Detik-detik Hidup

27 3 1
                                    

Masa berjalan tanpa henti
Kebenaran masih dinanti
Aku mengkaji punca realiti
Kebenaran diraih dengan bukti

Ku hitung hari demi hari
Tak siapa yang menyedari
Satu persatu aku mencari
Rupanya bukti dibawa lari

Bukti disemai dengan subur
Kebenaran tidak akan lebur
Walau pandangan menjadi kabur
Masa hadapan tetap subur

Pokok besar yang redup
Ku memandang separuh hidup
Orang tak hargai erti redup
Kerana itu detik-detik hidup


Puisi ini mmengisahkan tentang perjalanan hidup yang kadang-kala terperangkap dengan ketidakadilan dunia.
Justeru itu,usaha untuk meraih kebenaran dilakukan bagi membebaskan diri daripada terus menjadi monumen ujikaji dunia yang penuh tipu daya ini..

Detik-detik HidupWhere stories live. Discover now