Bab13 Perancangan

67 7 0
                                    

Kembali.
Selepas 4 bulan (acah acah jela) menyepikan diri, Seolhyun kembali. Tujuannya satu, membunuh Sekyung.
Dia sdh lebih 4 bulan menyepikan diri. Kali ni tiba masa dia balas dendam. Sudah 4 bulan kemenangan berpihak pada Sekyung.
Namun kali ni ia miliknya. Seolhyun tak tahu L dah berubah. Yang L sudah mula cintakan Sekyung dalam diam hatinya.
Jadi dia buat keputusan untuk melihat jika L berubah sebab dia tak tahu. Dan lebih baik L tak tahu bahawa dia yang culik Sekyung.
Seolhyun merancang segalanya dengan tepat.
-
"Tak mungkin."
Seolhyun trgamam mendengar cerita dari mulut Mina sendiri. L dah mula sayangkan perempuan tu? Sekyung?
Seolhyun geram. Benci. Bertambah tambah dendamnya terhadap L dan Sekyung. Benci.
"Tapi aku sarankan kau berhenti jelah. L nampaknya dah mula suka dengan Sekyung." Ujar Mina. Seolhyun bangun.
"Mustahil utk aku berhenti, Mina."
-
L memasang pengesan di telefon Sekyung diam diam. Mana tahu sesuatu terjadi. Dia dah mula sayang. Jadi dia perlu lindungi.
L memasang sesuatu di telefonnya juga. Cantik. Memang ada kesan di mana telefon bimbitnya.
L berharap ia tak berlaku. Ataupun ia tak berlaku terlalu cepat. Seolhyun bijak. Kadang kadang dia boleh lakukan sesuatu yang tak disangkal sesiapa .
Dia tak tahu apa, bagaimana dan bila akan terjadi. Yang dia tahu, jika Sekyung membawa telefon bersamanya, selamat.
-
Seolhyun tersenyum. Rancangan yang sempurna. Dia akan call Sekyung dan katakan ada sesuatu berlaku pada kawannya.
Dan terus menculik Sekyung. Perancangan yang tepat tapi tak tahu bahawa dia sendiri akan jatuh dalam gaung.
Tapi baginya inilah yang paling sempurna.
-
L mula rasa tak sedap hati hari ni. Entah kenapa. Hatinya rasa berat dan semakin brdegup kencang. Dia melihat telefonnya.
Masih ada kesan telefon Sekyung yang baru sahaja keluar ke kedai. Dia berharap Seolhyun tak buat. Sangat berharap.
Dia tahu Seolhyun memang macam budak budak. Tapi jika gadis itu melebihi jangkaannya, ini memang melampau
L dah minta tolong sepupu Sungjong yang bekerja sebagai polis. Sebab dia dah berhenti jadi gangster, sepupu Sungjong sudi membantu.
L terus berhenti jadi gangster. Membebaskan tahanan nya dalam bilik gelap. Asalkan Sekyung akan selamat. Atau dijumpai secepat mungkin.
Telefon akan berbunyi jika sesuatu berlaku pada pemilik telefon itu. Seperti penggera.
L jadi tak sedap hati. Tiba tiba
-
#dalam masa yang sama
Sekyung dalam perjalanan untuk pulang ke rumah. Dia tak sedar dan tak tahu dirinya diekori oleh seseorang dari belakang.
Ketika berjalan di jalan sunyi, dia berhati hati menuruni jalan yang licin dan seperti gaung. Dia turun berhati hati.
"Hai."
Seseorang menegur. Sekyung berhenti di situ dan berpaling. Seolhyun!
Bakk!
Badannya ditolak ke bawah. Dia berguling jatuh ke bawah. Apabila dia berhenti berguling, dia tak mampu berdiri.
Perutnya sangat sakit tiba tiba. Dahinya berdarah dek terhempas batu. Badannya lemah. Kaki dan tangannya kaku.
Terdengar suara tapak kaki mendekatinya.
"Cepat bawa dia dalam kereta. Jangan ada sesiapa perasan."
Hanya itu yang didengari sebelum matanya tertutup. Pengsan. Badannya terasa diangkat.
Beberapa saat kemudian dia diletak di satu tempat dan ia bergerak. Entah ke mana. Dia tak mampu membuka mata, sakit.
Badannya tak mampu brgerak, bibirnya tak mampu berkata apa apa. Hatinya mahu keluar dari kereta ini.
'L... Tolong!"

Save Our Love [C] - Malay -Where stories live. Discover now