Hujan hujan bermuka sedih.

4 0 0
                                    

Petir kilat menyambung
Hujan turun dengan lebat
Rindu ku turut tersandung
Hati menangis sayu lebat

Angin sejuk menyelubungi
Kuat bunyi dentuman ribut
Sampai bila harus begini
Rajuk aku cuma sekadar diragut

Titisan air hujan menitik nitik
Cuaca gelap menimbulkan suram
Ego diri ini kian laju bergerak
Mengatasi rindu yang kian suram

Hujan hujan bermuka sedih
Senyum ku menganti sedih
Ribut menyentak lamunanku
Bukalah hati mu untuk ku

Bau hujan sungguh menyamankan
Suhu sejuk mendamaikan tubuh
Sentiasa aku mendoakan
Agar tuhan menyatukan dua tubuh

Rindu.Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin