I dah tunggu dekat luar ni.
Setelah membaca whatsapp dari kekasihnya , Ariana terus mencapai handbag dan berjalan keluar dari biliknya.
Sempat dibela shawl yang dipakainya , di cermin yang berada di tingkat bawah.
" Zura!! Aku pergi dulu eh! " jerit Ariana kepada kawannya yang berada di dapur.
" okey! Hati-hati! Bawa kunci! " balas Baizura dari ruang dapur.
Ariana terus menyarungkan wedgesnya hitamnya.
Ariana berjalan dengan sopan ke arah BMW Daniel Idham yang sudah diparking elok di hadapan garaj rumahnya.
" lama you tunggu? " soal Ariana setelah punggungnya mencecah sofa di sebelah Daniel.
" tak sampai 5 minit pun. By the way , you look so pretty tonight. " balas Daniel.
" thank you. You look handsome too. " Ariana tersenyum.
Daniel meneruskan perjalannya hingga tiba di sebuah restoran bertaraf 5 bintang.
Ariana hanya mengekori Daniel. Entah kenapa hari ini dia berasa janggal dengan Daniel setelah 5 tahun mereka bersama.
Ariana duduk di tingkat atas restoran setelah dipersilakan Daniel.
Daniel duduk berhadapan Ariana. Cahaya lilin samar-samar menerangi mereka.
" ermm.. sayang. I nak pergi toilet kejap ae. " Daniel meminta izin. Ariana hanya mengangguk.
Ariana mengerling jam di tangannya untuk kesekian kalinya. Hampir 15 minit Daniel menuju ke tandas. Ariana membuat keputusan untuk bangun dan mencari Daniel. Saat Arianan bangun dan berpaling. Tubuhnya kaku. Lidahnya terkelu.
" Ariana Maisara bt Razlan. Sudikah awak menjadi isteri dan permaisuri hidup saya untuk selama-lamanya? "
Ariana masih lagi kaku dengan kata-kata Daniel. Daniel masih lagi melutut dan menghadapnya.
Ariana menarik nafas panjang sebelum mengangguk kecil. Daniel segera bangun dan mengambil cincin dari kotak baldu itu. Cincin itu disarungkan ke jari manis Ariana.
" thanks sayang.. " ucap Daniel.
Arianan hanya sekadar mengangguk. Lidahnya masih kelu.
***
Perkahwinan mereka diadakan gilang-gemilang di rumah keluarga Daniel.
Ibunya seorang Datin Sri yang terkenal di kalangan kerabat atasan. Pastilah dia mahu majlis besar-besaran untuk anak sulongnya itu.
" Daniel Idham b. Dato Sri Fazri? "
" saya. "
" aku nikahkan engkau dengan Ariana Maisara bt Razlan berwalikan bapa saudaranya kepada aku dengan mas kahwin RM1000 ringgit tunai. "
" aku terima nikahnya Ariana Maisara bt Razlan dengan mas kahwin RM1000 tunai. "
" sah? "
" sah! "
" sah! "
Semua yang berada di ruang tamu menadah tangan membaca doa. Mereka sama-sama meraup muka setelah doa habis dibacakan.
***
" tahniah datin. " ucap seorang wanita lalu berlaga pipi dengan ibu Daniel.
" thank you. Jemputlah makan. " balas Datin Sri Wina.
Datin Sri Wina asyik melayani tetamunya.
***
Ariana menanggalkan sisa makeupnya dihadapan cermin.
Daniel datang lalu memegang kedua-dua belah bahu Ariana.
" sayang? " panggil Daniel.
" ye.. "
" abang harap kita boleh lalui pelbagai suka duka rumah tangga ni ya. Kita dapat tempuhi masjid yang kita bina ni dengan tabah ye sayang. " ucap Daniel.
" in shaa allah abang. " Ariana membalas sambil menggosok tangan Daniel yang berada di bahunya.
Daniel tersenyum mendengar kata-kata isterinya itu.
Sungguh dia menginginkan masjid yang dibina ini berkekalan bersama anak-anaknya nanti.
" dah sayang mandi dulu ae? " ujar Ariana menyedarkan Daniel. Dia terus berlalu ke bilik air.
***
Ariana menyikat rambut lurusnya yang masih basah.
Rambut Ariana yang hanya panjang hingga ke perut dipuntal-puntalkan oleh Daniel.
" izinkan abang jalankan tanggungjawab abang sebagai suami? " soal Daniel lembut ditelinga Ariana.
Jantung Ariana tiba-tiba berdebar.
Tiba-tiba bibirnya menguntum senyuman. Kepalanya diangguk perlahan. Daniel terus mencempung tubuh Ariana lalu meletakkannya di atas katil.
Tubuh Ariana ditolak perlahan oleh Daniel. Sebelah lagi tangan Daniel menarik tali lampu supaya terpadam.
YOU ARE READING
Aku Wanita Biasa
RomanceSetiap wanita menginginkan kebahagian setelah berkahwin. Begitu juga dengan wanita yang bernama Ariana Maisara. Ariana Maisara berkahwin dengan Daniel Idham atas dasar cinta dan restu keluarga. Keluarga suaminya yang begitu berpangkat besar menyuka...