Munafik ?

23 3 0
                                    

"Eh Safiyyah! Wah sejak bila ni bertudung labuh, berhandsock and berstokin semua? Wah  manisnyaaa! Hah tapi kau kena ingat, kau masih tak layak untk Adam. Kau masih tidak sempurna."

Ya Rahman, kuatkan hatiku. Detik Safiyyah di dlm hatinya. Mana pulak Aisyah ni. Lambat pula dia hari ni ke library.

"Safiyyah, cuba tengok Adam. Kacak, tough, baik, tak layan perempuan. Fuh cukup pakej. Kau cuba nak dapatkan dia guna teknik terbaru eh? Eh Safiyyah sudahlah. Jangan mempergunakan agama pulak."

Ya Allah lambatnya Aisyah! Cepatlah Aisyah. aku dah tak tahan ni!

"Khuz, dah lah tu! Sinilah !" Adam panggil dgn suara yg perlahan.

"Okay Safiyyah last, kau fikir kau masih sempurna untuk dptkan Adam kwn baik aku tu?"

Ini dah lebih!

"Khuzairi! Kau dengar sekarang ni, Penghijrahan aku tidak pernah langsung terniat dari seorang manusia. Perubahan aku hanya untuk Allah swt. Aku berubah bukan kerana manusia apatah lagi untuk Adam. Kau jangan mempergunakan agama Khuzairi. Selama ni aku diam. Aku diam mendengar kata2 nista yg keluar dari mulut seorang lelaki yg berkopiah. Kau lah manusia yg bertopengkan syaitan. Kau dah malukan kaum Adam berkopiah yg lain. Kau ubah lah imej kau. Kau yg tidak layak. Jika kau dan Adam mencari wanita yg sempurna, percayalah kata aku yg kau dan Adam tidak akan pernah jumpa wanita tersebut. Aku bertudung labuh untk melindungi diri aku dari dilihat oleh panahan mata yg bernafsu. Aku berhijrah lillahitaala. Aku tidak tahu bila ajalku akan tiba. Aku berubah bukan kerana engkau manusia!" Balas Safiyyah dengan beraninya.

Safiyyah lantas mengambil lantas berjalan dgn pantas keluar dari library. Aisyah yg perhatikan adegan tersebut hanya tersenyum kepuasan. Bagus Safiyyah, jangan terlalu lembut dengan manusia bertopengkan syaitan tu.

Khuzairi terdiam seribu kata. Mukanya merah padam menahan malu. Tidak sangka. Sangat tidak sangka Safiyyah yg pendiam itu akhirnya meluahakan kata yg cukup menyentapkannya.

Adam. Adam hanya pandang tanpa bicara. Dia juga terkedu. Namun dikawal reaksinya sehabis mungkin. Ah! Saje je tu.

Ah ego tinggi melangit.

Aisyah terus mendapatkan Safiyyah lalu dipeluknya erat seolah olah menyalurkan kekuatan kepada dlm diri Safiyyah.

"Safiyyah syg, jgn menangis syg"
"Aisyah, apa aku buat? Aku dah malukan dia. Aku dh buat dia marah"

"Safiyyah, sudahlah dgn sikap kau. Terlalu menjaga perasaan org lain sehingga perasaan kau yg terabai. Selama si Khuzairi buat kau, ada dia kisah perasaan kau? Ade ke Safiyyah?"

"Aisyah.. Aku nak balik rumah. Aku tak tahan. Kita study kat rumah sewa kita jelah eh? Boleh tak Aisyah ?"

"Boleh sygku. Jom"

Wildan (Cerpen)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin