekali tangan sahabatnya, Aisyah untk menjamu selera makanan tengah hari mereka.

Wildan (Cerpen)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin