Saat ini,aku berada di awangan
Aku nikmati apa yang ku mahukan selama ini
Diriku seolah-olah lupa akan diriku yang duluDahulu,ku sendirian
Jatuhku bangkit sendiri
Aku berdiamkan diri
Tidak menilai insaniKini,aku kian lalai
Ku menilai satu persatu
Umpama diri ini sudah cukup sempurnaNamun,aku mula sedar
Bahawa diriku ini kian lupa
Bahagia dengan keduniaan
Meremehkan akhiratYa Allah,aku ini lemah
Mudah lupa akan semua
Jangan biarkanku hanyut
Kembalikan ku kepada-Mu
Menjadi insani sepanjang waktuHilangkanlah sifat takbur ini
Padamkanlah rasa riak ini
Hapuskanlah rasa iri hati
Terutama sesama insaniAku mahu disenangi
Oleh warga dunia positif
Didiklah aku menjadi insani
Mengamalkan Sifat positifJauhilah daku dari berdusta
Agarku tidak menyeksa mereka
Melakukan perkara sia-sia
Walaupun aku hanya manusiaAku mahu berubah
Berubah Untuk terus ingat-Mu
Ya Allah...
YOU ARE READING
Detik-detik Hidup
RandomMasa berjalan tanpa henti Kebenaran masih dinanti Aku mengkaji punca realiti Kebenaran diraih dengan bukti Ku hitung hari demi hari Tak siapa yang menyedari Satu persatu aku mencari Rupanya bukti dibawa lari Bukti disemai dengan subur Kebenaran tida...