Hah! Hah!
Tercungap2 mawar berlari dari asrama ke maahad.Allah! Kak teha Ada lah pulak!!
Mawar menepuk dahi. Siapa tak kenal senior fateha yang gemar mencatit nama2 pesalah tu. Tak pernah nak bagi peluang langsung!"Ha! Mawar!" Senior fateha pon menulis nama mawar dibuku 555 .
"Kau ni... kalau sehari tak buat hal tak boleh ke!? " sambung senior fateha sambil menjeling mawar.
Mawar hanya mampu diam dan akui sahajalah... memang nama dia top dengan masalah pon. Sebab suka gelak kuat2, tidur dalam kelas.. hantar hafalan sikit.. exam mencorot..
"Kak, saya naik dulu .." pinta mawar.
"Naik je lah! Hish!" Bengang senior fateha.
Mawar terus meniti tangga.
"Laaa.. yang kau nak marah sangat apehal? " soal kawan sebayanya, ummu. Terdengar pula ditelinga dik mawar ni.
"Takde arh.. aku ni.. entahlah! Entah pehal aku tak suka dengan budak mawar tu.. " jawab senior fateha selamba.
Mawar mengeluh perlahan Dan terus mendaki semula.
---
Mawar melihat jamnya yang melekat dipergelangan tangan sebelah kanan.
Sudah pukul 8. Sangkanya pasti ustaz badrul tidak datang... selalunya kalau sudah pukul 8 pasti ustaz badrul tidak hadir.
Kepala deletak atas meja... mata dipejamkan.
Semua memandang serong terhadap mawar. Kerana mereka memikirkan yang mawar sedang tidur... bahkan tidak sama sekali.
"Mawar.. bila kau nak berubah ni? " soal mawar dalam hatinya.Mawar teringat ketika dia sekolah rendah kebangsaan.. dia berhenti pada umur 9 tahun kerana diberitakan yang dia terlibat dalam kes pembulian. Hingga hampir2 dihalau rumah oleh ibundanya ,humaira. Sedangkan tiada siapa tahu apa yang terjadi ketika itu...
Yang sebenarnya mawar cuma nak halang orang membuli pelajar darjah 1 .. tapi lain pula kata orang? Biarlah.. mawar hanya mampu diamkan sahaja..
Setelah itu, mawar pun dihantarkan tahfiz... lima tahun disitu.. setiap hari pasti dirotan. Kerana hafalan alquran nya tidak lancar.. lima tahun disitu, dan hasilnya? Mawar hanya dapat menghafal 5 juz sahaja. Juz 26 hingga juz 30.
Kemudian, mawar dihantar pula ke maahad mukminin atas saranan kawan sekerja humaira. Dengan harapan mawar BERUBAH!
Dan kini dia sudah pun dikelas yang keempat. Masih juga tidak berubah. Sedih! Sedih dengan dirinya sendiri! Terkadang dia sudah cuba yang terbaik.. tapi masih juga kesalahannya mendahului. Allah....
Mawar tidak sedar air matanya mengalir perlahan hingga jatuh ke meja.
"Mawar.. mawar!" Kejut kawan meja sebelahnya, Nadia.
"Hurm? Aku tak tidur pun lah.. " kata mawar yang masih enggan membuka kelopak matanya.
"Memanglah! Tapi kenapa akak nangis ni? " soal nadia dengan nada bisik.
"Hah?" Mawar segera mengesat air matanya.
"Entahlah.." keluh mawar.
Tiba2 pintu terkuak. Kelihatan pengetua maahad mukminin,ustaz basri masuk bersama lelaki berjubah kelabu disebelahnya.
"Assalamualaikum"
"Waalaikumsalam, ustaz.""Ni, Ana nak perkenalkan ustaz baru yang akan ganti ustaz badrul." Beritahu ustaz basri.
"Haaa?" Semua pelajar kelas empat terkejut.
"Ustaz badrul mana? " soal ketua kelas, syifa.
"Ustaz badrul nak sambung belajar dipondok dekat fathani. Hah,ustaz.. perkenalkan diri anta.. ana keluar dulu. " ustaz basri terus keluar dari kelas empat.
KAMU SEDANG MEMBACA
Cintaku Di Sempadan THAILAND
RomanceCerita ini mengisahkan tentang cinta seorang pelajar Yang bernama, Mawar binti Abu samah. Seorang pelajar yang dianggap sangat nakal di maahad mukminin. Cinta yang pertamanya, akmal sudahpun meninggalkan dia.. manakala orang Yang kedua.. dia mula...