Pecah kelas

16 2 0
                                    

Tahun 2006 time tu aku darjah 3 masa tu aku kelas 3 UR dan masa tu juga aku adalah seorang penolong kelas yang garang. Ceh

Tapi seriouslah time cikgu tak de aku lah yang berkuasa siap ada rotan sendiri tau . Nak harapkan si ketua ? Haih tak payah cerita lah dia lembut sangat . Tapi segarang -garang aku pun time tu aku kena buli juga dengan si H ni suka sangat bukak beg sekolah aku .

Suatu hari kitaorang kena pecah kelas sebab cikgu muzik tak datang ,aku dengan geng aku pun kena lah masuk satu kelas ni kelas 3UT.

Masuk je kelas tu dorang semua macam pandang slek je kat kami , tau lah kamu kelas pandai , so kami pun susun kerusi kat belakang kelas depa dengan hati yang tak rela . Bertegur pun tidak tau , kecil hati kami .

Sadis betul , habis je masa pertama aku tak tahan nak tunggu dekat situ lama- lama , aku pun ambil keputusan nak keluar .

Aku pun keluar lah dari kelas tu dengan bahagianya , tapi bahagia tak lama laa sebab time tu hampir terserempak dengan cikgu yang meronda.

Aku dengan kawan kawan buntu , macam mana kalau kena tangkap ? Aku pun fikir punya fikir at the end aku dapat satu jawapan .

Time tu aku suruh kawan kawan tarik kerusi letak dalam kelas dan ikut aku pergi satu tempat .

Dan tempat itu ada lah tandas sekolah aku , aku suruh masing masing masuk dalam tandas , kami pun berhimpit la dalam tandas tu , tapi tandas tu bersih lah sebab sekolah kami time tu sekolah baru . Eceh
Sampai habis masa kedua . Tengok sadis kan cinta antara dua darjat kami , mula dari hari itu kami tak mahu dah pandang kelas 3 UT .

Beberapa bulanlepas tu , kelas sebelah 3 UT iaitu kelas 3Z kena pecah kelas untuk setahun sebab kekurangan guru . So budak kelas dorang dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan satu kumpulan ni dapat masuk kelas aku .

So kami budak 3UR ni punya lah peramah sangat mengalu-alukan kedatangan mereka siap ambilkan meja kerusi semua .

Time tu lah aku kenal dengan kawan baik aku buat pertama kali , dia budak baru time tu , si R nama dia .

So cikgu pun atur kami ikut kedudukan yang baru , aku dapat pulak duduk sebelah si R ni , aku pun sengih kerang busuk kat dia . Depan aku pula ada lah seorang mamat ni si Z dia comel lah , pandai pulak tu .

Hari makin hari aku dengan si R dan si Z ni makin rapat dan rapat . Si Z dengan Si R ni pakar matematik , aku pulak boleh lah dari tak boleh walaupun time tu mengah jugak lah nak hafal sifir , sebab cikgu matematik kelas aku cikgu Raja , setiap kali sebelum mula kelas dia akan tanya sifir dulu sebelum dapat duduk , aku pernah lah kena rotan satu dua kali sebab tak dapat.

Si R dengan Si Z ni selalu lah tolong aku time math , kita orang siap berlumba lagi time jawab exam math sape siap dulu , hahaha dan paling penting setiap kali lumba si Z ni boleh siap dalam masa 10 minit je pastu markah dia 100% , pandaikan dia .

Si R ni pun sama juga. Aku pun Alhamdulillah hihihi.

Tak banyak yang aku ingat masa aku darjah tiga tapi lepas tahun tu Si Z dapat masuk kelas 4UT so kita orang macam dah tak rapat sangat , tapi si Z ni tak lupa kawan ,dia baik . Kadang- kadang lalu sebelah dia senyum .

7 tahun kemudian maksudnya , time tu aku form 3 lah , kita orang di jodohkan satu kelas balik , aku Si R dan si Z . Tapi time tu dah besarkan, tak boleh lah nak rapat sangat dengan Si Z sebab dia lelaki . Tapi aku still borak dengan dia lagi , kadang- kadang aku masuk kelas lepas rehat awal sikit sebab nak borak dengan dia. Dia jaramg pergi rehat , aku pulak time rehat aku suka pergi library .

Sebenarnya si Z ni masa form 3 dia tak sihat sangat dia sakit leukimia , kena dignos sakit tu masa darjah 4 , time tu satu sekolah gempar sebab dia student cemerlangkan .

Bila aku dapat tahu dia sakit aku macam simpati dekat dia , dalam keadaan sakit tu pun di masih lagi student cemerlang. Aku ? Tak sakit tapi haih tak tahu lah apa nak jadi .

So disebabkan beberapa tahun aku tak rapat dengan si Z ni aku pun nak tebus balik masa kita orang .

Time dalam kelas tu , aku selalu tengok dia , dia dengan pakai masknya , Allahu kesian tengok dia .
Cita- cita dia nak jadi scientist botani , dia suka sangat dekat pokok-pokok .

Time aku form 3 aku selalu jugak lah ponteng sekolah sebab aku lebih suka study kat rumah , sebab kat kelas bising , so memang celam celum lah kehadiran aku . Lagipun time tu aku tolong ayah sikit , so lagi seronok sebenarnya bila kau ponteng dengan restu, ceh

Lately tu , aku dengar si Z pun jarang datang sekolah , so aku dah pasang niat malam tu nak pergi tengok dia sebab lagi beberapa hari je lagi nak start exam PMR .

Tapi hajat aku tak kesampaian, si Z dah pergi dahulu menghadap ilahi, betulah orang kata kalau kita dah niat tu jangan tangguh . Bila aku dengar berita dia dah pergi aku tak percaya , kerap juga aku mimpi si Z lepas dia pergi .

Time nak jawab paper PMR aku selalu jugak lah tenung - tenung meja si Z . Rindu dekat dia , tapi Allah lebih sayangkan dia , lagipun tak sanggup tengok dia tahan sakit , si Z sangat kuat dan sampai hari ni aku jadi kan dia motivasi aku , Alhamdulillah semangat dia ada dengan aku sampai hari ini . Tapi aku pelik dengan si Z kenapa dia nak jadi scientist botani ? Aku yang belajar struktur daun pun ambil masa nak hafal , aku lagi suka belajar pasal organ manusia tapi tu dulu lah .

Z aku harap kau tenang dengan Dia di sana. Terima kasih sebab hadir dalam hidup aku buat sementara ya . Kau banyak ajar aku macam -macam , dan aku ingat lagi waktu kita last borak kau mampu senyum lagi walapun muka kau penuh dengan kerutan . Semoga kita ketemu lagi ya Z ,
Al-Fatihah untuk -mu Arwah Zakwan.

AWhere stories live. Discover now