Bab15 Kurung

61 7 0
                                    

Sekyung membuka mata. Huh? Di mana ni? Stor. Ya, yang pasti ianya stor tapi tak boleh kesan di mana.
Telefon? Ya... Sekyung bangun, cuba mencari sumber cahaya namun gagal. Dia cuba mencari begnya mana tahu ia di situ.
Syukurlah. Seolhyun lupa bahawa dia bawa beg. Dia meraba begnya. Mencari telefon.
Nasibnya baik kerana telefonnya masih ada 10%. Jangan buang masa.
Sekyung perlu curi masa yang ada. Dia menyorok bawah katil dan ditutupi selimut yang terdapat di ruang kecil stor itu.
Dia menelefon L. Angkatlah... angkatlah...
Tup!
Terjawab. Ya, bagus
"Hello? Sekyung, awak ke tu?" Suara L jelas. "Sekyung ke?" Suara Sungjong pula kedengaran tapi sayup sayup.
"L... Tlg kluarkan saya..." Hanya itu yg mampu dia katakan. Bibirnya menggeletar kesejukkan. "Awak di mana? A.. A.."
"L? L?" Sekyung terkejut bila ia semakin senyap. Tertutup. Shit. Telefon habis bateri. Sekyung segera menyembunyikan telefonnya dalam beg
Dia berharap dgn itu shj, lokasinya dapat dikesan. Sekyung menggigil. Dia benci suasana ini. Sejuk dan gelap
-
L bingung. Tadi memang suara Sekyung. Dan itu nombor Sekyung. Kenapa tadi? Di mana dia? Kenapa suaranya begitu?
Ketakutan.
Ya itu punca utama. Mengapa?
"Sekyung call? Dia dekat mana?" Tanya Woohyun. L menggeleng. "Aku tak pasti dekat mana tapi dia kedengaran takut."
"Sini kejap fon kau." Ujar Sungjong. Seorang pegawai mula memeriksa. Menggodam kejap.
"Tuan. Kami dah dapat kesan lokasi."
-
5 Hari. Sudah 5 hari Sekyung dikurung. Semakin lama, dia semakin lemah. Sakit kepala dan sakit perutnya bertambah tambah.
Mahu sahaja dia pecahkan pintu. Tapi badannya terlalu lemah sekarang ni. Dia tak mampu untuk berdiri pun. Telefonnya habis bateri untuk minta bantuan
Mahu sahaja dia menjerit meminta pertolongan tapi itu cuma akan burukkan masalah yang sudah ada sekarang ni. Sekyung pasrah andai dia tak dapat cari jalan keluar
Tapi dia hairan. Biasanya walaupun tak makan sehari dua sekalipun dia taklah sesakit ni. Period? Mustahil.
Sekyung memendam rasa. Seolhyun langsung tak buka pintu sejak dua hari lepas.
Sekyung terbaring lemah di atas lantai. Pandangannya semakin kabur. Dia tak dapat menahan kesakitan itu lagi. Pedih.
-
L geram apabila memandang wajah Seolhyun. Dia tahu Seolhyun sedang menipu. Dia bukannya bodoh. Seolhyun sedang menipu
"Betul, L. Saya tak tipu." Ujar Seolhyun. "Stop it. Im sick of this!" L bengang. "Saya tahu ini kerja awak, Seolhyun. Saya akan cari dia!"
Seolhyun mencebik marah. Dia tak perlu risau. Dia tahu L takkan berani ke rumahnya begitu hanya sebab Sekyung.
Dia berlalu dan mengajak Chanmi dn Hyejeong jalan jalan di pusat membeli belah. Asalkan tiada sesiapa tahu dia sorokkan Sekyung.
-
L termenung sebentar. Dekat setengah jam juga dia begitu. Dia mengambil keputusan untuk trus balik.
Tapi apabila lalu rumah Seolhyun, hatinya trgerak untuk ke sana entah kenapa. Dia cuba abaikan tapi dia tetap memandu ke sana.
Apabila parking depan pagar Seolhyun, Seolhyun belum balik. Tapi pagar terbuka. Lupa nak kunci?
L menariknya dan tutup.
Dumm!!
Sesuatu jatuh dari stor. Terkejut dia. L hanya membiarkan. Fikirnya kucing. Tapi dia terfikir balik. Seolhyun benci kucing. Mana mungkin.
Hatinya trgerak untuk pergi ke sana. Dia membuka pagar dan masuk ke dalam. Dia mendekati stor simpanan di belakang rumah.
Pintu brkunci. Dia cuba lagi tapi tetap brkunci. Sangkanya perasaan. Dia berpaling.
Dangg!
Sesuatu jatuh lagi. Kali ni lebih kuat. L semakin yakin ini bukan permainan perasaan. Dia menyepak pintu itu
"Helloo?! Ada sesiapa di dalam?" L mengetuk pintu kuat. Tiada jawapan. Tapi hanya kedengaran seperti buku buku jatuh dan suara orang mengerang tapi tak jelas.
L mnyepak pintu. Kuat. Kali ni dia lebih yakin dan tiada ragu. "Sesiapa di dalam! Boleh buka pintu ni? Sekyung ke tu?!" Jerit L.
L menjadi tak sabar. Kekuatan gangster nya kembali. Tak boleh guna badan je? Dia mengambil besi berdekatan bawah kotak.
Tombol pintu diketuk kuat. Sangat kuat. Ia Dh hampir pecah. L mengumpul tenaga sekali lagi. Dia mesti tahu siapa.
BANGGG!

Save Our Love [C] - Malay -Where stories live. Discover now