Takut

11 0 0
                                    

2014 adalah tahun senior aku dekat sekolah B . Dulu kalau aku tengok senior-senior rasa macam kagum juga lah , tapi bila dah jadi senior takde lah rasa apa pun. Rasa selebet adalah hahaha.

2014 tahun paling banyak kenangan nakal MashaAllah.

Selalunya time ni budak budak form 5 yang mana birthday awal tahun tu untung lah sikit boleh ambil lesen awal.Disebabkan aku lahir boleh kira awallah juga aku pun duk request dekat ayah nak ambil lesen . Haih tak sedar diri tu nak SPM .

Ayah kata tak boleh, dia suruh fokus SPM dulu , tapi disebabkan semangat berkobar-kobar nak ambil lesen tu aku cuba pujuk ayah lagi . Ya ampun, nasib lah ayah dapat anak macam aku yang tak reti putus asa dan tak faham bahasa .

Pujuk punya pujuk sampai dah lepas birthday aku ayah still kata tak boleh , so aku pun redha je lah . Kawan aku sorang dua dah ada lesen P , ada yang lesen L dan ada juga yang tak ada lesen.

Jeles wei tengok dorang , tapi takpe aku tabahkan hati juga ceh .

So aku ada lah rapat dengan sorang ni, S dia memang drive tapi takde lesen. Kalau pergi tuisyen aku memang naik dengan dia lah kalau ayah tak boleh hantar . Seronok tengok dia drive , sebelum pergi tuisyen tu sempat lah pergi beli jajan dulu ,pergi pasar malam dulu sebelum masuk kelas .

Tapi time tuisyen dulu best sangat, sebab group tuisyen aku masing-masing pakat bawak makanan sebab kelas habis dalam pukul 10. Paling fav hari Khamis , sebab kelas Sir Syed . Maigadd dia ajar Physic memang Daebak , Alhamdulillah score ler juga time SPM , hihihi Thank you Sir .

So aku dengan si S ni memang selalu lah kesana-kesini naik kereta dia .Dia pula rajin ajak aku , aku pulak rajin ikut .

Sampailah satu hari, time tu raya so budak kelas aku plan nak pergi beraya rumah cikgu dekat taman C jauh juga lah dari sekolah , masa dorang plan tu aku tak ada , almaklumlah time sekolah dulu suka ponteng sekolah ,bila dah habis sekolah ni ha rindu pula.

Ponteng bukan saje-saje tau , aku study dekat rumah dalam bilik atas katil , hahaha .

Okay lepastu S text aku ajak join , aku pun On je lah tapi masatu tak silap aku tengah demam , ceh demam- demam pun gedik nak join .

Petang tu dalam pukul 2,S ambil aku dekat rumah , time tu konvoi lah dalam 3 kereta , sebelum nak gerak tu hati aku macam tak sedap sikit , tapi macam endah tak endah je .

Dah sampai rumah cikgu , kitaorang makan , borak , makan lagi ,minum air semua , then dah petang sikit kita orang gerak balik.

On the way balik tu , tiba tiba aku rasa macam tak sedap hati sangat sangat , sebab sebelum nk gerak tadi kereta yang S bawak ni dah kena sondol dengan orang belakang, masa dekat traffic light, orang tu keluar kereta ketuk cermin kereta S , marah - marah . kita orang pun diam aje lah sebab kalau lawan karang dia minta lesen , lesen takde kan .

So before balik tu singgah workshop nak betulkan sikit bahagian yang kena sondol tu , kena lah dalam RM30.

Masa tu dah lega sikit , sebab memang tak nampak kereta tu kena sondol , S pun drive macam biasa , ye lah takde lah risau nak kena jawab dengan ayah dia .

Time tengah drive tu phone S bunyi then dia suruh si A tengokkan phone sebab takut ayah dia call ke apa ke masa tengah kalut - kalut tu tiba tiba

BAAAAAAAAAAAAAM!!

S terlanggar kereta depan , kereta depan tu pula , terlanggar kereta depan dia .

Time tu aku dah seriau dah sebab bahagian depan kereta S dah memang habis hancur .

Lepas dari kejadian S tak datang sekolah beberapa hari , tuisyen pun dia tak datang . Aku dengar cerita S trauma sampai kena pergi jumpa specialist , masa tu pula nak dekat dekat SPM . Kesian aku dekat S , dia menangis time dia cuba nak overcome dia punya trauma nak drive .

Aku ? Aku pun terkesan juga dengan accident tu. Cuma aku bila S tanya aku cakap aku okay je , sebab tak nak dia rasa bersalah .

Start dari accident tu , semangat nak ambil lesen kereta terus mati , kalau duduk dalam kereta, aku akan tutup mata rapat-rapat time tengah speeding.

Habis SPM ayah tanya bila nak ambil lesen , aku cakap nanti lah nanti . Sebab aku tak dapat nak overcome rasa takut tu lagi . Setiap kali nak drive aku teringat bunyi dentuman kereta S dulu .

S , Alhamdulillah dia dapat overcome trauma dia and dia dah dapay lesen dah time tu , aku happy untuk dia . Kawan- kawan kelas aku pun ramai dah mula masuk kelas memandu semua .

Aku ? Beribu alasan aku bagi dekat ayah and ibu . Ibu cakap kalau tak nak ambil sekarang nanti susah bila dah sambung belajar .

Aku pun fikir dan fikir , akhirnya aku buat keputusan aku kena juga lawan takut aku ni kalau tak sampai bila pun tak dan juga .

Aku pun pergilah daftar kelas memandu , dan sepanjang kelas memandu tu aku hadir tanpa rela hati, kalau boleh nak cepat habis .

Alhamdulillah at last aku dapat lesen time umur aku 19 , ye tahun ni . Sekali lulus hehehe . Orang first aku bagitau aku dapat lesen , S lah .

Alhamdulillah juga lepas dah berbulan-bulan aku drive , sekarang dah okay . Apa yang penting kena berani lawan perasaan takut tu . Jangan biar rasa takut tu halang kita untuk berjaya tau kawan- kawan .

Aku tahu ramai yang takut nak drive lepas dapat lesen , I feel you sebab aku pernah menangis sebab rasa takut tu menghantui hari- hari aku . Usaha tangga kejayaan ,ceh dah macam pakar motivasi .

Selamay maju jaya yaa

AWhere stories live. Discover now